Kampung Lingga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lingga
Daerah Kecil Sarawak
Bendera bagi Lingga
Official seal of Lingga
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Sri Aman
DaerahSri Aman
Daerah KecilLingga
Kerajaan
 • PentadbiranMajlis Daerah Sri Aman
Pejabat Daerah Kecil Lingga
 • DUNN.28 Lingga
 • Wakil RakyatYB. Puan Hajah Simoi Bte Haji Peri
Luas
 • Jumlah945.35 km2 (365.00 batu persegi)
Ketinggian
900 m (3,000 ft)
Populasi
 (2010[1])
 • Jumlah3,484
 • Kepadatan3.7/km2 (9.5/batu persegi)
Poskod
94900
Awalan Kod Panggilan Antarabangsa+6083 (Talian tetap)
Laman webPortal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sri Aman [1]

Kampung Lingga merupakan sebuah kampung yang berada dalam Bahagian Sri Aman, Sarawak. Lingga merupakan sebuah kampung pedalaman yang masih membangun dan sememangnya memerlukan pembangunan bagi kepentingan penduduk yang mediami kawasan tersebut. Dalam pilihan raya ADUN tahun 2006, Lingga telah diletakkan sebagai kerusi baru yang dinamakan DUN Lingga (ADUN kini Hajjah Simoi Peri). Jarak antara Lingga ke Pekan Sri Aman ialah dalam lingkungan 50 kilometer. Sepanjang perjalanan Lingga ke Sri Aman kita akan diperlihatkan suasana kampung dan beberapa buah perkampung rumah panjang masyarakat Iban. Majoriti penduduk Lingga terdiri daripada masyarakat Islam.

Terdapat banyak tarikan yang terdapat di Lingga, antaranya adalah Gunung Lesung yang mampu menarik perhatian peminat-peminat alam sekitar dan juga peminat yang suka acara lasak seperti mendaki gunung. Di samping masyarakat Melayu terdapat juga masyarakat Iban yang sama-sama mendiami kawasan perkampungan Lingga, kehidupan aman dan harmoni.

Dari segi pendidikan Lingga hanya mempunyai sebuah sekolah Kebangsaan dan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua, Lingga. Bagi menyambung pelajaran pelajar-pelajar kawasan ini terpaksa pergi ke Pekan Sri Aman. Keperluan untuk mendirikan sekolah menengah sangat penting bagi masyarakat Lingga yang rata-ratanya terdiri daripada kalangan ibu bapa yang miskin dan tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah menengah ke Pekan Sri Aman. Akibat daripada itu banyak berlaku keciciran pelajar setelah tamat pengajian di peringkat sekolah rendah.

Lingga sebenarnya mampu dijadikan sebagai pelabuhan singgah kerana berada di Muara Sungai Batang Lupar yang menghadap Laut Cina Selatan. Tambahan Lingga terlindung daripada tiupan kencang angin monsun. Seandainya penerokaan lebih lanjut dilakukan di persekitaran Gunung Lesung pasti industri perlancongan bertambah rancak. Penduduk di sekitar akan dapat membuka inapan keluarga dan jualan makanan kepada para pelancong.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik di Daerah Kecil Lingga, Malaysia, 2010.[1]

Bil. Etnik Jumlah Peratusan (%)
1 Iban 2,235 64.15
2 Melayu 1,069 30.68
3 Cina 95 2.73
4 Bumiputera Lain 37 1.06
5 Bukan Warganegara 22 0.63
6 Melanau 14 0.40
7 Bidayuh 5 0.14
8 India 4 0.11
9 Lain-Lain 3 0.09
JUMLAH 3,484 100

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah kecil ini ditadbir oleh Pejabat Daerah Kecil Lingga di bawah seliaan Majlis Daerah Sri Aman (MDSA).

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Aktiviti pertanian merupakan sumber ekonomi utama penduduk Lingga. Antara produk yang diusahakan ialah padi, lada, getah, damar dan rotan. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga diusahakan secarah kecil-kecilan. Aktiviti perikanan yang turut dijalankan sebagai sumber ekonomi menjadikan Lingga terkenal dengan ikan terubok.[2] Ikan ini diperolehi mengikut musim, dua kali setahun. Aktiviti keusahawanan juga dijadikan sumber ekonomi dan contoh produk tempatan yang lahir dari aktiviti ini ialah produk Rempah 5 Serangkai atau Rempah Anak.[3]

Kemudahan Awam Lain[sunting | sunting sumber]

Mahkamah Undang-Undang dan Penguatkuasaan Undang-Undang[sunting | sunting sumber]

  • Balai Polis Lingga, Jalan Kampung Hilir.

Penjagaan Kesihatan[sunting | sunting sumber]

  • Klinik Kesihatan Lingga. Dibina pada tahun 1987 dan masih menggunakan bangunan asal sehingga sekarang.

Lain-Lain[sunting | sunting sumber]

  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Jabatan Pertanian
  • Jabatan Perikanan
  • PDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti)
  • PAWE (Pusat Aktiviti Warga Emas)
  • Pi1M (Pusat Internet 1 Malaysia Lingga)

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tiada kampus Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atas swasta (IPTS) di Lingga setakat ini. Antara institusi persekolahan menengah, rendah dan pendidikan awal yang ada di daerah kecil ini ialah :

Tarikan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010
  2. ^ "Pejabat Daerah Kecil Lingga".
  3. ^ "Produk Tempatan". 12 Oktober 2015.