Mikraj Cinta: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 23: Baris 23:


==Latar belakang dan rakaman==
==Latar belakang dan rakaman==
Sebelum pelancaran rasmi sebagai single, ia pertama kali dipersembahkan oleh Siti semasa pementasan teater Sirah Rasulullah bersempena dengan sambutan [[Maulidur Rasul]] pada 3, 4 dan 7 Januari 2015 di [[Istana Budaya]].<ref name="MC - Berita Harian">{{cite web|title=Siti Nurhaliza pertaruh Mikraj Cinta pada bulan mulia|url=http://www.bharian.com.my/node/63547|author=Zaidi Mohamad|date=25 June 2015|work=[[Berita Harian]]|accessdate = 26 August 2015}}</ref><ref name="MC - Budiey">{{cite web|title=Siti Nurhaliza, Awie & Amy Search di Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta|url=http://www.budiey.com/siti-nurhaliza-awie-amy-search-di-sirah-rasulullah-tahajjud-cinta/|author=Budiey|date=30 December 2014|work=Budiey.com|accessdate = 22 Ogos 2015}}</ref> Bagaimanapun, [[Hafiz Hamidun]], komposer dan penulis lirik asal lagu ini, terlebih dahulu menyanyikannya pada 24 Mei 2014 untuk Konsert Mikraj Cinta sebelum membuat keputusan untuk memberikannya kepada Siti untuk persembahan khasnya untuk Sirah Rasulullah.<ref name="MC - Nasyidkini">{{cite web|title=Warna Warni Konsert Mikraj Cinta|url=http://www.nasyidkini.com.my/v1/archives/7201|author=NasyidKini Staff|date=June 2014|work=NasyidKini.com.my|accessdate = 26 August 2015}}</ref> Mikraj Cinta kemudiannya dirakamkan sebagai sebuah lagu pada 18 Mei 2015 di studio miliknya, [[Hafiz Hamidun|Arteffects International]].<ref name="MC - Twitter"/> Diinspirasikan daripada peristiwa [[Israk dan Mikraj]], seorang pemain [[biola]] dari [[Asia Barat]] telah diupah untuk menghasilkan muzik Arab yang asli untuk lagu ini. <ref name="MC - Berita Harian"/>
Sebelum pelancaran rasmi sebagai single, ia pertama kali dipersembahkan oleh Siti semasa pementasan teater Sirah Rasulullah bersempena dengan sambutan [[Maulidur Rasul]] pada 3, 4 dan 7 Januari 2015 di [[Istana Budaya]].<ref name="MC - Berita Harian">{{cite web|title=Siti Nurhaliza pertaruh Mikraj Cinta pada bulan mulia|url=http://www.bharian.com.my/node/63547|author=Zaidi Mohamad|date=25 June 2015|work=[[Berita Harian]]|accessdate = 26 Ogos 2015}}</ref><ref name="MC - Budiey">{{cite web|title=Siti Nurhaliza, Awie & Amy Search di Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta|url=http://www.budiey.com/siti-nurhaliza-awie-amy-search-di-sirah-rasulullah-tahajjud-cinta/|author=Budiey|date=30 December 2014|work=Budiey.com|accessdate = 22 Ogos 2015}}</ref> Bagaimanapun, [[Hafiz Hamidun]], komposer dan penulis lirik asal lagu ini, terlebih dahulu menyanyikannya pada 24 Mei 2014 untuk Konsert Mikraj Cinta sebelum membuat keputusan untuk memberikannya kepada Siti untuk persembahan khasnya untuk Sirah Rasulullah.<ref name="MC - Nasyidkini">{{cite web|title=Warna Warni Konsert Mikraj Cinta|url=http://www.nasyidkini.com.my/v1/archives/7201|author=NasyidKini Staff|date=June 2014|work=NasyidKini.com.my|accessdate = 26 August 2015}}</ref> Mikraj Cinta kemudiannya dirakamkan sebagai sebuah lagu pada 18 Mei 2015 di studio miliknya, [[Hafiz Hamidun|Arteffects International]].<ref name="MC - Twitter"/> Diinspirasikan daripada peristiwa [[Israk dan Mikraj]], seorang pemain [[biola]] dari [[Asia Barat]] telah diupah untuk menghasilkan muzik Arab yang asli untuk lagu ini. <ref name="MC - Berita Harian"/>


==Komposisi dan lirik==
==Komposisi dan lirik==

Semakan pada 09:48, 13 Julai 2016

"Mikraj Cinta"
Single oleh Siti Nurhaliza
daripada album Unplugged
Dilancarkan pada21 Jun 2015 (Digital)
03 Januari 2015 (2015-01-03) (Persembahan secara langsung)
Dirakamkan pada18 Mei 2015 [1]
Arteffects International
(Petaling Jaya, Selangor)
FormatMuat turun digital
GenreIslamik, Kerohanian, Pop
Panjang4:37
SyarikatSiti Nurhaliza Productions
Universal Music Malaysia
PenulisHafiz Hamidun
Ahmad Fedtri Yahya
PenerbitHafiz Hamidun
Kronologi single Siti Nurhaliza
""Seluruh Cinta"
(2014)"
"Mikraj Cinta"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

“Mikraj Cinta” ialah sebuah lagu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza. Lagu ini dilancarkan pada 21 Jun 2015 sebagai single utama daripada album secara langsung beliau, Unplugged. Lagu ini dicipta oleh Hafiz Hamidun dan lirik ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya, lagu ini dimuatkan sebagai salah satu trek bonus untuk album ini. Pada asalnya, lagu ini dinyanyikan oleh Hafiz untuk dirinya sendiri, ia kemudiannya diberikan kepada Siti untuk persembahannya untuk “Sirah Rasulullah” bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada 3, 4 dan 7 Januari 2015. Versi studio lagu ini kemudiannya dimuatkan diikuti dengan pelancaran album Unplugged.

Muzik video lagu ini diarahkan oleh Zuli dan Aloi, tayangan perdana muzik video lagu ini disiarkan dalam rancangan HLive di Astro Ria pada 10 Julai 2015 sebelum ia dilancarkan secara rasmi di YouTube pada 14 Julai 2015.

Latar belakang dan rakaman

Sebelum pelancaran rasmi sebagai single, ia pertama kali dipersembahkan oleh Siti semasa pementasan teater Sirah Rasulullah bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada 3, 4 dan 7 Januari 2015 di Istana Budaya.[2][3] Bagaimanapun, Hafiz Hamidun, komposer dan penulis lirik asal lagu ini, terlebih dahulu menyanyikannya pada 24 Mei 2014 untuk Konsert Mikraj Cinta sebelum membuat keputusan untuk memberikannya kepada Siti untuk persembahan khasnya untuk Sirah Rasulullah.[4] Mikraj Cinta kemudiannya dirakamkan sebagai sebuah lagu pada 18 Mei 2015 di studio miliknya, Arteffects International.[1] Diinspirasikan daripada peristiwa Israk dan Mikraj, seorang pemain biola dari Asia Barat telah diupah untuk menghasilkan muzik Arab yang asli untuk lagu ini. [2]

Komposisi dan lirik

Sebuah lagu midtempo, yang diinspirasikan daripada muzik Arab di mana seorang pemain biola dari Asia Barat telah diupah untuk menghasilkan alunan suara Arab yang sebenar untuk seluruh komposisi lagu.[2][5] Digubah oleh Hafiz Hamidun[6] dan lirik lagu ini ditulis oleh Hafiz dan Ahmad Fedtri Yahya.[7] Digambarkan sebagai sebuah lagu “kerohanian Islam”,[5] lagu yang berdurasi selama 4 minit 37 saat.[8] Diinspirasikan daripada kisah perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. semasa peristiwa Israk dan Mikraj, menurut Siti, lagu yang kemudiannya diolah semula agar ia boleh diterjemahkan sebagai “cinta yang bersifat sejagat dan kembali kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa”.[2]

Pelancaran dan promosi

Dipersembahkan kali pertama semasa pementasan Sirah Rasulullah pada 3, 4 dan 7 Januari 2015 di Istana Budaya,[2][3] ia kemudiannya dipersembahkan sekali lagi untuk rakaman rancangan khas beliau sempena Hari Raya Aidilfitri yang bersiaran di TV1 pada 17 Julai 2015.[9] Teaser untuk pelancaran Mikraj Cinta sebagai single daripada album Unplugged telah dimuatnaik di akaun YouTube rasmi Rumpun Records (anak syarikat Universal Music Malaysia) pada 17 Jun. [10] Pelancaran Mikraj Cinta sebagai single telah dilakukan bersamaan dengan pelancaran video liriknya di akaun sama pada 21 Jun 2015.[11]

Muzik video

Latar belakang

Diarahkan oleh Zul dan Aloi,[12] babak Siti telah dirakamkan di Dek Terbuka Menara Kuala Lumpur pada 23 Jun 2015.[2] Berpakaian busana putih yang direka oleh Ezuwan Ismail,[2] muzik video telah dipertontonkan kepada media buat kali pertama pada pelancaran album Unplugged di The Duchess Palace, Kuala Lumpur pada 2 Julai 2015.[13] Teaser muzik video selama 15 saat telah dimuatnaik oleh Siti menerusi laman Instagram beliau pada 28 Jun 2015.[14] Pada 10 Julai 2015, muzik video telah ditayangkan dalam rancangan HLive di Astro Ria[15] dan kemudiannya dikeluarkan untuk penstriman umum di YouTube pada 14 Julai 2015.[16]

Di belakang tabir muzik video Mikraj Cinta juga dikeluarkan pada tarikh yang sama.[17]

Sinopsis

Dalam bingkai pertama, ia menunjukkan Siti dengan busana putih di Dek Terbuka Menara KL dengan Menara Berkembar Petronas kelihatan di latar belakang. Dalam bingkai kedua, ia menunjukkan kedua-dua wanita dengan dua bingkai gambar di sebelah kanan mereka.

Muzik video lagu ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama - babak di mana Siti sendiri dan satu lagi di mana terdapat jalan cerita yang dibintangi oleh beberapa pelakon. Muzik video ini dimulakan dengan sekilas pandang Menara KL sebelum ia bergerak perlahan untuk memperlihatkan di mana Siti berdiri di Dek Terbuka menara. Sepanjang muzik video, babak melibatkan Siti dari sudut kamera, dari pukulan udara, pukulan sekilas, pukulan panjang, pukulan sederhana kepada jarak dekat. Kebanyakan babak dengan pukulan udara, pukulan sekilas, dan pukulan panjang, dron udara telah digunakan untuk memfilemkannya.[17]

Untuk bahagian jalan cerita muzik video, ia bermula dengan babak sebuah kereta dengan tiga sekeluarga (ibubapa dan anak lelaki mereka) dan seorang lagi ialah seorang wanita muda yang mengambil selfie dan menggunakan telefon bimbit untuk menghatar teks sambil memandu. Sementara wanita muda itu yang sedang asyik menghantar teks, dia hilang tumpuan sebelum bertembung dengan kereta pertama dengan tiga sekeluarga berkenaan dari arah bertentangan. Pada babak seterusnya, paparan tajuk utama akhbar telah menunjukkan dua kematian dari keluarga tersebut telah ditunjukkan, diikuti oleh babak yang memperlihatkan wanita muda berkenaan menangis di dalam penjara. Biarpun wanita tua yang ditunjukkan itu terselamat dalam kemalangan jalanraya, dia menjadi buta.

Pada babak seterusnya, wanita muda itu dilihat telah bertaubat dan selepas dia dibebaskan dari penjara, dia mula mencuba untuk merapatkan hubungannya dengan wanita tua itu. Walaupun percubaanya untuk memperkenalkan dirinya telah ditolak, dia dilihat telah berulang kali mencuba untuk membantu wanita tua buta itu beberapa kali termasuk membawanya bersiar-siar ke pintu pagar dan mengadap ke rumah wanita tua itu untuk membawanya keluar. Dalam salah satu babak terakhir, wanita muda itu dilihat menziarahi wanita tua itu apabila dia jatuh sakit. Wanita tua itu menyedari bahawa betapa wanita muda itu telah mencuba untuk membantunya dilihat telah memeluk wanita muda, kerana untuk memaafkan dan menghargainya. Pada babak terakhir, wanita muda itu dilihat telah membantu wanita tua itu makan sementara di sebelah mereka, dua bingkai gambar telah ditunjukkan. Yang pertama, seorang wanita tua, suaminya dan anak lelakinya. Sementara yang kedua, wanita tua denga wanita muda.

Muzik video berakhir dengan babak yang bergerak perlahan menunjukkan pukulan panjang Siti dan kemudiannya bahagian teratas Dek Terbuka Menara KL.

Persembahan secara langsung

Dipersembahkan buat pertama kali sebagai sebahagian daripada persembahan untuk Sirah Rasulullah pada 3, 4 dan 7 Januari 2015 di Istana Budaya,[2] lagu ini kemudiannya dipersembahkan pada rakaman rancangan khas beliau sempena Hari Raya Aidilfitri, Lebih Indah Bersama Siti Nurhaliza di Angkasapuri pada 28 Mei 2015.[18] Beliau juga memperdendangkan Mikraj Cinta pada pelancaran album Siti Nurhaliza Unplugged di The Duchess Palace, Kuala Lumpur pada 2 Julai 2015.[13][19]

Senarai runut

Muat turun digital[8]
No.TajukPenulisPenerbitMasa
1."Mikraj Cinta"Ahmad Fedtri Yahya, Hafiz Hamidun
  • Hafiz Hamidun
4:37
2."Mikraj Cinta (Di Belakang Tabir)" (video)
2:19
Jumlah masa: 6:56


Kredit

Kredit diperoleh daripada sisipan buku kecil album Unplugged.[7]

  • Dato' Siti Nurhaliza – vokal
  • Emre Moğulkoç – string
  • Ahmad Fedtri Yahya – lirik
  • Greg Henderson – adunan
  • Hafiz Hamidun – komposer, lirik, gubahan, penyanyi latar
  • Jay Franco (Sterling Sound) – mastering
  • Kelly – bass
  • Wan Saleh – programming
  • Zul Visa – guitar

Persembahan carta

Carta (2015) Kedudukan
carta
Carta Lagu Top 30 Malaysia[20] 25

Radio dan tarikh terbitan

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 21 Jun 2015 Muat turun digital Siti Nurhaliza Productions, Universal Music Group (Malaysia), EMI (Malaysia)

Trivia

  • Pelakon remaja yang sedang meningkat naik, Janna Nick berlakon di dalam muzik video lagu ini.
  • Ini merupakan kali kedua Siti menjalani penggambaran muzik videonya di Menara Kuala Lumpur selepas muzik video lagu Aku Cinta Padamu pada 1997.

Rujukan

  1. ^ a b Templat:Twitter status
  2. ^ a b c d e f g h Zaidi Mohamad (25 June 2015). "Siti Nurhaliza pertaruh Mikraj Cinta pada bulan mulia". Berita Harian. Dicapai pada 26 Ogos 2015.
  3. ^ a b Budiey (30 December 2014). "Siti Nurhaliza, Awie & Amy Search di Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta". Budiey.com. Dicapai pada 22 Ogos 2015.
  4. ^ NasyidKini Staff (June 2014). "Warna Warni Konsert Mikraj Cinta". NasyidKini.com.my. Dicapai pada 26 August 2015.
  5. ^ a b Hamzah Hamid (1 July 2015). "Mesej Mikraj Cinta jadi tumpuan album Unplugged Datuk Siti Nurhaliza". Astro Awani. Dicapai pada 27 August 2015.
  6. ^ Haryati Karim (July 3, 2015). "Unplugged, dua dekad Siti Nurhaliza". Kosmo!. Dicapai pada 27 August 2015.
  7. ^ a b Unplugged (liner notes). Siti Nurhaliza. Siti Nurhaliza Productions and EMI (Malaysia). 2015.CS1 maint: others (link)
  8. ^ a b "Mikraj Cinta – Single". iTunes Store (MY). Apple. 13 July 2015. Dicapai pada 23 August 2015.
  9. ^ Noriah Letuar (Executive Director) & Yusoff Abd. Rashid (Executive Producer) (17 July 2015). Lebih Indah Bersama Dato' Siti Nurhaliza (Motion Picture). Malaysia: TV1.
  10. ^ "Dato' Siti Nurhaliza – Mikraj Cinta (Teaser 1)". YouTube. Dicapai pada 30 August 2015.
  11. ^ "Dato' Siti Nurhaliza – Mikraj Cinta (Official Lyric Video)". YouTube. Dicapai pada 30 August 2015.
  12. ^ a b "Dato Siti Nurhaliza – Mikraj Cinta". Vevo. Dicapai pada 23 August 2015.
  13. ^ a b Shazryn Mohd Faizal (July 2, 2015). "Album 'Unplugged' beri signifikan tersendiri buat Siti Nurhaliza". The Rakyat Post. Dicapai pada 30 August 2015.
  14. ^ Universal Music Malaysia (Domestic)'s Admin (28 June 2015). "15-Second Teaser of Mikraj Cinta". Dicapai pada 30 August 2015.
  15. ^ Universal Music Malaysia (Domestic)'s Admin (10 July 2015). "Mikraj Cinta to premier on HLive on 10 July 2015". Dicapai pada 30 August 2015.
  16. ^ "Dato Siti Nurhaliza – Mikraj Cinta". YouTube. Dicapai pada 30 August 2015.
  17. ^ a b "Dato Siti Nurhaliza – Mikraj Cinta (Behind The Scene)". YouTube. Dicapai pada 30 August 2015.
  18. ^ Bernama Staff (28 May 2015). "Program Lebih Indah Datuk Siti Nurhaliza Temui Penonton Pada Aidilfitri". BERNAMA. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 August 2015. Dicapai pada 31 August 2015.
  19. ^ Universal Music Malaysia (Domestic)'s Admin (5 July 2015). "Live performance of Mikraj Cinta at the Unplugged Launch Event". Dicapai pada 31 August 2015.
  20. ^ Music Weekly Staff (6 July 2015). "Top 30 Singles Chart Malaysia". Musicweekly.asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2015.

Pautan luar