Devamany S. Krishnasamy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Tuan Speaker Dato' Seri



S.K. Devamany

S. K. Devamany.jpg

Penyandang
Tempoh jawatan 
28 Jun 2013
Didahului oleh R. Ganesan

Ahli Parlimen
untuk P78 Cameron Highlands, Negeri Pahang
Tempoh jawatan
21 Mac 2004 – 5 Mei 2013
Didahului oleh Kawasan Baru
Diganti oleh G. Palanivel

Lahir 10 September 1957 (58 tahun)
Simpang Empat, Semanggol, Perak, Persekutuan Malaya (kini Malaysia)
Parti politik BN-100px.jpg BN-MIC
Pasangan Saraswathi
Pekerjaan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak

Dato' Seri Devamamy S. Krishnasamy (lahir 10 September 1957) juga dikenali S.K. Devamany adalah seorang ahli politik Malaysia dan kini merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika menjadi Ahli Parlimen bagi kerusi Cameron Highlands di Pahang.

Kehidupan Persendirian[sunting | sunting sumber]

Devamany telah dilahirkan di Simpang Empat, Semanggol, Perak dan menerima pendidikan awalnya di King Edward VII School di Taiping, Perak. Pada 1978, beliau layak sebagai seorang guru daripada Institut Perguruan Pendidikan Khas di Cheras, Kuala Lumpur. Beliau kemudian melanjutkan pendidikannya dan telah lulus dengan ijazah di dalam Kesusasteraan Melayu daripada Universiti Malaya pada 1982.

Karier Politik[sunting | sunting sumber]

Devamany adalah seorang ahli Kongres India Malaysia (MIC), sebuah parti komponen BN dan sebagai Timbalan Presiden kini setelah memenangi pilihan parti semula pada 2015[1][2] apabila ROS membatalkan pemilihan parti lebih awal pada 1 Disember 2013 di mana beliau telah gagal jawatan Naib President yang beliau pegang semenjak 2009.[3][4] Beliau juga pernah menjadi Bendahari Kehormat MIC menggantikan Tan Sri Mahalingam pada 2008.[5]

Timbalan Menteri[sunting | sunting sumber]

Devamany buat kali pertama dipilih ke Parlimen Malaysia di dalam pilihan raya 2004 untuk kerusi Cameron Highlands, Pahang.[5] Beliau memegang kerusinya pilihan raya 2008 meskipun kekalahan teruk MIC yang meyeluruh, meninggalkan beliau merupakan salah seorang daripada hanya tiga ahli MIC di Dewan Rakyat. Selepas pilihan raya 2008, Devamany telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.[6][7]

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, Devamany dipilih untuk bertanding di kerusi Sungai Siput, Perak. Tetapi, beliau telah dikalahkan oleh calon terdahulu Michael Jeyakumar.

Pada 28 Jun 2013, beliau telah diundi sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, dengan mendapat 31 undi berbanding dengan 28 undi calon lawannya.[8]

Keputusan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia[9][10][11]
Thn Kawasan Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Lain-lain Undi Prts
2004 P078 Cameron Highlands, Pahang Devamany S. Krishnasamy (MIC) 10,226 67% Apalasamy Jataliah (DAP) 3,966 26%
2008 Devamany S. Krishnasamy (MIC) 9,164 56% Apalasamy Jataliah (DAP) 6,047 37%
2013 P062 Sungai Siput, Perak Devamany S. Krishnasamy (MIC) 18,800 45% Michael Jeyakumar Devaraj (PKR) 21,593 52% Nagalingam A/L Singaravelloo (BEBAS) 197 1%

References[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]