Serdang, Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Untuk kegunaan lain, sila lihat Serdang (nyahkekaburan).
Pekan Serdang
Jata-Selangor.jpg
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahDaerah Petaling
MukimPekan Serdang
KeluasanN/A

Serdang merupakan sebuah pekan di daerah Petaling, Selangor. Ia terbahagi kepada Serdang Lama dan Serdang Baharu. Serdang terletak di selatan Kuala Lumpur kira-kira 15 km melalui Lebuhraya Sungai Besi. Serdang terletak berdekatan dengan Balakong di timur dan Seri Kembangan (Serdang Baharu) di utara.

Cara ke sana[sunting | sunting sumber]

Selain menggunakan Lebuhraya Sungai Besi, Serdang juga terletak bersebelahan Lebuhraya Utara-Selatan, di antara Kuala Lumpur dan Bangi. Selain itu, terdapat juga landasan kereta api yang digunakan oleh KTM Komuter. Stesen keretapi Serdang.

Muka bumi[sunting | sunting sumber]

Muka bumi Serdang agak rata. Di tenggaranya ada Bukit Serdang setinggi kira-kira 588 kaki.

Sebuah lombong bijih timah yang dikenali sebagai Mong Fatt Mines satu ketika dahulu telah dimajukan sebagai Mines Wonderland di Seri Kembangan. Di lombong inilah sebahagian kuli Cina dari Serdang dan Sungai Besi bekerja sebagai pelombong, jenis lombong dedah yang sangat dalam.

Di sebelah barat terdapat Bukit Jeli (562 kaki) dan Bt Gajah Estet. Di barat laut Serdang ada Choong Keow Estet dan "Kebun Percubaan" yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.