Bandar Saujana Utama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bandar Saujana Utama berkeluasan lebih kurang dari 1000 ekar merupakan satu komuniti yang terletak di Daerah Sungai Buloh, Selangor.

Bandar Saujana Utama dan berada di bawah tanggungjawab Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Kawasan perbandaran yang serba lengkap ini telah dibangunkan oleh sebuah syarikat hartanah Malaysia, Glomac Berhad sejak tahun 1995 lagi. Dianggarkan Bandar Saujana Utama telah menjadi tempat tinggal kepada lebih 48,000 orang pada tahun 2022 ini.

Bandar Saujana Utama
ساوجانا اوتاما
Bandar Perumahan
Bendera Bandar Saujana Utama
Lokasi di daerah Sungai Buloh dan negeri Selangor
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 3°12′N 101°29′E / 3.200°N 101.483°E / 3.200; 101.483
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriSelangor Selangor
DaerahSungai Buloh
MukimIjok
Pihak Berkuasa TempatanMajlis Perbandaran Kuala Selangor
Poskod47000
Dibangunkan1995
Keluasan
 • Jumlah7.56 km2 (2.92 batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Not observed

Fasa[sunting | sunting sumber]

Bandar Saujana Utama (Saujana Utama) terbahagi kepada 9 kawasan utama iaitu:

  • Saujana Utama Fasa 1 (SU1)
  • Saujana Utama Fasa 2 (SU2)
  • Saujana Utama Fasa 3 (SU3)
  • Saujana Utama Fasa 4 (SU4) named Saujana Perdana
  • Sungai Buloh Country Resort (SBCR Phase 1) - Seroja and Melor
  • Sungai Buloh Country Resort (SBCR Phase 2) - Kenanga
  • Sungai Buloh Country Resort (SBCR Phase 3) - Anggerik
  • Bukit Saujana
  • Sinar Warisan
  • Seri Pristana
  • Eristana

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Bagi melestarikan lagi kehidupan harian penduduk di kawasan perbandaran ini, beberapa kemudahan telah disediakan oleh pihak pemaju dan kerajaan. Di antara kemudahan tersebut adalah :


Balai Polis Saujana Utama

  • Balai Polis ini terletak di Saujana Utama 1 (SU1) dan telah dirasmikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Kelab Saujana Utama (SU Clubhouse)

  • Kelab ini terletak di kawasan SBCR dan mempunyai sebuah restoran iaitu Restoran Rumah Thai, kolam renang kanak-kanak, kemudahan gimnasium, gelanggang tenis dan lain-lain kemudahan lagi.

Elmina Equestrian Centre

  • Ia mula dibuka pada tahun 2000 dan terletak berhampiran Kelab Saujana Utama. Walau bagaimanapun, pusat ini telah ditutup pada tahun 2016.

Central Mart

  • Pusat membeli belah ini dibuka pada tahun 2008. Pengoperasi utama adalah pasaraya Central Mart. Dirasmikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Selain daripada itu terdapat beberapa gerai-gerai perniagaan di sini. Ia dibuka setiap hari dari 9.30am – 10.00pm.

Lain-lain kemudahan

  • Stesen minyak Petronas, Shell, Petron, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional, Poslaju SU Mall Saujana Utama, sekolah menengah dan rendah, sek agama swasta, beberapa buah masjid dan surau, taman permainan kanak-kanak, SU Mall, klinik komuniti, pusat tuisyen, klinik, pusat dialisis, kedai gunting rambut, dobi layan diri, tadika, berdekatan dengan Lebuhraya Guthrie dan lain-lain lagi.


_

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tiada institusi pengajian tinggi terletak di sini. Namun demikian, terdapat Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam yang terletak di bandar sebelahan Bandar Saujana Utama ini, iaitu Bandar Puncak Alam, betul-betul terletak di sempadan memasuki salah satu pintu masuk bandar ini. Di samping itu, terdapat 2 buah sekolah rendah kebangsaan, sebuah sekolah menengah kebangsaan, sebuah sekolah rendah agama kerajaan & beberapa sekolah agama yang diurus secara swasta ;

Pusat Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan

Sekolah Rendah Agama

  • SRA Saujana Utama

Sekolah Agama (KAFA/SRAI/SRI)


Sosial[sunting | sunting sumber]

Disebabkan kawasan perumahan ini yang menempatkan bilangan penduduk yang sangat ramai, banyak klinik terletak di sini bagi memenuhi keperluan orang ramai dan memastikan setiap penduduk mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang diperlukan. Oleh yang demikian, beberapa jenis klinik dengan bidang yang berbeza telah dibuka di bandar Saujana Utama ini ;

Pusat Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Klinik Komuniti

  • Klinik Komuniti Bandar Saujana Utama

Klinik Swasta

  • Klinik Saujana, Klinik Bahiah, Klinik Ikhwan, Klinik Dr Muiz, Klinik Siti, Klinik Aurora, Klinik Perubatan Balqis, Klinik Medisafe, Klinik Syifa', Klinik Fiza, Poliklinik Dr Azhar, Poliklinik Dinar, U.N.I Klinik

Klinik Pergigian

  • Klinik Pergigian Linda, Klinik Pergigian Anitawaty, Klinik Pergigian Dr Halid

Praktis Optometri

  • MATASIGHT Optometry

Pusat Dialisis

  • Bahiah Dialysis Center

Farmasi

  • Guardian, Watson's, Big Pharmacy, Health Lane Family Pharmacy

Klinik Veterinar

  • Nadia Veterinary Clinic, Vet For You Klinik Haiwan & Surgeri

Pusat Keagamaan[sunting | sunting sumber]

Masjid dan Surau

  • Masjid Saujana Utama (SU2), Masjid Al-Hidayah (SU1), Masjid An-Nur (SU1)
  • Surau Al-Muhajirin (SU3), Surau Al-Hijrah (SBCR3C), Surau As-Sobirin (SBCR), Surau Al-Ma'muriah (Seri Pristana)

Pusat Kemasyarakatan[sunting | sunting sumber]

Dewan Komuniti

  • Dewan MDKS Saujana Utama

Balai-Balai

  • Balai Polis Saujana Utama
  • Balai Bomba Sukarela Saujana Utama

Pusat Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Bank-Bank

  • Bank Islam, Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Rakyat
  • Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu YAPEIM

Stesen Minyak

  • Petronas , Shell , Caltex


Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Banyak pusat perniagaan, kedai-kedai dan pasar-pasar yang dibuka di bandar Saujana Utama ini bagi memenuhi keperluan harian seluruh penduduk dan menyediakan perkhidmatan yang penting dan diperlukan untuk keperluan sejagat. Di samping itu, kepelbagaian pusat perniagaan yang terdapat di sini telah membuka banyak peluang pekerjaan bagi memastikan kadar pengangguran dapat diminimakan sekaligus membantu menjana pendapatan dan menaikkan ekonomi setempat ;

Pasar Tani[sunting | sunting sumber]

  • Pasar Pagi : Hari Sabtu
  • Pasar Malam : Hari Rabu

Pusat Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Pasar Raya

  • Central Mart, Dr Zainol Mart, Lesong Mart, Mini Giant, ANEKA, Segi Fresh, KK Supermart, 7-Eleven, ECO, MR D.I.Y.

Kedai Makanan Segera & Minuman (Fast-Food Outlets)

  • KFC, Pizza Hut, Domino's Pizza, Burger King, McDonald's, Family Mart, Marry Brown
  • Tealive, ZUS Coffee, Bask Bear Coffee, Richiamo Coffee,

Kedai Bakeri

  • Rose Bakery, Chocolate Nine, Secret Recipe, Baker City, Kedai Kek Saujana Utama
  • Whisk Ingredients, MyBakeryWorld, Baker City

Restoran & Kedai Makan

  • Restoran Maju Ahmad, Al-Fareed Bistro, Restoran Rojak Cendol Haji Ali, Nasi Lemak Epic, Ayamas, Restoran Saddam
  • d'Marmalade, Siakap Tangkap Sendiri, Laman Kasih Emir Elmira, Satay Pak Wan, Sate Hut Pristana, Nasi Ayam Daun Pisang.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]