Perbezaan antara semakan "Tanzania"

Jump to navigation Jump to search
2,475 bait ditambah ,  9 bulan lalu
tiada ringkasan suntingan
'''Republik Bersatu Tanzania''' ([[bahasa Swahili]]: ''Jamhuri ya Muungano wa Tanzania'') atau '''Tanzania''' merupakan sebuah negara di [[Afrika]] Timur. Nama "Tanzania" merupakan gabungan "Tanganyika" dan "Zanzibar" iaitu kedua-dua kawasan yang menjadi Tanzania.
 
[[Tanganyika]] dan [[Zanzibar]] mencapai kemerdekaan daripada [[British]] pada masa yang tidak sama, dan bergabung menjadi Tanzania pada [[1964]]. [[Ibu negara]] Tanzania secara rasminya ialah [[Dar es SalamDodoma]]., Walaupun kebanyakan pusat institusi kerajaan telah berpindah ketetapi [[Dodoma]], Dar es SalamSalaam]] masih merupakan pusat bandar dan pusat komersial utama di negara ini. Bahasa rasmi bagi negara Tanzania ialah Bahasa [[Bahasa Swahili]].
 
Tanzania adalah destinasi pelancongan yang popular. Ramai pelancong melawat negara ini untuk melihat hidupan liar di safari dan mendaki [[Gunung Kilimanjaro]].<ref>[https://en.altezza.travel/tanzania-safari Safari in Tanzania]</ref>
 
=== Sejarah awal ===
Kira-kira 2,000 hingga 3,000 tahun dahulu, golongan Bantu mula berpindah dari [[Afrika Barat]] ke kawasan Tanzania. Masyarakat pada zaman ini memiliki kemahiran dalam bidang pertanian dan pertukangan besi. Golongan Pare ialah salah satu pengeluar besi utama bagi masyarakat yang tinggal di kawasan pergunungan timur laut Tanzania.<ref>{{cite book|url=https://books.google.com/?id=GN5yv3-U6goC&pg=PA67|title=Ethnic groups of Africa and the Middle East : an encyclopedia|last1=Shoup|first1=John A.|date=2011|publisher=ABC-CLIO|isbn=978-1-59884-362-0|location=Santa Barbara, CA|page=67}}</ref> Golongan Haya yang tinggal di kawasan barat [[Tasik Victoria]] pula berupaya mencipta sejenis [[relau bagas]] haba tinggi pada 1,500 tahun dahulu yang membolehkan penempaan [[keluli karbon]].<ref>{{cite journal|last1=Schmidt|first1=P.|last2=Avery|first2=D.H.|year=1978|title=Complex iron smelting and prehistoric culture in Tanzania|journal=Science|volume=201|issue=4361|pages=1085–89|bibcode=1978Sci...201.1085S|doi=10.1126/science.201.4361.1085|pmid=17830304}}</ref>
 
Para pedagang dan perantau dari kawasan [[Teluk Parsi]] dan India telah melawat pesisir Afrika Timur sejak alaf pertama Masihi.<ref>{{cite book|url=https://books.google.com/books?id=umyHqvAErOAC&pg=PA1510|title=Encyclopedia of African History 3-Volume Set|author=Kevin Shillington|date=2013|publisher=Routledge|isbn=978-1-135-45670-2|page=1510}}</ref> Agama Islam mula dianuti oleh masyarakat di [[Pesisir Swahili]] sejak abad kelapan atau kesembilan Masihi.<ref>[http://www.bbc.co.uk/worldservice/africa/features/storyofafrica/7chapter5.shtml "The Story of Africa"]. ''BBC World Service''.</ref> [[Budaya Swahili]] mula berkembang mulai abad ke-10 dengan kawasan-kawasan utama termasuk Kilwa Kisiwani dan Zanzibar.<ref>Connah, Graham. ''African Civilizations: An Archaeological Perspective.'' 2nd ed. (New York: Cambridge University Press, 2001): 192.</ref>
 
=== Zaman Oman dan penjajahan Barat ===
Pada 1505, pihak [[Empayar Portugal|Portugis]] telah menawan pulau Zanzibar. Penaklukan ini berterusan hingga awal abad ke-18. Pada akhir zaman Portugis, penduduk tempatan yang dibantu oleh golongan Arab Oman mengusir pihak Portugis. [[Sultan Oman]], [[Seyyid Said|Sultan Seyyid Said]] memindahkan ibu kotanya ke Zanzibar pada 1840.
 
Ketika Zanzibar menjadi ibu kota Oman, Zanzibar menjadi pusat perdagangan hamba Arab.<ref>{{cite web|url=https://www.britannica.com/blackhistory/article-24157|title=Slavery|work=Encyclopædia Britannica|url-status=dead|archiveurl=https://web.archive.org/web/20141006131931/http://www.britannica.com/blackhistory/article-24157|archivedate=6 October 2014}}</ref> Kira-kira 65 hingga 90 peratus daripada penduduk Arab-Swahili di Zanzibar dijadikan sebagai hamba.<ref>{{cite web|url=https://www.britannica.com/EBchecked/topic/548305/slavery/24157/Slave-societies|title=Slave societies|work=Encyclopædia Britannica|date=22 January 2014|accessdate=19 February 2014}}</ref> Perhambaan hanya dihapuskan pada 1890-an.<ref>{{cite web|url=https://www.enchantingtravels.com/travel-blog/zanzibar-map-history|title=On The Zanzibar Map: Spices, Slaves And A Bit Of History|date=17 February 2015}}</ref> Setelah kemangkatan Seyyid Said pada 1856, pertikaian pewarisan takhta antara dua anakandanya menyebabkan pemerintahan Zanzibar dan Oman terpisah, lalu tertubuhnya [[Kesultanan Zanzibar]].
 
Pada akhir abad ke-19, pihak Jerman telah menakluki kawasan Tanzania (kecuali Zanzibar) dan dimasukkan ke dalam [[Afrika Timur Jerman]]. Sultan Zanzibar menentang penaklukan ini dan mendakwa baginda mentadbir kawasan tanah besar Tanzania serta Zanzibar, tetapi lama-kelamaan terpaksa menerima penaklukan itu.<ref>{{Cite book|url=https://books.google.com/books?id=q-aoZQ-o7aQC|title=Remembering Africa: The Rediscovery of Colonialism in Contemporary German Literature|author=Dirk Göttsche|publisher=[[Camden House]]|year=2013|isbn=9781571135469|page=|accessdate=}}</ref> Pada 27 Ogos 1896, Kesultanan Zanzibar berperang dengan pihak British dalam [[Perang Inggeris-Zanzibar]] yang menyaksikan peperangan selama hanya lebih kurang 40 minit, menjadikan perang ini sebagai perang paling singkat dalam sejarah yang direkodkan.<ref>{{citation|title=Guinness World Records 2008|year=2007|publisher=[[Guinness World Records]]|location=London|isbn=978-1-904994-19-0|page=118|editor-first=Craig|editor-last=Glenday|url=https://archive.org/details/guinnessworldre000guin}}</ref>
 
Pada 7 Mei 1919, keseluruhan Jerman Afrika Timur diserahkan kepada pihak British, tetapi mendapat tentangan hebat daripada Belgium.<ref name="Ends">{{cite book|url=https://books.google.com/books?id=NQnpQNKeKKAC&pg=PA246|title=Ends of British Imperialism: The Scramble for Empire, Suez, and Decolonization|author=William Roger Louis|publisher=I.B. Tauris|year=2006|isbn=978-1-84511-347-6|accessdate=19 September 2017}}</ref>{{rp|246}} Melalui [[Perjanjian Versailles]] pada 28 Julai 1919, kawasan Tanganyika diserahkan kepada British secara rasmi, meskipun perjanjian tidak dilaksanakan hingga 10 Januari 1920.
 
== Geografi ==
{{Utama|Ekonomi Tanzania}}
Setakat 2018, KDNK Tanzania secara nominal ialah AS$56.7 bilion dan AS$176.5 bilion mengikut [[pariti kuasa beli]]. KDNK per kapita Tanzania pula ialah AS$3,457.<ref>{{cite web|url=https://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2018/01/weodata/index.aspx|title=World Economic Outlook Database April 2018|website=www.imf.org}}</ref>
 
Ekonomi Tanzania banyak bergantung kepada pertanian. Pada 2013, pertanian Tanzania menyumbang kepada 24.5% KDNK negara, membekalkan 85% eksport negara dan memberi pekerjaan kepada separuh daripada golongan pekerja Tanzania.<ref name="Abstract">{{cite web|url=http://www.nbs.go.tz:80/nbs/Stastical%20Abstract/Statistical%20Abstract%20Report%202013.pdf|archive-url=https://web.archive.org/web/20161123044258/http://www.nbs.go.tz/nbs/Stastical%20Abstract/Statistical%20Abstract%20Report%202013.pdf|url-status=dead|archive-date=23 November 2016|title=Statistical Abstract 2013, National Bureau of Statistics|publisher=Tanzania Ministry of Finance|date=July 2014|access-date=23 October 2014}}</ref>
 
== Demografi ==
Pendidikan di Tanzania adalah wajib hingga berusia 15 tahun.<ref name="worst">{{cite web|url=https://www.dol.gov/ilab/reports/child-labor/findings/2013TDA/tanzania.pdf|title=2013 Findings on the Worst Forms of Child Labor|publisher=U.S. Department of Labor|access-date=23 September 2017|archive-url=https://web.archive.org/web/20170627081436/https://www.dol.gov/ilab/reports/child-labor/findings/2013TDA/tanzania.pdf|archive-date=27 Jun 2017|url-status=dead}}</ref> Anggaran peratusan celik huruf bagi penduduk Tanzania yang berusia 15 tahun dan lebih ialah 67.8% pada 2012.<ref>{{cite web|url=https://www.unicef.org/infobycountry/tanzania_statistics.html|title=Tanzania, United Republic of – Statistics|publisher=UNICEF|accessdate=15 Oktober 2014}}</ref>
 
Pendidikan rendah di Tanzania menggunakan bahasa Swahili, manakala pendidikan menengah pula menggunakan bahasa Inggeris. Secara umumnya, pendidikan di Tanzania terbahagi kepada sistem awam dan sistem swasta. Namun begitu, sekolah-sekolah swasta di Tanzania adalah sedikit, mahal dan menggunakan bahasa Inggeris.<ref name=":5">{{cite journal|author=Marie Yahl|date=2015|title=Education in Tanzania|journal=New York University|pages=1–24}}</ref>
 
=== Telekomunikasi ===
Setakat 2011, Tanzania memiliki 56 pelanggan telefon bimbit per 100 penghuni, sedikit melebihi purata Afrika Sub-Sahara. Kira-kira 12% penduduk Tanzania memiliki capaian Internet setakat 2011, tetapi berkembang dengan pesat. Tanzania memiliki jaringan gentian optik yang menggantikan sistem satelit, tetapi lebar jalur Internet masih berada pada tahap yang rendah.<ref name="frame" />
 
== Rujukan ==

Menu pandu arah