Puchong, Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Puchong
Pucong
Nama samaran: Puchong, Bandar Bunga Kenanga Puchong, Bandar Bunga Semarak Api
Moto: Perbandaran Bestari,Kota Niaga Kediaman Idaman Menjadi sebuah pihak berkuasa tempatan bertaraf dunia
Negara Malaysia
Negeri Selangor
Pembentukan sekitar 1900
Dinaik taraf Perbandaran Subang Jaya - Bahagian Puchong Dinaik taraf Perbandaran Sepang - Puchong Selatan 2 Januari 1997 3 Mac 2005
Kerajaan
 - Datuk Bandar Subang Jaya- Bahagian Puchong

Datuk Bandar Sepang-Bahagian Puchong Selatan

Tuan Adnan Bin Hj. Md. Ikshan Tuan Azizan Bin Mohamad Sidin
Kepadatan (2007)
 - Jumlah 380,000
Zon masa MST (UTC+8)
 - Musim panas (DST) Tidak diperhatikan (UTC)
Laman web: http://www.mpsj.gov.my/ dan http://www.mpsepang.gov.my/

Puchong ialah satu kawasan pinggir bandar yang berada di dalam lingkungan metropolitan Kuala Lumpur-Lembah Klang. Pada asasnya kawasan Puchong merujuk kepada kawasan yang sejajar dengan Jalan Puchong, iaitu sebatang jalan raya yang menghubungkan Kuala Lumpur-Jalan Klang Lama di utara dengan Daerah Sepang di selatan. Dari segi pentadbiran, Puchong adalah di bawah lingkungan Daerah Petaling, dan ditadbir oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Puchong Selatan di bawah lingkungan Daerah Sepang dan ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang. Puchong dihubungkan dengan bahagian lain Lembah Klang melalui Lebuhraya Damansara-Puchong dan Lebuhraya Sungai Besi.

Puchong terbahagi kepada 2 kawasan Parlimen iaitu kawasan parlimen Puchong yang mengandungi 2 kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Kawasan Kinrara dan Seri Serdang dan Parlimen Sepang yang merangkumi Puchong Selatan yang diletakkan dalam Dewan Undangan Negeri kawasan Dengkil.

Sejarah Puchong[sunting | sunting sumber]

Puchong telah wujud sekurang-kurangnya 120 tahun dahulu. Contohnya dikatakan Kuil Hindu di Puchong Batu 12 mempunyai sejarah selama 120 tahun. Manakala bagi SRK(C) Han Ming di Puchong Batu 14, ia telah disahkan mula beroperasi sejak tahun 1921 manakala SRJK (C) Sin Ming di Puchong Batu 17 mula beroperasi pada tahun 1934. Terdapat juga Sekolah Melayu yang awal dibina di Puchong iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti yang mula dibuka pada tahun 1946.

Sejarah awal Puchong adalah tidak jelas. Tetapi sejarah Puchong sehingga tahun 1980-an masih boleh dikesan melalui sumber lisan.

Puchong pada 1980-an[sunting | sunting sumber]

Ekonomi Puchong pada era ini adalah sangat bergantung kepada industri perlombongan (timah & pasir), penorehan getah dan juga pemprosesan serbuk kari. Pada zaman ini pola penempatan Puchong adalah berbentuk sejajar dengan Jalan Puchong. Penempatan ini ditandai dengan "Batu". Penempatan di kawasan Puchong pada zaman itu adalah seperti berikut:

  • Batu 6
    Sekarang kawasan ini merujuk kepada kawasan di sebelah jambatan yang melintasi Lebuhraya Shah Alam, sebelah Kuala Lumpur.
  • Batu 8
    Sekitar kawasan Kinrara dan Taman Pak Siong.
  • Batu 9
    Merupakan kawasan pusat bagi Puchong, dikenali juga sebagai Bandar Puchong Jaya. Puchong Jaya merupakan salah satu susur keluar ke Lebuhraya Puchong-Sungai Besi , Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).
  • Batu 11
    Kini masih wujud, merujuk kepada Kampung Melayu berhampiran "Lurah Besar" Puchong, dekat dengan Bandar Puchong Jaya.Di tahun 60an hingga 70an terdapat sebuah kawasan penternakan buaya di Batu 11 Puchong dan pada tahun 70an juga terdapat satu banjir besar telah melanda Puchong.Akibat dari peristiwa banjir tersebut,kebanyakkan buaya buaya yang berada di kawasan Batu 11 Puchong telah terlepas dan mendiami kebanyakkan sungai,lombong dan juga tasik di sekitar Puchong. Ini termasuk juga 'Buaya Puchong' yang mendiami tasik di Kampung Sri Aman. Ramai warga setempat mengatakan yang buaya tersebut terlepas semasa banjir besar pada tahun 70an dan telah mendiami tasik berkenaan.
  • Batu 12
    Pada masa dulu ia adalah pusat bagi penduduk Puchong. Balai polis Puchong asal terletak di sini tetapi sekarang telah dipindahkan ke Bandar Puchong Jaya. Terdapat juga beberapa buah rumah kedai namun telah dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan Lebuhraya Damansara Puchong. Kawasan ini sekarang lebih dikenali sebagai Bandar Puteri Puchong. Tepat pada selekoh besar LDP, terdapat kilang traktor. Sekarang pekan Puchong Batu 12 cuma tinggal sebuah Masjid, dan juga rumah JKR.
  • Batu 13
    Merujuk kepada penempatan di tepi Sungai Kelang. Di sini juga ada sebuah kilang kari iaitu kilang Kari Cap Burung.Terdapat 6 buah kampung di Batu 13 Puchong Kampung Baru Sri Puchong, Kampung Sri Langkas, Kampung Sri Langkas Tambahan,Kampung Sri Aman, Kampung Tengah dan Kampung Kenangan. Diakhir tahun 80an terdapat satu peristiwa buruk dimana sebuah kapal korek dikawasan perlombongan dipuchong telah terbalik,ia berlaku di Batu 13 yang mana sekarang dipanggil sebagai Puchong Permai. 'Buaya Puchong' yang dahulunya menjadi tajuk besar didalam surat khabar juga berasal dari sebuah tasik semulajadi di Kampung Sri Aman Batu 13 Puchong.
  • Batu 14
    Merupakan penempatan tradisi di kawasan Puchong yang dipelihara dengan lengkap. Terkenal dengan hubungan kaum yang baik antara kaum Melayu-Cina-India-Orang Asli (Puak Rasau). Selain itu tempat ini juga terkenal dengan masakan Hakka Yong Tau Fu.
  • Batu 16
    Sebuah penempatan estet yang telah dibangunkan menjadi kawasan perumahan baru iaitu Bandar Bukit Puchong 1 dan Bandar Puchong Utama.
  • Batu 17
    Merujuk kepada kawasan lombong Ayer Hitam yang merupakan lombong terbesar di Puchong. Dahulu di sini terdapat banyak penempatan penduduk. Namun pada pertengahan 1980-an, apabila lombong ditutup kawasan ini dikenali sebagai bandar hantu sehinggalah kerajaan negeri membangunkan semula kawasan ini kepada pertumbuhan penempatan baru yang dikenali sebagai Putra Perdana, Danau Putra, Aman Putra dan Nusaputra.
  • Batu 18
    Merujuk kepada kawasan sekitar Kampung Pulau Meranti dan kawasan perumahan baru seperti KiPark Puchong,Taman Meranti Indah dan Desaria Kondominium.

Demografi Puchong[sunting | sunting sumber]

Kawasan Puchong mempunyai penduduk dianggarkan menghampiri 380,000 orang. Namun jumlah ini adalah jumlah yang telah dimasukkan sebahagian kawasan Sepang yang mempunyai poskod yang sama iaitu dari 47100 sehingga 47190 di bawah nama Puchong dan ianya ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang dan Majlis Perbandaran Subang Jaya. Demografi Puchong terbahagi kepada dua iaitu:-

Kawasan Daerah Subang[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk Puchong di kawasan Daerah Subang adalah dianggarkan seramai 295,000 orang. Dari segi komposisi kaum, kaum Melayu menguasai 45% peratus dari jumlah penduduk diikuti oleh kaum Cina 40%, India 14% dan kaum-kaum lain mewakili 1 peratus dari keseluruhan penduduk. Kebanyakkan kaum Melayu mendiami kawasan kampung-kampung di sepanjang Sungai Kelang dan taman-taman perumahan seperti di Puchong Permai, Puchong Perdana, Puchong Prima, Puchong Indah, Puchong Utama, Bandar Bukit Puchong 1 dan Puchong Intan. Manakala kaum Cina banyak tertumpu kepada kawasan-kawasan perumahan yang besar seperti Bandar Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Bandar Puteri, Bandar Kinrara, sekitar Puchong Batu 8, Taman Kinrara, Kampung Baru Cina di Batu 14 dan Mutiara Puchong. Bagi kaum India pula penempatan mereka tertumpu kepada Kampung Bunga Melur di Batu 14, sekitar Sri Puchong dan Kampung Tun Razak. Terdapat juga penempatan kaum asli di Puchong iaitu di Puchong Batu 14 dikenali sebagai Kampung Sungai Rasau.

Kawasan daerah Sepang[sunting | sunting sumber]

Bagi jumlah penduduk Puchong di kawasan Daerah Sepang pula, jumlah penduduknya adalah dianggarkan seramai 85,000 orang. Dari segi komposisi kaum, kaum Melayu adalah kaum majoriti iaitu dianggarkan sebanyak 77%, diikuti kaum Cina 10% dan kaum India 13%.

Agama[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai agama anutan penduduk Puchong. Puchong merupakan kawasan yang didiami oleh pelbagai kaum dan fahaman agama. Terdapat lebih 7 buah masjid, 6 kuil hindu, 4 kuil Buddha dan beberapa buah gereja kecil yang boleh didapati di Puchong. Antara yang terdapat di Puchong ialah Masjid As-Salam Puchong Perdana, Masjid Al-Husna Pusat Bandar Puchong, Masjid Bandar Bukit Puchong, Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara, sebuah Gereja Katolik serta sebuah Kuil Buddha bernama Lumbini Garden telah dibuka di Bandar Puteri.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Puchong mempunyai perkhidmatan pengangkutan yang kurang baik dan kurang cekap. Ini kerana perkhidmatan bas yang sedia ada amat kurang memuaskan oleh kerana masa perjalanan yang tidak menentu. Di samping itu, perkhidmatan teksi juga tidak mengikut meter dan ini boleh didapati disekitar IOI Mall dan Tesco. Oleh kerana itu RapidKL telah menstrukturkan semula perkhidmatan bas ini dengan menyediakan bas-bas transit yang selesa dan mengikut waktu bagi menggantikan perkhidmatan bas yang sedia ada. Ini sedikit sebanyak mengurangkan beban pengguna perkhidmatan awam di Puchong

Oleh kerana kawasan Puchong merupakan kawasan pertumbuhan ekonomi dan penduduk yang pesat, kerajaan persekutuan telah meluluskan satu projek mega untuk memanjangkan jaringan Star LRT ke Puchong dari stesen Sri Petaling bagi memenuhi keperluan penduduk Puchong. Kertas cadangan ini telah pun dipersetujui oleh parlimen dan peruntukan sebanyak RM 10 bilion telah diluluskan bagi memperbaiki pengangkutan awam di Lembah Klang. Cadangan ini telah pun diluluskan dan kerja-kerja gunatanah sedang giat dijalankan. Puchong akan menerima 13 stesen baru.

Di samping itu, Puchong mempunyai jaringan jalan raya yang amat baik dan sistematik. Selain Jalan Puchong, Puchong mudah dihubungi melalui pelbagai lebuh raya seperti:

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Puchong hanya mempunyai dua buah institusi pengajian swasta yang bertaraf kolej universiti iaitu Binary University College yang terletak di IOI Business Centre di Puchong Jaya dan Rima International University College yang terletak di Bandar Puteri serta 2 buah kolej swasta di Puchong Prima iaitu KFCH International College (dahulunya dikenali sebagai Paramount International College) dan Kolej MASA (Malaysian Academic & Skills Advancement). Di samping itu Puchong juga mempunyai lebih daripada 10 sekolah menengah dan lebih 20 sekolah rendah.

Senarai sekolah menengah[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 8
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1, Kinrara
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama (1)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 3, Kinrara
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4, Kinrara
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (1)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong Jaya A
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong Jaya B
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Permai
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana

Senarai sekolah rendah[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti
  • Sekolah kebangsaan Puchong Batu 14
  • Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana
  • Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 1
  • Sekolah Kebangsaan Puchong Indah
  • Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2
  • Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya
  • Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 1
  • Sekolah Kebangsaan Puchong Indah
  • Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1
  • Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 3
  • Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 2
  • Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2
  • Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara
  • Sekolah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara
  • Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya 2
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Yak Chee
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Ladang Harcroft
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Kheng Chee
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Han Ming

Sukan dan Rekreasi[sunting | sunting sumber]

Puchong mempunyai beberapa kompleks sukan antaranya Kompleks Sukan Rakan Muda di Batu 12 Puchong, MBA iaitu sebuah pusat sukan khusus untuk sukan badminton dan sebuah stadium mini di Bandar Kinrara. Di Bandar Kinrara juga terdapat sebuah kelab golf iaitu Kinrara Golf Club (KGC). Serta terdapat Kelab Sukan Puchong United yang terletak di Bandar Puchong Jaya. Bagi pusat reakreasi pula terdapat banyak tasik di Puchong yang telah bertukar menjadi pusat rekreasi antaranya Tasik Sri Aman (tempat dahulunya terkenal dengan buaya puchong), Tasik Wawasan, di Pusat Bandar Puchong (sebuah tasik buatan manusia seluas 25 ekar), Tasik Puchong Perdana (Permandangan menghadap Masjid Puchong Perdana), Taman Tasik Prima dan Pusat Rekreasi Bandar Puteri (bersebelahan Pusat Sukan MBA).

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa pusat kesihatan di Puchong, antaranya Pusat Rawatan Islam Puchong, Pusat Perubatan KPMC[1], Pusat Kesihatan Kecil Puchong Batu 14, Klinik Desa Kampung Pulau Sebok, Pusat Kesihatan Kecil Puchong Batu 13. Terbaru sebuah hospital swasta dengan 78 katil dibina di Bandar Puteri yang dikenali sebagai Columbia Asia Medical Center. Hospital swasta ini sudah pun memulakan operasi akhir tahun 2007.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Puchong mempunyai banyak kilang-kilang multinasional dan tempatan. Antaranya ialah DHL, George Kent, Tractor Malaysia, dan beberapa kilang-kilang besar yang lain. Puchong juga merupakan pusat bagi perindustrian kecil dan sederhana (IKS). Terdapat banyak kawasan kilang di Puchong. Dari kilang yang besar sehinggalah kepada perusahaan kampung seperti keropok dan kuih muih seperti yang terdapat di Kampung Sri Aman dan Sri Langkas. Kewujudan kawasan-kawasan perindustrian di Puchong ini telah mewujudkan banyak peluang ekonomi dan pekerjaan kepada penduduk dan menjadikannya sebuah bandar yang penting di Malaysia.

Terdapat juga pusat perdagangan baru seperti Bandar Puteri yang menyediakan kawasan perdagangan seperti Puchong Financial City Centre, Bandar Puchong Jaya menyediakan Puchong Boulevard, Puchong Gateway, Setia Walk dan Pusat Perdagangan Puchong Prima. Kawasan-kawasan ini menjadi tumpuan penduduk setempat dan sekitarnya.

Senarai Taman Perumahan[sunting | sunting sumber]

Puchong mempunyai banyak kawasan perumahan yang pesat membangun. Antaranya ialah:-

Di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya[sunting | sunting sumber]

Pasaraya Jaya Jusco

Di bawah Majlis Perbandaran Sepang[sunting | sunting sumber]

Pembahagian Kawasan Poskod Baru[sunting | sunting sumber]

Puchong adalah kawasan yang paling pesat membangun di Selangor dan berikutan dengan itu, pertambahan penduduk telah menyebabkan kawasan ini terpakasa dibahagikan kepada 10 zon poskod baru. Ini bagi memudahkan kawasan-kawasan ini dikenali melalui poskod baru.

Kawasan yang menggunakan poskod 47100

Kawasan yang menggunakan poskod 47110

Kawasan yang menggunakan poskod 47120

Kawasan yang menggunakan poskod 47130

Kawasan yang menggunakan poskod 47140

Kawasan yang menggunakan poskod 47150

Kawasan yang menggunakan poskod 47160

Kawasan yang menggunakan poskod 47170

Kawasan yang menggunakan poskod 47180

Kawasan yang menggunakan poskod 47190

Kawasan yang menggunakan poskod 43300

Senarai Kompleks Beli-belah[sunting | sunting sumber]

Senarai Institusi Kewangan[sunting | sunting sumber]

Bank tempatan[sunting | sunting sumber]

Bank luar negara[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]