Bandar Putra Permai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bandar Putra Permai ialah sebuah bandar baru yang pesat membangun di Seri Kembangan Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Bandar Putra Permai merangkumi kawasan dari Taman Desaminium, Taman Equine,Taman Dato' Demang, Taman Suria Tropika, Taman Prima Tropika, Taman Alam Putra (Alam Sanctuary), Taman Lestari Perdana, Pinggiran Putra, Pusat Bandar Putra Permai, Kota Perdana, Puncak Jalil dan Taman Lestari Putra (bersebelahan Saujana Puchong). Bandar Putra Permai terletak berdekatan dengan pekan Seri Kembangan , Putrajaya dan Puchong. Majoriti penduduk di sini berbangsa Cina pada asalnya, namun kini semakin ramai bangsa Melayu yang tinggal di sini.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Kawasan Bandar Putra Permai, Seri Kembangan terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Kawasan ini terletak berdekatan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya, Bandar Kinrara, Sepang, Cyberjaya, Kajang, Puchong dan lebih kurang 27 km dari Bandaraya Kuala Lumpur.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Seri Kembangan dijadikan pusat perniagaan kerana terdapat pelbagai kompleks membeli-belah seperti Mines Shopping Fair,Aeon Taman Equine, Giant Seri Kembangan dan South City Plaza. Selain itu, ia menjadi pusat pendidikan dengan tertubuhnya Sekolah Antarabangsa Malaysia Australia (AISM) di Jalan Anggerik, The MINES Resort City, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Alice Smith School juga terletak di sini. Saban tahun, penganjuran pameran pertanian MAHA oleh Kementerian Asas Tani dan Industri telah menarik ramai pengunjung sekaligus mempopularkan Seri Kembangan.

Kemudahan awam[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai cara untuk pergi ke sini. Antaranya ialah melalui bas Rapid KL(540) dari Jalan Putra Permai 1,Putra Permai ke Hub Lebuh Pudu,juga boleh turun di Stesen Komuter Serdang dan Rapid KL (541) dari Jalan Putra Permai 1,Putra Permai ke Stesen LRT Bandar Kinrara 5. Pembinaan lebuh raya dapat mempercepatkan pejalanan ke sini di samping dapat menghubungkan ke bandar-bandar lain seperti Puchong, Kajang dan Putrajaya.Antara lebuhraya yang terdapat disini ialah Lebuhraya Damansara-Puchong(LDP),Lebuhraya KL-Putrajaya(MEX),Lebuhraya Sungai Besi(BESRAYA),Lebuhraya Lembah Klang Selatan(SKVE) dan akan dibina ialah Lebuhraya Serdang-Kinrara-Putrajaya(SKIP).

Bandar Putra Permai merupakan sebuah bandar masa depan yang serba lengkap dengan kemudahan perbankan, perniagaan dan perkhidmatan.

Tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]