Joseph Kurup

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tan Sri Dato' Sri
Joseph Kurup
PSM, SSAP (Pah), SPDK, PGDK (Sab)
Tan Sri Joseph Kurup.jpg
Presiden
Parti Bersatu Rakyat Sabah
Memegang jawatan
1994
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Dalam jawatan
16 May 2013 – 10 May 2018
Perdana MenteriNajib Razak
Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli
Dalam jawatan
3 April 2008 – 5 May 2013
Didahului olehMaznah Mazlan
Digantikan olehTengku Zulpuri Shah Raja Puji
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Pensiangan
Dalam jawatan
2008–2018
Didahului olehBernard S. Maraat @ Ben
Digantikan olehArthur Joseph Kurup
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Sook
Dalam jawatan
1985–2004
Didahului olehSuffian Koroh
Digantikan olehEllron Angin
Butiran peribadi
Lahir (1944-12-15) 15 Disember 1944 (umur 74)
Pensiangan, Keningau, Borneo Utara (kini Sabah, Malaysia)
Parti politikPbrslogo.gif Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional.png Barisan Nasional (BN)
PasanganPuan Sri Melinda Soak Fong

Tan Sri Joseph Kurup merupakan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah. Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah Malaysia pada 2008.

Kemenangan pilihan raya 2008 dibatalkan[sunting | sunting sumber]

Joseph Kurup diisytiharkan menang tanpa bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia ke-12 bagi kerusi P182 Pensiangan. Pada hari penamaan calon, Danny Anthony Andipai (PKR) yang tiba pada 9.35 pagi di Dewan Majlis Daerah Nabawan telah membayar deposit RM15,000 dan duduk menunggu giliran. Tetapi apabila beliau cuba menyerahkan kertas pencalonannya, Bubudan OT Majalu selaku pegawai SPR telah menolak pencalonan beliau dengan alasan lewat menyerahkan borang pencalonan.

Pada 8 September 2008, di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Hakim David Wong Dak Wah memutuskan kemenangan Tan Sri Joseph Kurup dalam pilihan raya 2008 bagi Palimen Pensiangan sebagai batal dan tidak sah. Keputusan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Sabah menerima kertas pencalonan Danny Anthony Andipai (PKR) adalah muktamad dan tidak boleh ditolak oleh Pegawai Pilihan Raya, Bubudan OT Majalu, atas alasan tidak terdapat sebarang bantahan semasa tempoh bantahan. Keputusan Bubudan untuk membenarkan bantahan itu merupakan keputusan yang salah.[1]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Joseph Kurup di Facebook

Rujukan[sunting | sunting sumber]