Banting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Banting, Selangor)

Koordinat: 2°49′N 101°30′E / 2.817°N 101.500°E / 2.817; 101.500

Banting
Bandar
Bandar Banting.
Bandar Banting.
Negara Malaysia
NegeriSelangor Darul Ehsan
DaerahKuala Langat

Bandar Banting terletak di negeri Selangor Darul Ehsan pada kedudukan 2.8' Utara dan 101.6' Timur. Ia merupakan bandar pentadbiran bagi Daerah Kuala Langat. Banting terletak di tepi Sungai Langat. Terdapat rangkaian jalan raya yang baik dari Bandar Klang, Banting dan Port Dickson, Negeri Sembilan. Perkhidmatan awam seperti bas dan teksi menyambungkan lokasi seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, Bandar DiRaja Klang dan Bandaraya Kuala Lumpur.

Tempat menarik di Banting ialah terletaknya tempat bersejarah seperti Istana Bandar, Masjid Alauddin, Makam Sultan Abdul Samad Jugra dan Pantai Morib. terdapat juga kawasan perindustrian di Banting seperti pasaraya, kilang-kilang dan kedai.

Jumlah penduduk Banting adalah sebanyak 93,497 orang. Bandar Banting pesat membangun kerana limpahan pembangunan dari pembukaan Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya dan Lapangan Terbang KLIA.

Sekolah[sunting | sunting sumber]

Institusi Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Bandar[sunting | sunting sumber]

Kampung & Taman Perumahan[sunting | sunting sumber]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]