Bandar Baru Nilai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bandar Baru Nilai
Pemandangan Bandar Baru Nilai
Pemandangan Bandar Baru Nilai
Mohor rasmi Bandar Baru Nilai
Bandar Baru Nilai is located in Semenanjung Malaysia
Bandar Baru Nilai
Bandar Baru Nilai
Lokasi Nilai di Semenanjung Malaysia
Koordinat: 2°49′N 101°48′E / 2.817°N 101.800°E / 2.817; 101.800
NegaraMalaysia
NegeriNegeri Sembilan
DaerahSeremban
Kerajaan
 • Ditadbir olehMajlis Perbandaran Nilai
Penduduk
(2010)
 • Jumlah38,612
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak tersedia
Kod panggilan kebangsaan06

Bandar Baru Nilai merupakan sebuah perbandaran baru di Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Bandar Baru Nilai terletak di dalam daerah Seremban dan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Nilai (MPN).

Bandar Baru Nilai terletak kira-kira 23 kilometer dari bandar Seremban dan 4 kilometer dari Nilai (Pekan Nilai atau dikenali sebagai Nilai Lama). Sebenarnya istilah Nilai Lama tidak wujud secara rasmi, ia cuma untuk membezakan kedua-duanya.

Rekreasi[sunting | sunting sumber]

Dataran Nilai[sunting | sunting sumber]

Dataran Nilai

Dataran Nilai menjadi mercu tanda baru kawasan Majlis Perbandaran Nilai dengan terdirinya Menara Jam. Dataran Nilai lebih menampakkan ciri Negeri Sembilan dengan pembinaan pusat kraftangan yang menonjolkan binaan seperti rumah di Kuala Pilah, Rembau dan Jempol.

Dataran Nilai turut menyediakan padang permainan kanak-kanak dan padang bola untuk kegunaan orang ramai yang boleh memohon melalui Majlis Perbandaran Nilai. Selain itu terdapat juga bangunan kraftangan, mini amphitheater, pentas, tempat letak kereta, pondok bas dan sebagainya.

Dataran Nilai ini menjadi pilihan keluarga pada hujung minggu kerana ia terletak di tengah bandar. Ia juga mungkin boleh dijadikan alternatif kepada warga Kuala Lumpur yang mahukan pemandangan baru.[1]

Taman Awam Nilai[sunting | sunting sumber]

Taman Awam Nilai

Taman Awam Nilai dalam kawasan Majlis Perbandaran Nilai adalah unik kerana dihiasi mural enam Perdana Menteri Malaysia. Mural yang diperbuat daripada batu granit, turut diselitkan maklumat latar belakang pemimpin negara bagi pengetahuan orang ramai yang bertandang. Taman Awam Nilai juga dikenali sebagai laman dwifungsi berikutan peranannya sebagai tempat beriadah, mendapatkan ketenangan menerusi susunan pepohon dan paling penting, mendidik generasi muda mengenai pemimpin negara.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]