Pergi ke kandungan

Anjing pemburu Yunani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu Yunani
Seekor anjing pemburu kelinci Yunani
Nama lainAnjing pemburu kelinci Yunani
Negara asalGreece
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu Yunani[a] atau anjing pemburu kelinci Yunani[b] ialah satu baka anjing yang hanya terdapat dengan warna hitam dan sawo matang, pada asalnya dibiakbakakan sebagai anjing pemburu bau untuk penjejakan dan pengejaran kelinci di Greece Selatan.

Anjing pemburu kelinci Yunani ialah baka anjing bersaiz sederhana dengan helaian bulu hitam pendek tanda-tanda sawo matang. Ia berdiri setinggi 18–22 inci (46–56 cm) dan berukuran seberat 38–44 paun (17–20 kg). Baka ini adalah lebih panjang sedikit berbanding dengan ketinggiannya. Purata jangka hayat untuk anjing pemburu kelinci Yunani ialah sekitar 11 tahun.[1]

Anjing pemburu kelinci Yunani dipercayai diturunkan daripada baka Lakonia yang pupus, yang berasal dari Yunani Kuno. Genetiknya telah kekal tidak banyak berubah selama beribu-ribu tahun kerana pengasingan di pergunungan Greece.[2] Pada tahun 1996, anjing pemburu kelinci Yunani diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa[1][3] dan ia kekal sebagai satu-satunya baka Yunani yang diiktiraf oleh FCI.[2]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو يوناني; Yunani: ελληνικός ιχνηλάτης, rumi: ellinikós ichnilátis; bahasa Inggeris: Hellenic hound; Greek hound
  2. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو کلينچي يوناني; bahasa Inggeris: Greek harehound
  1. ^ a b "Greek Hound" [Anjing Pemburu Yunani] (dalam bahasa Inggeris). DogBreedInfo.com. Dicapai pada 6 Disember 2024.
  2. ^ a b "The 6 dog breeds with ancient Greek roots" [6 baka anjing dengan akar Yunani kuno] (dalam bahasa Inggeris). Greek City Times. 4 September 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2023. Dicapai pada 6 Disember 2024.
  3. ^ "Greek Harehound – The Passionate Hunter" [Anjing Pemburu Kelinci Yunani – Pemburu Ghairah] (dalam bahasa Inggeris). Pet Paw. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 September 2024. Dicapai pada 6 Disember 2024.