Noor Neelofa Mohd Noor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Neelofa
Kelahiran Noor Neelofa Mohd Noor
10 Februari 1989 (25 tahun)
Pekerjaan Pelakon, model

Noor Neelofa Mohd Noor (lahir 10 Februari 1989) atau lebih dikenali sebagai Neelofa[1], ialah seorang pelakon, pengacara dan model iklan. Beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan dan merupakan anak ketiga daripada sembilan adik-beradik. Ayahnya berketurunan etnik Melayu dan ibunya berdarah Pakistan dan Arab. Beliau juga merupakan juara Dewi Remaja 2010. Pendidikannya ialah Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Sunway University College, Bandar Sunway, Selangor.

Antara drama lakonannya ialah Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta, dan Jiwa, Lara dan Kau Yang Terindah. Filem lakonannya ialah Azura, Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan, SAM dan Taiko.[2]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kemunculan dalam filem
Tahun Tajuk Peranan
2012 Azura[3] Azura
2012 Hantu Kapcai[4] Khadijah
2012

2013

SAM[5]

Lemak Kampung Santan

Pelakon tambahan

Tiqa

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Artis Baru Wanita Popular Dicalonkan
Artis Wanita Paling Popular Online Dicalonkan
Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
2012 Anugerah Stail EH! Selebriti Harapan Pilihan Dicalonkan
Selebriti Wanita Paling Seksi Dicalonkan
Anugerah Skrin Anugerah Sinaran Pantene Dicalonkan

TV[sunting | sunting sumber]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Biodata dan Profil Lengkap Neelofa", 1 Februari 2012. Dicapai pada 22 Ogos 2012. 
  2. Neelofa Terima Tawaran Tanpa Henti Sejak "Azura" mStar online. 26 November 2011.
  3. "Azura", Cinema Malaysia, Cinema Malaysia. Dicapai pada 22 Ogos 2012. 
  4. "Hantu Kapcai", Cinema Malaysia, Cinema Malaysia. Dicapai pada 22 Ogos 2012. 
  5. "SAM - Saya Amat Mencintaimu", IMDB. Dicapai pada 22 Ogos 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]