Pergi ke kandungan

Grehaun Poland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Grehaun Poland
Seekor grehaun Poland jantan
Nama lainGreyhound Poland
Anjing pemburu penglihatan Poland
Negara asalPoland
Trait
Berat 60–70 paun (27–32 kg)
Tinggi 27–32 inci (69–81 cm)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Grehaun Poland atau greyhound Poland[a] ialah satu baka anjing pemburu penglihatan Poland. Ia bukan kerabat dekat bagi grehaun Inggeris.[1][2][3]

Catatan pertama untuk kewujudan grehaun di Poland berasal dari zaman Gallus Anonymus. Grehaun Poland juga telah dirujuk dalam kesusasteraan dan karya seni perburuan sejak abad ke-13.[4][5] Grehaun Poland, yang dianggap mempunyai leluhur sama dengan hortaya borzaya dan borzoi, pada asalnya dibiakbakakan untuk memburu jaguh rumput dan serigala.[6] Grehaun Poland dianggap sebagai anjing kegemaran kebangsawanan Poland.[7]

Selepas Perang Dunia Kedua, pembiakbakaan grehaun Poland di Poland sebahagian besarnya lenyap.[8][9] Pada tahun 1970-an, penggemar memulakan usaha untuk memulihkan baka ini dan pembiakbakaan moden dimulakan oleh Stanisław Czerniakowski.[9][8] Sebuah buku pembaka awal dibuka pada tahun 1981.[8][10] Pada 13 Jun 1989, Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) memberi baka ini pengiktirafan sementara; ia diiktiraf secara muktamad pada 1 Mac 2001.[11]

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Seperti banyak anjing pemburu penglihatan, grehaun Poland mempunyai tungkai panjang dan binaan langsing dan berotot. Warna bulu berbeza-beza sesama anjing baka ini dengan warna paling lazim yang merupakan hitam, sawo matang, biru, dan kuning air.[perlu rujukan] Ia berlapis bulu ganda dengan lapis bulu bawah kasar yang menebal pada musim sejuk untuk menyediakan penebatan.[perlu rujukan] Ekor grehaun Poland adalah panjang dan berbentuk sabit, melengkung ke atas pada hujungnya.[12] Pada purata, jantan cenderung untuk berketinggian 27–32 inci (69–81 cm), manakala betina pula setinggi 26–30 inci (66–76 cm).[5][13] Purata berat grehaun Poland ialah 60–70 lb (27–32 kg).[perlu rujukan]

Seekor grehaun Poland kelabu dan putih

Sebagai anjing yang bersikap pelindung dan teritorial, ia cenderung untuk menjadi penyayang dengan pemiliknya tetapi menyendiri di sekeliling orang asing.[14]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. Jawi: ݢريهاءون ڤولند; Poland: chart polski, sebutan Poland: [xart ˈpɔlsʲci]; bahasa Inggeris: Polish greyhound, chart polski
  1. Fogle, Bruce (17 Oktober 2013). Dennis-Bryan, Kim (penyunting). The Dog Encyclopedia: The Definitive Visual Guide [Ensiklopedia Anjing: Panduan Visual Muktamad] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Ann Baggaley dan Katie John. (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 130. ISBN 9781409350026. OCLC 859155647.
  2. Mehus-Roe, Kristin (4 Oktober 2011). The Original Dog Bible: The Definitive Source for All Things Dog [Kitab Anjing Asli: Sumber Muktamad untuk Semua Hal Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Irvine, California, Amerika Syarikat: BowTie Press. ISBN 9781935484899. OCLC 759807401.
  3. Crapon de Caprona, Marie-Dominique (27 Februari 2012). "The FCI smooth Sighthounds" [Anjing pemburu penglihatan licin FCI] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 11 April 2014. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  4. Biologia Multimedialna encyklopedia PWN (dalam bahasa Poland) (ed. ke-2). 2008. ISBN 9788361492245.
  5. 1 2 Mehus-Roe, Kristin (4 Oktober 2011). The Original Dog Bible: The Definitive Source for All Things Dog [Kitab Anjing Asli: Sumber Muktamad untuk Semua Hal Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Irvine, California, Amerika Syarikat: BowTie Press. m/s. 562. ISBN 9781935484899. OCLC 759807401.
  6. Dennis-Bryan, Kim (17 Mac 2020). The Complete Dog Breed Book [Buku Baka Anjing Lengkap] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 131. ISBN 9780744022346. OCLC 1317677372.
  7. WIEM Encyklopedia (dalam bahasa Poland) (ed. 2006). Young Digital Poland. 2006.
  8. 1 2 3 Chmiel, Krystyna; Derewiecki, Tomasz (2017). ZWIERZĘTA TOWARZYSZĄCE AKTYWNOŚCI FIZYCZNEJ DAWNYCH POLAKÓW [HAIWAN YANG MENGIRINGI KEGIATAN FIZIKAL ORANG POLAND PURBA]. Rozprawy Społeczne (Tesis) (dalam bahasa Poland). 11. Biała Podlaska, Poland: Akademi Yohanes Paulus II Biała Podlaska. m/s. 71–74. S2CID 188527880.
  9. 1 2 "Chart Polski" [Grehaun Poland] (dalam bahasa Poland). ZKWP ŁÓDŹ. Dicapai pada 29 Mei 2026.
  10. Goleman, Małgorzata; Balicki, Ireneusz; Radko, Anna; Rozempolska-Rucińska, Iwona; Zięba, Grzegorz Józef (31 Januari 2021). Davis, Michael E. (penyunting). "Pedigree and Molecular Analyses in the Assessment of Genetic Variability of the Polish Greyhound" [Analisis Pedigri dan Analisis Molekul dalam Pentaksiran Kebolehubahan Genetik bagi Grehaun Poland]. Animals (dalam bahasa Inggeris). MDPI. 11 (2): 353. doi:10.3390/ani11020353. ISSN 2076-2615. PMC 7911804. PMID 33572519. S2CID 231898978.
  11. "FCI breeds nomenclature: CHART POLSKI (333)" [Tatanama baka FCI: GREHAUN POLAND (333)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 29 Mei 2026.
  12. "Polish Greyhound" [Grehaun Poland] (dalam bahasa Inggeris). DogsPlanet.com. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  13. "Chart Polski (Polish Greyhound)" [Grehaun Poland] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  14. Resler, Tamara J.; Weitzman, Gary (3 September 2019). Dog Breed Guide: A Complete Reference to Your Best Friend Furr-ever [Panduan Baka Anjing: Rujukan Lengkap untuk Sahabat Baik Anda Selama-lamanya] (dalam bahasa Inggeris). Washington, D.C., Amerika Syarikat: National Geographic Kids. m/s. 125. ISBN 9781426334450. OCLC 1293231892.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]