Aril Pilus: Perbezaan antara semakan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android |
Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 5: | Baris 5: | ||
| Background = solo |
| Background = solo |
||
| Birth_name = Khairil Azam bin Pilus |
| Birth_name = Khairil Azam bin Pilus |
||
| birth_place = [[ |
| birth_place = [[Kuala Lumpur]] [[Malaysia]]<ref>https://www.budiey.com/gambar-aril-adik-izwan-pilus-calon-pelajar-af7/</ref> |
||
| Origin = Malaysia |
| Origin = Malaysia |
||
| birth_date = {{birth date and age|1985|11|15}} |
| birth_date = {{birth date and age|1985|11|15}} |
Semakan pada 05:23, 24 Disember 2018
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Aril | |
---|---|
Nama lahir | Khairil Azam bin Pilus |
Kelahiran | Kuala Lumpur Malaysia[1] | 15 November 1985
Berasal dari | Malaysia |
Genre | Pop, R&B |
Pekerjaan | Penyanyi, Pengacara, Pelakon |
Tahun aktif | 2009 -; sekarang |
Khairil Azam bin Pilus atau lebih dikenali sebagai Aril dilahirkan pada Izwan Pilus. Beliau merupakan naib juara Akademi Fantasia Musim Ke-7 (AF7).
15 November 1985 . Beliau merupakan adik kepada penyanyi popularPada malam konsert akhir AF7, beliau menyampaikan sebuah lagu nyanyian asal kumpulan Indonesia, Padi yang berjudul Kasih Tak Sampai. Pada pusingan kedua, beliau menyampaikan sebuah single baru berjudul Toksik. Beliau yang mendapat 22% undian,menduduki naib juara Akademi Fantasia Musim Ke-7. Sejurus kemudian, beliau dan pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia 7, Akim ke Jakarta, Indonesia beberapa hari selepas Konsert Akhir 7 melabuhkan tirainya kerana terlibat dalam penggambaran sebuah drama muzikal bersiri, Kau Dan Aku yang turut dibintangi oleh Juara Akademi Fantasia 5, Mila. Pada penghujung tahun 2009, beliau dipilih sebagai duta produk BRANDS bersama bintang AF7 seperti Akim, Hafiz serta Black Mentor 3 dan Choo Hoo Ren. Pada masa yang sama, namanya melonjak menerusi lagu Menatap Matamu yang dikatakan mencecah ratusan ribu penonton klip video melalui laman Youtube.
Pada awal 2010, beliau dipilih sebagai pengacara rancangan hiburan sensasi Astro Ria, Trek Selebriti. Pada tahun yang sama, beliau juga muncul dengan single baru, Biar Begini. Pada penghujung 2010, beliau sekali lagi terlibat dalam drama muzikal bersiri, Kau Dan Aku Musim 2.
Program Akademi Fantasia
Kisah Di Akademi Fantasia
Aril atau Ajam the Gambler (Hardstyle Republic) ini pernah tersingkir sewaktu di konsert ke 7 AF7.Penyingkirannya cukup mengejutkan kerana pada malam konsert tersebut, beliau yang menyampaikan lagu Nakal dari kumpulan Gigi, dikatakan sebagai persembahan terbaik. Namun begitu, nasib menyebelahinya apabila diserap semula ke AF7 di atas undian terbanyak melaui AF Masuk dengan undian sebanyak 55.4%.
Tagline
Beliau juga merupakan pelajar kegemaran AF7 dengan menggunakan tag-linenya "Terbaik Wokkkkkk!!!". Beliau juga merupakan penyanyi, pelakon, duta produk dan pengacara.
Diskografi
Singles
- Toksik (2009)
- Lelaki Pujaan-bersama Mila (penyanyi) OST Kau Dan Aku (2009)
- Kisah Kita Berdua-bersama Afiq Hakim Ahmad & Mila (penyanyi) OST Kau Dan Aku (2009)
- Menatap Matamu OST Kau Dan Aku (2009)
- Kita Pasti Menang-bersama Afiq Hakim Ahmad OST Kau Dan Aku (2009)
- Juara-bersama 5 Ikon Remaja (Iklan Brands Generasi Hebat) (2009)
- Biar Begini (2010)
- Hanya Kerana Cinta-bersama Tini, Anne, Ayu (penyanyi) & Hafiz (penyanyi) Hangatnya Raya (2010)
- Salam Lebaran-bersama Various Artists (2010)
- Kau Ku Temu-bersama Afiq Hakim Ahmad, Anith Aqilah & Hafiz (penyanyi) OST Kau Dan Aku 2 (2010)
- Untukmu-bersama Hafiz (penyanyi) & Afiq Hakim Ahmad OST Kau Dan Aku 2 (2010)
- Warkah-bersama Afiq Hakim Ahmad, Hafiz (penyanyi) & Aznil Nawawi (2011)
- Anugerah Terindah OST Masihkah Ada Ramadhan (episod 1-4) (2012)
- Ganjil (2013)
- Tulus-bersama Terry OST Dia Suamiku (2013)
- Bangkit (2015)
Filemografi
Drama
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Kau & Aku | Aril | Astro Ria | |
2010 | Kau & Aku (musim 2) | |||
2018 | Ammar & Opie | Malik | TV3 |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016-kini | CCTV | Pengacara bersama Alif Farhan | Astro Ria | |
2017 | Air Tangan Bonda | Dirinya sendiri | Astro Prima | sebagai tetamu jemputan bersama ibu beliau. |