Pergi ke kandungan

Seremban

(Dilencongkan daripada Bandar Seremban)
Seremban
Soghomban
Sungai Ujong
Bandaraya Seremban
Transkripsi lain
  Tulisan Jawiسرمبن
  Cina芙蓉
Fúróng (Hanyu Pinyin)
Fùhyùhng (Perumian Kantonis Yale)
Fu4 jung4 (Jyutping)
  Tamilசிரம்பான்
Cirampāṉ (Transliterasi)
Latar langit pusat bandar raya
Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Lama
Jalan Dato' Bandar Tunggal
Muzium Negeri
Mohor rasmi bagi Seremban
Nickname(s): 
S'ban, Bandaraya Beradat
Motto(s): 
Mampan, Bersih, Sejahtera
Map
Lokasi Seremban di Negeri Sembilan
Seremban yang terletak di Malaysia
Seremban
Seremban
   Seremban in    Malaysia
Seremban yang terletak di Asia
Seremban
Seremban
Seremban (Asia)
Koordinat: 02°43′20″U 101°56′30″T / 2.72222°U 101.94167°T / 2.72222; 101.94167
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
DaerahSeremban
Luak Sungai Ujong
Ditubuhkan1840
Diiktiraf status bandaraya20 Januari 2020
Kerajaan
  Ditadbir olehMajlis Bandaraya Seremban
  Datuk BandarDato' Masri bin Haji Razali
Keluasan
959 km2 (370 batu persegi)
  Metro
2,980 km2 (1,150 batu persegi)
Ketinggian
79 m (259 ft)
Penduduk
 (2020)[1]
681,541 (Ke−10)
  Kepadatan489.00/km2 (1,266.51/batu persegi)
  Metro
806,920[2]
  Demonim
Orang Seremban
Zon waktuUTC+8 (MST)
  Musim panas (WMP)Tidak tersedia
Poskod
70xxx to 75xxx
Waktu suriaUTC + 06:46:48
Kod panggilan kebangsaan06
Nombor platNxx (untuk semua kenderaan termasuk teksi)
ISO 3166-2MY-14
Tapak sesawangwww.mbs.gov.my

Seremban (sebutan dalam loghat tempatan: Soghomban atau Somban; Jawi: سرمبن) adalah sebuah bandar raya yang terletak di Negeri Sembilan, Semenanjung Malaysia. Terletak dalam daerah Seremban, Seremban merupakan ibu negeri bagi Negeri Sembilan, dan juga merupakan bandar terbesar di negeri itu. Pentadbiran bandar raya dikelolai oleh Majlis Bandaraya Seremban.

Seremban merupakan bandar raya kesepuluh terbesar di Malaysia dan juga ibu negeri kelima paling ramai penduduk selepas Johor Bahru, Shah Alam, George Town dan Ipoh, dengan populasi sebanyak 681,541 orang setakat tahun 2020 (dianggarkan penduduknya seramai 944,828 orang pada 2021)[3]. Bandar raya ini juga merupakan sebahagian daripada kawasan Kuala Lumpur Raya, terletak kira-kira 55 kilometer (34 bt) ke selatan ibu negara Kuala Lumpur, 37 kilometer (23 bt) ke selatan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Putrajaya.

Sejak 2015, Seremban menjadi sebahagian daripada koridor Lembah Wawasan Malaysia, sebuah zon ekonomi khas yang meliputi bahagian barat Negeri Sembilan dari Nilai di utara sehingga Port Dickson di selatan, merangkap bandar utama bagi seluruh koridor berkenaan.

Seremban berkembang pesat pada abad ke-19 berikutan kegiatan perlombongan bijih timah, khususnya selepas penemuan bijih timah di kawasan Rasah pada sekitar 1870-an. Perkembangan industri perlombongan menarik kedatangan pedagang dan pekerja daripada pelbagai latar belakang, termasuk masyarakat Melayu, Cina dan Arab. Pada masa yang sama, sebahagian besar penduduk Melayu tempatan masih terlibat dalam kegiatan pertanian.

Pada peringkat awal, Seremban merupakan sebahagian daripada wilayah tradisional Sungai Ujong. Kawasan ini berkembang bukan sahaja sebagai pusat perlombongan, tetapi juga sebagai pusat perdagangan. Sungai Linggi menjadi laluan pengangkutan utama bagi membawa keluar bijih timah serta membawa masuk bekalan dari pelabuhan di Melaka. Selain perdagangan bijih timah, kutipan cukai terhadap barangan yang melalui sungai tersebut turut menjadi sumber pendapatan penting kepada pembesar tempatan.

Pada dekad 1870-an, Dato' Kelana dan Dato' Bandar berselisih mengenai hak memungut cukai, kedudukan politik serta penguasaan kawasan perlombongan di Sungai Ujong. Pertikaian ini membuka ruang kepada campur tangan British. Setelah diminta membantu oleh Dato' Kelana, pihak British menyokong angkatannya dalam konflik menentang Dato' Bandar. Dato' Bandar kemudiannya ditewaskan dan dibuang ke Singapura.

Selepas konflik tersebut, pengaruh British di Sungai Ujong semakin meluas. Dato' Kelana menerima pelantikan seorang pegawai British sebagai Residen untuk memberikan nasihat dalam urusan pentadbiran, kecuali perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat Melayu.

Kapten Murray dilantik sebagai Residen British yang pertama dan menetap di Channer Road, yang kini dikenali sebagai Jalan Dato' Siamang Gagap. Selepas itu, sebahagian penduduk Rasah berpindah ke kawasan berhampiran Channer Road, yang berkembang sebagai pusat pentadbiran dan penempatan baharu.[4]

Banjaran Titiwangsa membentuk kawasan tanah tinggi di bahagian timur Seremban.
Sungai Linggi di Mambau.

Seremban terletak kira-kira 30 kilometer ke pedalaman dari pantai barat Semenanjung Malaysia. Bandar raya ini terletak di lembah Sungai Linggi, berhampiran pinggir barat Banjaran Titiwangsa. Bentuk muka buminya secara umum terdiri daripada kawasan beralun dan berbukit, khususnya di bahagian timur daerah.

Tanah di sekitar Seremban sebahagian besarnya terdiri daripada tanah laterit merah. Tanah tersebut pernah menyokong kegiatan pertanian komersial, terutamanya penanaman getah dan kelapa sawit, yang menjadi antara kegiatan ekonomi penting di kawasan sekitar Seremban sebelum perkembangan pembandaran yang lebih pesat.

Sungai Linggi memainkan peranan penting dalam sejarah perkembangan Seremban. Pada zaman perlombongan bijih timah, sungai ini menjadi salah satu laluan utama untuk mengangkut bijih timah dan membawa masuk bekalan dari kawasan pesisir. Kini, lembangan Sungai Linggi merupakan antara sumber bekalan air penting bagi Seremban dan beberapa kawasan lain di Negeri Sembilan.

Seremban mengalami iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun, seperti kebanyakan kawasan lain di Semenanjung Malaysia. Suhu harian lazimnya berada antara pertengahan 20-an hingga awal 30-an darjah Celsius.

Hujan turun sepanjang tahun, dengan jumlah hujan yang lazimnya meningkat semasa tempoh peralihan monsun sekitar April dan Oktober. Walaupun terdapat tempoh yang lebih kering, Seremban tidak mempunyai musim kemarau yang jelas.

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]
Stesen KTMB Seremban menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan Komuter Laluan Seremban dan ETS

Pembinaan perhubungan kereta api mula dijalankan sekitar lewat 1890-an sebagai hentian bagi aliran Kuala Lumpur-Singapura, sehingga sekarang, Stesen Seremban masih menjadi hentian yang penting. Stesen Seremban menjadi hentian kereta api penting dalam Laluan Seremban bagi perkhidmatan KTM Komuter yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Lembah Klang.[5] Seremban juga menjadi terminal untuk laluan cabang Seremban-Port Dickson namun telah ditamatkan operasi pada tahun 2008.

Jalan raya

[sunting | sunting sumber]
Persimpangan Seremban, Lebuhraya Utara-Selatan

Laluan Persekutuan Malaysia 1 LP 1, jalan raya yang tertua di Malaysia yang menghubungkan bandar-bandar utama di pantai barat Semenanjung Malaysia turut melalui Seremban. Jalan tersebut menghubungkan Seremban dengan bandar-bandar berdekatan seperti Rembau dan Tampin di selatan dan Kajang, Selangor di utara. Seremban juga menjadi penghubung ke Kuala Klawang dan Kuala Pilah ke timur dan bandar pelancongan Port Dickson di barat. Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan melalui Seremban. Seremban dihubungkan dengan bandar-bandar lain seperti Melaka dan Johor Bahru ke selatan dan Kuala Lumpur ke utara. Terdapat tiga persimpangan jalan raya bertingkat yang menghubungkan Seremban melalui EXIT 218 Persimpangan Seremban, EXIT 219 Persimpangan Port Dickson dan EXIT 220 Persimpangan Senawang.[6]

Tempat menarik

[sunting | sunting sumber]

Seremban mempunyai sejumlah tempat bersejarah, institusi kebudayaan, rumah ibadat, taman awam dan kawasan rekreasi. Sebahagian daripada bangunan lama di pusat bandar turut menjadi sebahagian daripada warisan perkembangan Seremban sejak zaman Sungai Ujong dan pentadbiran British.

Warisan dan kebudayaan

[sunting | sunting sumber]

Muzium Negeri Sembilan

[sunting | sunting sumber]

Muzium Negeri Sembilan terletak di Jalan Dato' Hamzah dan ditubuhkan pada tahun 1953. Penubuhannya bermula apabila Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kelapan, memberikan perkenan supaya Istana Ampang Tinggi dipindahkan dari Kuala Pilah ke Seremban untuk dijadikan sebahagian daripada kompleks muzium negeri.

Kompleks tersebut mempamerkan koleksi berkaitan sejarah Negeri Sembilan, Adat Perpatih, kebudayaan tempatan, perlombongan bijih timah dan kehidupan masyarakat negeri itu. Seni bina beberapa bangunan di kompleks berkenaan turut menampilkan ciri rumah tradisional Negeri Sembilan.

Kompleks Kraf Negeri Sembilan

[sunting | sunting sumber]

Kompleks Kraf Negeri Sembilan terletak di Jalan Dato' Abdul Kadir. Kompleks ini berfungsi sebagai pusat pameran, promosi dan penjualan hasil kraftangan dari seluruh Negeri Sembilan.

Antara hasil kraf yang dipamerkan ialah tekstil, anyaman, ukiran kayu, tembikar dan barangan berasaskan seni tradisional tempatan. Kompleks ini turut menyediakan ruang untuk kegiatan demonstrasi serta latihan berkaitan penghasilan kraftangan.[7]

Taman Budaya Negeri Sembilan

[sunting | sunting sumber]

Taman Budaya Negeri Sembilan merupakan sebuah kompleks kebudayaan yang menampilkan unsur seni bina tradisional negeri. Kompleks ini digunakan bagi penganjuran persembahan seni, pameran, kegiatan kebudayaan dan program berkaitan warisan masyarakat Negeri Sembilan.

Lorong Seni Seremban

[sunting | sunting sumber]

Lorong Seni Seremban ialah sebuah kawasan seni awam di pusat bandar yang menampilkan mural dan karya seni berkaitan sejarah, kebudayaan serta identiti masyarakat Seremban. Kawasan tersebut dibangunkan sebagai sebahagian daripada usaha menghidupkan semula kawasan bandar lama dan mempromosikan warisan tempatan.

Taman dan kawasan rekreasi

[sunting | sunting sumber]

Taman Tasik Seremban

[sunting | sunting sumber]

Taman Tasik Seremban ialah sebuah taman awam berhampiran pusat bandar. Taman ini merupakan antara kawasan rekreasi utama di Seremban dan mempunyai dua buah tasik yang dikelilingi kawasan landskap.

Antara kemudahan yang disediakan ialah laluan joging, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat dan ruang untuk kegiatan riadah. Kedudukannya berhampiran beberapa bangunan kerajaan dan institusi kebudayaan menjadikannya salah satu kawasan hijau utama di pusat bandar.[8]

Taman Rekreasi Seremban 2

[sunting | sunting sumber]

Taman Rekreasi Seremban 2 ialah sebuah taman bandar di kawasan Seremban 2. Taman yang dibuka pada tahun 2005 ini menyediakan laluan riadah, kawasan lapang, taman permainan, gimnasium terbuka serta gelanggang bola keranjang, futsal dan badminton.

Taman tersebut turut mempunyai kawasan air pancut, bangku rehat dan wakaf untuk kegunaan pengunjung.

Taman Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Taman Malaysia ialah sebuah kawasan rekreasi berhutan di Seremban. Kawasan ini mempunyai pelbagai spesies pokok hutan dan buah-buahan serta digunakan untuk kegiatan riadah, perkhemahan dan pendidikan alam sekitar.

Bukit Kepayang

[sunting | sunting sumber]

Bukit Kepayang ialah sebuah kawasan bukit berhampiran Seremban 2 yang digunakan untuk kegiatan mendaki dan rekreasi luar. Laluan pendakiannya menawarkan pemandangan kawasan bandar Seremban dan kawasan sekitarnya.

Mercu tanda dan ruang awam

[sunting | sunting sumber]

Dataran Seremban

[sunting | sunting sumber]

Dataran Seremban ialah sebuah ruang awam berhampiran pintu masuk ke pusat bandar. Kawasan ini mempunyai ruang lapang, pancuran air, landskap, pencahayaan hiasan dan sebuah tiang bendera yang berketinggian hampir 100 kaki (30 m).[9]

Dataran tersebut turut digunakan untuk perhimpunan awam, sambutan perayaan dan kegiatan masyarakat setempat.

Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri lama

[sunting | sunting sumber]

Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri lama merupakan salah sebuah bangunan bersejarah di pusat bandar Seremban. Bangunan ini pernah digunakan sebagai pusat pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan sebelum fungsi tersebut dipindahkan ke kompleks pentadbiran yang lebih baharu.

Wisma Negeri

[sunting | sunting sumber]

Wisma Negeri ialah kompleks pentadbiran utama kerajaan Negeri Sembilan. Bangunan ini dikenali kerana reka bentuknya yang dipengaruhi seni bina tradisional Minangkabau dan Negeri Sembilan.

Tempat ibadat dan bangunan bersejarah

[sunting | sunting sumber]

Masjid Negeri

[sunting | sunting sumber]

Masjid Negeri terletak berhampiran Taman Tasik Seremban. Masjid yang dibina pada tahun 1966 dan dirasmikan pada tahun 1967 ini merupakan salah satu mercu tanda utama di pusat bandar.

Masjid Sri Sendayan

[sunting | sunting sumber]

Masjid Sri Sendayan terletak di Bandar Sri Sendayan. Masjid ini dikenali kerana seni binanya yang menggabungkan unsur reka bentuk Islam daripada beberapa tradisi dan menjadi salah satu mercu tanda utama di kawasan Sendayan.

Gereja Visitation

[sunting | sunting sumber]

Gereja Visitation di Jalan Yam Tuan dibina antara tahun 1883 dengan 1885. Gereja ini merupakan antara bangunan Kristian tertua di Seremban dan menjadi sebahagian daripada warisan seni bina bandar tersebut.

Kuil Sri Balathandayuthapani

[sunting | sunting sumber]

Kuil Sri Balathandayuthapani terletak di Jalan Yam Tuan. Kuil ini merupakan salah sebuah pusat ibadat Hindu utama di Seremban dan menjadi tumpuan semasa sambutan Thaipusam serta perayaan keagamaan lain.

Tokong Then Sze Khoon

[sunting | sunting sumber]

Tokong Then Sze Khoon, yang turut dikenali sebagai Tokong Lipan, terletak di Temiang. Kompleks tokong ini dibina di kawasan berbukit dan menawarkan pemandangan bandar Seremban.

Tarikan keluarga dan rekreasi

[sunting | sunting sumber]

Ladang Burung Unta Jelita

[sunting | sunting sumber]

Ladang Burung Unta Jelita, atau Jelita Ostrich Farm, terletak di Jalan Jelebu. Ladang ini menternak burung unta dan turut dibangunkan sebagai pusat rekreasi serta pendidikan berkaitan haiwan.

Pengunjung boleh melihat burung unta dari dekat dan mengikuti kegiatan interaktif yang disediakan. Selain burung unta, ladang tersebut turut menempatkan beberapa spesies haiwan ternakan lain.

Seremban International Golf Club

[sunting | sunting sumber]

Seremban International Golf Club ialah sebuah kelab dan padang golf yang terletak di Ampangan. Kelab ini merupakan salah satu kemudahan rekreasi golf utama di Seremban dan telah beroperasi sejak zaman pentadbiran British.

Bandar kembar

[sunting | sunting sumber]

Seremban mempunyai dua bandar kembar.

Rumah ibadat

[sunting | sunting sumber]

Seremban mempunyai pelbagai rumah ibadat yang mencerminkan kepelbagaian agama penduduknya.

  • Masjid Jamek Seremban terletak di Jalan Tun Dr. Ismail. Masjid ini dibina pada tahun 1900 dan diasaskan oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Tapaknya diwakafkan oleh keluarga Sheikh Abdul Kadir, manakala ruang solatnya boleh menampung kira-kira 1,000 orang jemaah.
  • Pusat Dakwah Islamiah, Paroi mula dibangunkan selepas upacara peletakan batu asas pada tahun 1990. Fasa pertama pembinaannya merangkumi sebuah dewan besar, dua dewan makan, sebuah dewan teater, sepuluh bilik kuliah, sebuah bilik orang kenamaan dan sebuah bilik menunggu. Bangunan tersebut mula digunakan pada 1 April 1995. Fasa kedua, yang melibatkan pembinaan sebuah surau dan dua blok asrama, siap pada Mac 1998. Kompleks ini dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan pada 24 Jun 1999. Blok pentadbirannya pula siap pada Disember 2004 dan mula digunakan pada Mac 2005.
  • Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng terletak di Jalan Jelebu dan pada asalnya dikenali sebagai Masjid Jamek Ampangan. Masjid ini dibina pada tahun 1928 atas usaha Dato' Kelana Putra Maamor bin Kasim, yang ketika itu merupakan Undang Luak Sungai Ujong. Masjid tersebut dibaik pulih pada tahun 1963, 1978 dan 1991, sekali gus meningkatkan kapasitinya daripada kira-kira 300 kepada 1,500 orang jemaah. Tapaknya diwakafkan oleh Tok Mukim.
  • Masjid Sikamat terletak di Sikamat, Seremban.[12]
  • Kuil Sri Balathandayuthapani terletak di Jalan Yam Tuan, kira-kira 2 km dari pusat bandar Seremban. Kuil ini dibina pada tahun 1819 dan diubah suai pada tahun 2005. Kuil tersebut menjadi salah satu pusat ibadat utama masyarakat Hindu di Seremban, khususnya semasa sambutan Thaipusam dan perayaan keagamaan lain.
  • Gereja Visitation terletak di Jalan Yam Tuan. Gereja ini dibina antara tahun 1883 dengan 1885 selepas kerajaan British membenarkan sebidang tanah digunakan bagi pembinaan gereja untuk masyarakat Katolik di Sungai Ujong. Pembinaannya diusahakan oleh Paderi Hector Letessier.[13]

Buddha dan kepercayaan tradisional Cina

[sunting | sunting sumber]
  • Tokong Then Sze Khoon terletak di Temiang.
  • Tokong Liet Sing Koong terletak di Jalan Kapitan Tam Yeong.[14]

Infrastruktur

[sunting | sunting sumber]

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Seremban mempunyai beberapa buah hospital dan pusat perubatan kerajaan serta swasta.

Hospital Tuanku Ja'afar, yang dahulunya dikenali sebagai Hospital Besar Seremban, ialah hospital negeri dan pusat rujukan utama bagi Negeri Sembilan. Hospital ini dibina pada tahun 1930 dan terletak di Bukit Rasah. Ia mempunyai kapasiti kira-kira 800 katil, menyediakan 20 bidang kepakaran klinikal serta pelbagai perkhidmatan sokongan. Kawasan hospital ini meliputi tanah seluas kira-kira 212 ekar (0.86 km2).

Antara hospital swasta di Seremban ialah Hospital Columbia Asia Seremban, yang dibuka pada tahun 1999. Hospital ini mempunyai kira-kira 80 katil dan menyediakan perkhidmatan pesakit luar dan pesakit dalam, rawatan pakar, klinik 24 jam serta perkhidmatan kecemasan.

Hospital Pakar Seremban pula ditubuhkan pada tahun 2004 dan mempunyai kapasiti kira-kira 109 katil. Hospital ini terletak berhampiran Muzium Negeri di pinggir pusat bandar Seremban.

Hospital Bersalin Cina Negeri Sembilan ialah sebuah hospital swasta yang terletak di Jalan Tun Ismail. Hospital ini mempunyai kira-kira 75 katil dan menyediakan perkhidmatan berkaitan kesihatan ibu serta penjagaan perubatan umum.

Di Senawang, Hospital Pakar Senawang dibuka pada tahun 2008 dan mempunyai kapasiti kira-kira 101 katil.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

[sunting | sunting sumber]

Kawasan di dalam daerah Seremban di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang dinaik taraf pada tahun 2020.

Ahli Parlimen

[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Negeri (ADN)

[sunting | sunting sumber]
  1. Helders, Stefan. "Metropolitan areas in Malaysia". World Gazetteer. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-05. Dicapai pada 4 December 2007.
  2. "Seremban Urban Area" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-30. Dicapai pada 2014-11-23.
  3. Populasi di Seremban mengikut data 2021 anggaran Majlis Bandaraya Seremban[]
  4. Sejarah Seremban, Majlis Perbandaran Seremban
  5. "Komuter Routes in Malaysia" [Laluan Komuter di Malaysia]. Keretapi Tanah Melayu (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 20, 2018. Dicapai pada 31 Oktober 2021.
  6. Administrator. "Toll Abbreviation" [Singkatan Tol]. PLUS Malaysia Berhad. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-09. Dicapai pada 2018-11-23.
  7. Kompleks Kraf Negeri Sembilan
  8. Taman Tasik Seremban
  9. Dataran Seremban
  10. "Bukittinggi: Jabaran Rencana Kota Kembar" (dalam bahasa Indonesia). Bukittinggi Department. Dicapai pada 10 July 2013.
  11. "Seremban dan Izumi di Jepun kini bandar berkembar". Harian Metro.
  12. Masjid di Seremban
  13. "History of the Church". [www.visitationseremban.org](http://www.visitationseremban.org). Dicapai pada 2023-11-06.
  14. Kuil dan tokong di Seremban

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]