M. Kayveas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tan Sri Dr
M Kayveas
PSM

Penyandang
Tempoh jawatan 
1993
Didahului oleh SI Rajah

Lahir (1954-04-29) 29 April 1954 (umur 63)
Ladang Benta, Kuala Lipis, Pahang, Malaya (kini Malaysia)
Parti politik Barisan Nasional Logo.svg Ppplogo.gif BN-PPP
Pasangan Puan Sri Blanche Olbery
Agama Hindu

Tan Sri Dr. M. Kayveas (lahir 29 April 1954) PSM, ialah Presiden Parti Progresif Rakyat dan bekas Ahli Parlimen bagi kawasan Taiping serta bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Kekalahan dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008[sunting | sunting sumber]

Pada Pilihanraya Umum Malaysia ke-12 yang berlangsung pada 8 Mac 2008, M. Kayveas yang merupakan calon tunggal dari Parti Progresif Rakyat dan bertanding untuk Parlimen Taiping telah dikalahkan oleh lawannya Nga Kor Ming dari Parti Tindakan Demokratik. Kegagalan ini bermakna kerajaan pusat Barisan Nasional buat penggal ini tidak akan ada wakil dari Parti Progresif Rakyat.

Isu-isu yang dibangkitkan[sunting | sunting sumber]

Tahun 2007[sunting | sunting sumber]

Isu CTOS[sunting | sunting sumber]

Berikutan ramai rakyat Malaysia merungut tentang Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS), didakwa disenarai hitam dalam sistem CTOS setelah menghadapi masalah kewangan seperti gagal menjelaskan bayaran ansuran atau melunaskan pinjaman, agensi itu juga didakwa gagal untuk mengeluarkan nama peminjam walaupun telah melangsaikan tunggakan pinjaman, selain memaparkan maklumat kewangan remeh yang menjejaskan kewibawaan kredit seseorang. Pada 25 Jun 2007, beliau berkata kerajaan Malaysia tidak pernah mengiktiraf CTOS ntuk menyalurkan maklumat kewangan individu kepada institusi perbankan atau pihak lain bagi tujuan rujukan.[1] Dalam kenyataan balas CTOS menyatakan bahawa maklumat yang diberikan adalah hasil dari maklumat yang terdapat bagi umum, contohnya laporan muflis dari akhbar harian dan sebagainya.

MIC monyet dalam sangkar[sunting | sunting sumber]

Anak Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu, Vell Paari, dilaporkan berkata seorang pemimpin akar umbi PPP mengesahkan bahawa Kayveas telah mencerca MIC pada satu perjumpaan PPP. Pada 19 Mei 2009, Kayveas menafikan kononnya beliau menyifatkan MIC sebagai "monyet dalam sangkar".[2]

Tahun 2009[sunting | sunting sumber]

Krisis Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Berlaku krisis kepimpinan di antara beliau dan Datuk T. Murugiah.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia[3]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Majoriti
2004 P60 Taiping, Perak M. Kayveas (PPP) 20,129 47.41% Ong Chee Keng (DAP) 17,957 42.29% 2,172
Annah Dorai Pakiri (PKR) 4,371 10.30%
2008 M. Kayveas (PPP) 16,800 35.65% Nga Kor Ming (DAP) 28,098 59.63% 11,298

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sila lihat:
    • Kerajaan tidak pernah iktiraf CTOS, 25 Jun 2007, Utusan Malaysia
    • Momen (1987), p.176
  2. ^ http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/5/19/mstar_berita/20090519153717&sec=mstar_berita Kayveas nafi anggap MIC 'monyet dalam sangkar'
  3. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada original pada 6 September 2011. Dicapai pada 11 July 2010.  Percentage figures based on total turnout.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]