Anjing pemburu gunung Montenegro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anjing pemburu gunung Montenegro
Negara asalMontenegro
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu gunung Montenegro (Bahasa Montenegro: [crnogorski planinski gonič] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan); Bahasa Inggeris: Montenegrin mountain hound) ialah satu baka anjing jarang dari kawasan pergunungan merentasi Balkan. Hitam dan sawo matang, dengan bulu licin, anjing pemburu gunung Montenegro dipanggil "anjing pemburu hitam" dahulu. Baka ini boleh dikatakan berasal usul sama dengan anjing pemburu Balkan lain. Ia berdiri pada paras ketinggian 18–22 in (46–56 cm) dan berberat sebanyak 44–55 lb (20–25 kg). Baka ini digunakan untuk memburu rubah, kelinci, dan buruan kecil, kadang-kadang memburu haiwan besar seperti rusa atau juga babi hutan.

Baka ini pernah dikenali sebagai anjing pemburu gunung Yugoslavia (Bahasa Montenegro: [jugoslavenski planinski gonič] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan); Bahasa Inggeris: Yugoslavian mountain hound); FCI mengubah namanya pada 15 Julai 1997. Piawaian pertama bertarikh kembali ke 1924. Baka ini mempunyai keserupaan kuat dengan anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria[1] Baka ini pertama kali diiktiraf secara rasmi pada 8 Mei 1969 di Warsaw. Persatuan Baka Jarang Amerika Syarikat menganggap baka ini terancam.

Mungkin gambaran popular yang paling diingati tentang anjing pemburu gunung Montenegro (pada masa itu anjing pemburu gunung Yugoslavia) merupakan sebagai boneka tangan "Triumph, the Insult Comic Dog", biasanya muncul dalam rancangan televisyen NBC, Late Night with Conan O'Brien. Sungguhpun boneka ini memaparkan ciri fizikal baka ini dan dikenal pasti begitu semasa banyak kemunculan, kapsyen yang mengenal pasti Triumph sebagai anjing pemburu Yugoslavia segera ditanggalkan selepas serangan ketenteraan NATO ikutan terhadap Republik Bersekutu Yugoslavia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pugnetti, Gino. Sve o psima [diterjemahkan oleh baroness Turković, Ksenija], Mladinska knjiga (Ljubljana) dan Mladost (Zagreb), 1983.

External links[sunting | sunting sumber]