Jailani Johari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat Dato' Sri

Jailani Johari
Jailani Bin Johari - 2016 (cropped).jpg
Jailani Johari (2016)
Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Digantikan olehEddin Syazlee Shith
Ahli Parlimen
untuk Hulu Terengganu
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Digantikan olehRosol Wahid
Butiran peribadi
Lahir (1965-08-02) 2 Ogos 1965 (umur 53)
Ajil, Terengganu
Parti politikBarisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO

Yang Berhormat Dato' Sri Jailani Johari (lahir 2 Ogos 1965) ialah seorang ahli politik dan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau adalah ahli parlimen Hulu Terengganu P.038 setelah memenangi kerusi tersebut pada pilihanraya umum ke 13. Beliau adalah ahli UMNO cawangan Kampung Tok Randok, Ajil dan tempat mengundi adalah di Sekolah Kebangsaan Tok Randok Ajil, Hulu Terengganu.[perlu rujukan]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu
  • Universiti Malaya di dalam jurusan Undang – Undang. Memperolehi ijazah LLB (Hons) Universiti Malaya.[perlu rujukan]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Datin Sri Siti Nurbiha Mohd. Bisharuddin dan telah di kurniakan 5 orang cahaya mata iaitu Amir Haziq, Arif Danial, Adriana Batrisyia, Amira Sofea dan Adiba Marsya.[perlu rujukan]

Tugas di SKMM[sunting | sunting sumber]

Ketua Pegawai Kawalselia Industri di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Jun 2010 – 2013

Peranan Utama Bertanggungjawab kepada halatuju pembangunan industri melalui kawalselia yang rapi selaras dengan objektif kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia.


Tanggungjawab Utama

  • Perancangan & Pembangunan Strategi
  • Pengurusan Perhubungan industri
  • Pengurusan Operasi
  • Pengurusan & pembangunan anggota


Pencapaian

  • Mengetuai SKMM sebagai ketua delegasi di Kongres UPU di Doha bertemakan “New World, New Strategy” telah diadakan dari 24 September hingga 15 Oktober 2012. [perlu rujukan]
  • Melalui pengundian yang dijalankan, Malaysia telah berjaya terpilih menganggotai ahli Postal Operations Council (POC) untuk tempoh empat tahun (2013-2016) yang terdiri daripada 40 buah negara sahaja. Pada pengundian tersebut, Malaysia telah menerima 105 undi berbanding 76 undi yang di terima di Kongres Geneva pada tahun 2008 (peningkatan sebanyak 38%).[perlu rujukan]
  • Bagi rantau ASEAN, Thailand dan Indonesia turut terpilih bersama Malaysia manakala Singapura pula gagal terpilih di dalam penggundian tersebut. [perlu rujukan]
  • Peranan aktif Malaysia di dalam UPU telah membolehkan Malaysia menerajui beberapa Jawatankuasa dan Kumpulan Kerja POC. Malaysia telah diberi penghormatan untuk menjadi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Fizikal (surat dan bungkusan) dan Pengerusi Kumpulan Kerja Remunerasi Perkhidmatan Bungkusan Antarabangsa. Sebagai Timbalan Pengerusi di peringkat Jawatankuasa, Malaysia juga turut menjadi ahli Jawatankuasa Pengurusan POC.[perlu rujukan]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) – 24 Oktober 2007[perlu rujukan]
  • Anugerah Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu - Ahli Kehormat (DSMZ) – 20 Julai 2011[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]