Kajang Perdana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Taman Kajang Perdana mula dibina pada tahun 2002 lagi. Taman ini terletak di mukim Kajang berhampiran dengan Taman Seri Jeluk. Kawasan ini merupakan kawasan ladang getah dan sebahagian lagi merupakan hutan tebal. Sebahagian lagi merupakan kawasan kuari.

Fasa 1A mempunyai 88 buah rumah manakala fasa 1B dan 1C mempunyai lebih kurang 147 buah rumah. Fasa 2 telah 80% siap seperti pada 7/3/2007 telah siap pada Ogos 2007. Fasa 2 ini mempunyai lebih kurang 60 buah rumah teres 2 tingkat. Kesemua fasa 1 dan 2 adalah rumah teres 2 tingkat berkeluasan 22x75 dan luas binaan 1760 kaki persegi. Fasa 2 merupakan projek unit teres 2 tingkat yang terakhir dan selepas ini hanya rumah berkembar dan unit banglo yang akan dibina di atas bukit.

Namun demikian, Taman Kajang Perdana merupakan kawasan yang baik untuk didiami kerana ia mempunyai laluan masuk yang selesa (tepi Lebuhraya Cheras-Semenyih), terdapat surau sementara, taman permainan, sebuah pusat jagaan kanak-kanak, sebuah pusat pra-sekolah dan pasar mini yang telah siap pada bulan Ogos 2007.

Dari segi sejarah, tempat ini merupakan yang strategik untuk persembunyi pengganas komunis yang bermaharaja lela antara tahun 1948-1960. Lebih 6 orang komunis telah ditembak mati di Sungai Jelok yang diketuai oleh Regimen Suffolk, sebuah pasukan tentera yang dikirimkan ke Tanah Melayu ketika daurat.

Pada peringkat awal, pengganas komunis hanya dikenali sebagai Kajang Gang sahaja. Kajang Gang mengutip yuran perlindungan keselamatan bulanan daripada para penoreh getah, pelombong bijih timah, peniaga di pasar-pasar dan penduduk Cina yang tinggal di pinggir hutan.

Kongsi gelap Kajang Gang dengan Parti Komunis Malaya mempunyai konotasi yang sama.