Pendidikan di Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Universiti Sains Islam Malaysia, salah sebuah pusat pengajian di Negeri Sembilan

Sebagaimana negeri-negeri lain di Malaysia, pendidikan di Negeri Sembilan turut terdiri daripada institusi pendidikan di semua peringkat dari prasekolah hingga pengajian tinggi. Kebanyakannya merupakan institusi yang ditadbir oleh agensi kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, terdapat juga institusi yang diurus tadbir oleh agensi kerajaan negeri.

Negeri Sembilan juga turut mempunyai sistem Kelas Agama Petang (KAP), sistem pembelajaran mata pelajaran agama yang dilaksanakan di sekolah rendah milik Persekutuan. Ia dicetuskan pada 2004 semasa pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan, dan mula dilaksanakan pada Februari 2005[1].

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Utusan (23 Januari 2010). "KAP mantapkan pendidikan agama generasi muda". PSPBTP. Dicapai pada 14 Julai 2023.