Sekolah Menengah Sains Setiu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Sains Setiu
Lokasi
Permaisuri, Setiu, terangganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh (SBP)
Moto"ILMU,SAHSIAH,GEMILANG"
Ditubuhkan2011 (umur 8–9)
Kod sekolahTEA 6090[1]
PengetuaTuan Haji Noor Razi Bin Jusoh
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikPuan Hasimah Binti Harun
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTuan Haji Mohammad Joha Bin Wahab
SingkatanSAIS
Laman sesawang



Sekolah Menengah Sains Setiu, merupakan sebuah Sekolah menengah Sains yang terletak di Setiu, Terengganu.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Setiu merupakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pertama di Daerah Setiu, keenam di Terengganu dan SBP yang ke – 61 di Malaysia.Pembinaannya bermula pada tahun 2007 di atas tapak berkeluasan 50 ekar di Kampung Air Sejuk,Setiu.Terletak kira-kira 4 kilometer dari Bandar Permaisuri dan 90 kilometer dari pusat Bandar Kuala Terengganu.Sekolah ini siap dibina pada Februari 2011 dan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada 1 Mac 2011.Pada tarikh yang sama Encik Saifulddin Bin Mahmood telah dilantik sebagai ‘care-taker’ dan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah ini yang lebih dikenali sebagai SAIS

Pembinaan SBP sulong di daerah bongsu Terengganu lengkap dengan bangunan pentadbiran,30 buah kelas ,3 buah makmal komputer,sebuah perpustakaan,bilik tayangan,padang permainan,dewan besar,surau,4 blok aspura dan aspuri serta 31 buah rumah guru.Sekolah ini mampu menampung sehingga 900 orang pelajar.

Pada 1 Mei 2011 kumpulan pertama 2 orang guru melapor diri untuk bertugas di sekolah ini dan diikuti pada bulan Jun.Puan Hajah Saudah binti Mat Noor,Pengetua pertama SAIS telah melapor diri pada 16 Julai 2011.

Pada 18 September 2011,SAIS telah menerima kumpulan pertama pelajar tingkatan satu.Pada tahun 2012 bilangan pelajar SAIS bertambah dengan kemasukan pelajar tingkatan satu dan empat.


Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

:SAIS yang Gemilang

Sekolah Sains Setiu,
Pencetus Minda Cemerlang
Membentuk Peribadi
Insan yang Berdedikasi
Ilmu Sahsiah Gemilang
Panduan Kami Di Sini
Majulah Putera Puteri
Bersedia dan berbakti..
S.A.I.S
Berilmu Bersahsiah dan Gemilang
S.A.I.S
Berorientasikan Sains dan Teknologi
S.A.I.S
Melahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia
S.A.I.S
Memenuhi Aspirasi Negara
Sentiasa Berusaha
Mencapai Hasrat Nan Murni
Mencipta Satu Impian
S.A.I.S yang Gemilang

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

SM SAINS SETIU
AIR SEJUK, BANDAR PERMAISURI
22100 SETIU, TERENGGANU
Telefon = 09-6095003
Fax = 09-6095005

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]