Anugerah MeleTOP Era (AME) merupakan anugerah sulung anjuran rancangan hiburan MeleTOP dan radio Era FM yang merupakan kesinambungan kepada Anugerah Era yang tidak dianjurkan sejak 2008. Anugerah ini mengiktiraf pemenang menerusi undian peminat-peminat. Anugerah ini diilhamkan daripada Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan menggunakan tema "Yang Hit, Yang MeleTOP".[1] Terdapat sebanyak 17 kategori yang dipertandingkan. Peminat boleh mengundi secara dalam talian melalui laman web rasmi, khidmat pesanan ringkas (SMS) ataupun melalui aplikasi android.
Kategori baru bakal diperkenalkan pada Anugerah MeleTop Era 2017 iaitu Si Cilik MeleTop yang akan melibatkan anak-anak selebriti tanah air. Anugerah ini dijangka berlangsung pada 23 April 2017.
Satu kategori baharu iaitu Si Cilik Meletop akan diperkenalkan dalam Anugerah MeleTOP Era (AME) 2017 yang bakal berlangsung pada 23 April depan. Kategori berkenaan menyenaraikan 20 anak pasangan selebriti yang popular di media sosial yang akan berentap pada pencalonan awal. [1]