Nana Mahazan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 6: Baris 6:
| birth_place = [[Muar]], [[Johor]], [[Malaysia]]
| birth_place = [[Muar]], [[Johor]], [[Malaysia]]
| education = Diploma Pengurusan Teknologi Maklumat, Cosmopoint
| education = Diploma Pengurusan Teknologi Maklumat, Cosmopoint
| occupation = [[Penyanyi]], [[pengacara]], [[pelakon]], [[penyampai radio]]
| occupation = Penyanyi, pengacara, pelakon, penyampai radio
| years_active = 2003–kini
| years_active = 2003–kini
| spouse = {{marriage|Raqeem Brian Abdullah|2009}}
| spouse = {{marriage|Raqeem Brian Abdullah|2009}}
Baris 16: Baris 16:
}}
}}


'''Nurul Hana Che Mahazan''' <ref>[http://nana-ker.blogspot.my/2011/09/u-think-u-know-me.html Biodata Nana Mahazan], dicapai pada [[20 Disember]] [[2016]]</ref> atau lebih dikenali sebagai '''Nana Mahazan''' (lahir 1 Julai 1983) merupakan seorang [[penyanyi]], pengacara televisyen dan pelakon wanita [[Malaysia]]. Nana menceburi bidang hiburan sewaktu menyertai program realiti TV, [[Akademi Fantasia (musim 1)|Akademi Fantasia Musim 1]] pada tahun 2003.
'''Nurul Hana Che Mahazan''' <ref>[http://nana-ker.blogspot.my/2011/09/u-think-u-know-me.html Biodata Nana Mahazan], dicapai pada [[20 Disember]] [[2016]]</ref> atau lebih dikenali sebagai '''Nana Mahazan''' (lahir 1 Julai 1983) merupakan seorang penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon wanita [[Malaysia]]. Nana menceburi bidang hiburan sewaktu menyertai program realiti TV, [[Akademi Fantasia (musim 1)|Akademi Fantasia Musim 1]] pada tahun 2003.


== Latar belakang ==
== Latar belakang ==

Semakan pada 03:35, 8 Oktober 2021

Nana Mahazan
Kelahiran
Nurul Hana Che Mahazan

(1983-07-01) 1 Julai 1983 (umur 40)
PendidikanDiploma Pengurusan Teknologi Maklumat, Cosmopoint
PekerjaanPenyanyi, pengacara, pelakon, penyampai radio
Tahun aktif2003–kini
PasanganRaqeem Brian Abdullah (k. 2009)
Anak-anak
  • Althea
  • Aaqib
IbuRosnah Harun
BapaChe Mahazan Che Aik
SaudaraZainal Alam Abdul Kadir (bapa saudara)
Laman web rasmiNana Mahazan

Nurul Hana Che Mahazan [1] atau lebih dikenali sebagai Nana Mahazan (lahir 1 Julai 1983) merupakan seorang penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon wanita Malaysia. Nana menceburi bidang hiburan sewaktu menyertai program realiti TV, Akademi Fantasia Musim 1 pada tahun 2003.

Latar belakang

Nurul Hana Che Mahazan dilahirkan pada 1 Julai 1983. Dilahirkan di Muar, Johor dan dibesarkan di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Beliau adalah anak perempuan tunggal daripada 4 orang adik-beradik Superitendan Polis Che Mahazan Che Aik dan Rosnah Harun. Membesar di Kuching, Sarawak dan kemudian berpindah ke Seremban dan bersekolah di Sekolah Rendah Dato' Bandar Rasah sehingga Tahun 3. Kemudian keluarga beliau berpindah ke Kota Bharu, Kelantan dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim (1) sehingga tamat Tahun 6.

Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Pengkalan Chepa sehingga tamat Tingkatan 5 kerana bapa beliau bertugas sebagai seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

Kemudian beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Tun Abdul Razak di Pekan, Pahang dan kemudian menyambung pengajian dalam bidang pengaturcaraan multimedia di Cosmopoint Muar.

Kehidupan peribadi

Beliau telah berkahwin dengan Raqeem Brian Abdullah yang berasal dari Sarawak pada 6 Jun 2009[2] [3] [4] dan dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, iaitu, Althea dan Aaqib.[5]

Kerjaya

Bermula sebagai peserta program realiti Akademi Fantasia (musim 1), dan tersingkir pada minggu ke-7. Nana sempat juga menghasilkan 2 single, Katakan dan Lekas untuk album Evolusi 1. Nana kemudiannya ditawarkan pekerjaan sebagai penyampai di ERA FM. Setelah tamat kontrak, Nana bertugas pula di X FM.[6] Setelah menamatkan kontrak, Nana berehat untuk menumpukan kepada kehidupan keluarganya.

Selepas itu, Nana mendapat pelbagai tawaran pengacaraan di televisyen. Pelbagai rancangan bual bicara dan program realiti yang telah beliau terlibat sebagai pengacara.

Nana terlibat dalam bidang perniagaan apabila menghasilkan produk kosmetik jenama sendiri menggunakan nama Nana Mahazan yang dipasarkan oleh Nana Mahazan Beauty.[7]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2005 Gangster Elly Filem pertama
2009 Maut Sabrina
Sifu & Tongga[8] Pengacara Pelik Tapi Benar Penampilan khas

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2003 Akademi Fantasia (musim 1) Peserta Astro Ria
2006 Galaksi Pengacara TV9
2017 Ketuk-Ketuk Ramadan Artis undangan TV1
Pop TV ASK 2017 Pengacara TV9
2017–2018 Nasi Lemak Kopi O Pengacara
2020 HTV Pengacara TV1
Mic On! Pengacara Awesome TV

Diskografi

  • Evolusi (1)[9]
    • Katakan[10]penampilan Lil Zee
    • Lekas

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pengacara TV Popular Tercalon

Pautan luar

Rujukan