Anjing pemburu berbulu kasar Bosnia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu berbulu kasar Bosnia
Barak
Nama lain
  • Anjing pemburu Bosnia
  • Barak
  • Anjing pemburu Illyria (dahulu)
Negara asalBosnia dan Herzegovina
Trait
Berat 16–27 kg (35–60 lb)
Tinggi Jantan 46–56 cm (18–22 in)
Betina A little smaller than the males
Bulu Panjang dan berjumbai dengan lapis bawah padat
Warna Kuning gandum, kuning kemerah-merahan, kelabu tanah, atau kehitam-hitaman
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu berbulu kasar Bosnia,[a] anjing pemburu Bosnia,[b] atau barak[c][1][2] ialah satu baka anjing pemburu yang dikembangkan di Bosnia. Baka ini ialah anjing pemburu bau yang pada asalnya digunakan untuk memburu buruan besar. Namanya merujuk tekstur bulu berjumbai.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Baka kini diturunkan daripada jenis anjing asli yang disilangkan dengan gun dog Itali pada tahun 1890-an.[3] "Para pemburu tempatan, yang ingin menghasilkan anjing pemburu bau cekap, mengembangkan baka ini pada abad kesembilan belas, dengan menggunakan anjing stok yang tersedia."[4][sumber tak boleh dipercayai] Jenis awal bagi anjing pemburu berbulu pendek Istria kini yang lebih kecil mungkin juga telah menyumbang kepada anjing pemburu berbulu kasar Bosnia.

Anjing pemburu berbulu kasar Bosnia pertama kali diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1965 atas nama Illyrian Hound ("anjing pemburu Illyria"[d]). Nama ini diubah untuk lebih tepat memerihalkan kawasan asalnya di Bosnia. Baka ini tergolong dalam Kumpulan 6, Anjing Pemburu Bau, Seksyen 1.1 Hound Bersaiz Besar, dan nombor baka ini ialah 155. Ia juga diiktiraf oleh United Kennel Club (Amerika Syarikat) sebagai Barak, dalam Kumpulan Anjing Pemburu Bau.[2] Baka ini tidak diiktiraf oleh mana-mana kelab kenel besar di dunia berbahasa Inggeris, walaupun banyak kelab kenel kecil, perniagaan pejabat pendaftaran anjing berdasarkan Internet, dan pejabat pendaftaran baka jarang mempromosikan dan mendaftarkannya sebagai haiwan peliharaan unik.

Analisis genetik mendapati bahawa barak moden mempunyai kepelbagaian genetik tinggi dan paling berkait rapat dengan tornjak.[5]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Seekor anjing pemburu berbulu kasar Bosnia dari tahun 1915

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Ciri paling menonjol pada anjing pemburu berbulu kasar Bosnia ialah lapis bulu keras berjumbainya yang berwarna kekuning-kuningan (gandum atau merah) atau kekelabu-kelabuan, kerap dengan takik putih di kepalanya bersama dengan tanda-tanda putih lain. Piawaian mensyaratkan panjang tubuh sebanyak sepuluh peratus lebih besar daripada tingginya; perkadaran ini disebut untuk membezakan anjing pemburu berbulu kasar Bosnia dengan anjing pemburu lain dari kawasan ini yang "agak bertungkai rendah". Julat tingginya ialah 43–55 cm (17–21.5 in) pada paras kelasa, dan ukuran beratnya ialah 16–27 kb[convert: unknown unit]. Anjing ini biasanya mengangkat ekornya dengan cara melengkung sedikit ke atas dan mukanya mempunyai misai dan janggut tebal.

Perangai[sunting | sunting sumber]

Piawaian baka memerihalkan tingkah lakunya sebagai semangat tinggi serta keberanian dan kedegilan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو بربولو کاسر بوسنيا; Templat:Lang-sh-Latn-Cyrl; bahasa Inggeris: Bosnian broken-haired hound;[1] Bosnian rough-haired hound;[6] Bosnian coarse-haired hound; Bosnian rough-coated hound[7]
  2. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو بوسنيا; bahasa Inggeris: Bosnian hound
  3. ^ Jawi: بارک; Templat:Lang-sh-Latn-Cyrl
  4. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ايليريا; Templat:Lang-sh-Latn-Cyrl; bahasa Inggeris: Illyrian hound

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "FCI-Standard N° 155 BOSANSKI OSTRODLAKI GONIČ-BARAK (Bosnian Broken-Haired Hound-Called Barak)" [Piawaian FCI No. 154 Anjing Pemburu Berbulu Kasar Bosnia Dipanggil Barak] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Peggy Davis. 1 April 1996. Dicapai pada 24 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  2. ^ a b "Barak: Official UKC Breed Standard" (PDF). UKCDogs.com. Kalamazoo, Missouri, Amerika Syarikat: United Kennel Club. 2006. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 1 Ogos 2018. Dicapai pada 24 Disember 2023.
  3. ^ "Mixing Dogs with Politics". Foreign Press Bureau Daily Bulletin (dalam bahasa Inggeris). Croatian Information Centre. 16 Mac 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Ogos 2002. Dicapai pada 24 Disember 2023 – melalui IstriaNet.org. The Bosnian Barak is for the time being the only Bosnian breed that has been recognised Terjemahan bahasa Inggeris bagi kupasan yang pertama kali diterbitkan sebagai: Turkalj, T. (13 Mac 1999). "Kad psi udu u politiku". Obzor–Broj (dalam bahasa Bosnia) (205). m/s. 3–4. Menyediakan bahan latar belakang tambahan bermakna tentang keleluhuran baka ini.
  4. ^ Tapak web baka barak {{country data {{{1}}} | flaglink/core | variant = | size = | name = | altlink = national football team | altvar = football }}(Inggeris)
  5. ^ Nikitović, Jelena; Pojskić, Naris; Kalajdžić, Abdurahim; Ušanović, Lejla; Maletić, Zoran; Stroil, Belma Kalamujić (1 Jun 2023). "Genetic Diversity of Bosnian and Herzegovinian Autochthonous Dog Breed Bosnian Broken-Haired Hound—Barak". Biochemical Genetics (dalam bahasa Inggeris). 61 (3): 901–915. doi:10.1007/s10528-022-10291-8. ISSN 1573-4927.
  6. ^ Alderton, David (2000). Hounds of the world (dalam bahasa Inggeris). Shrewsbury, United Kingdom: Swan Hill Press. m/s. 112. ISBN 1-85310-912-6.
  7. ^ Fogle, Bruce (2009). The encyclopedia of the dog (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: DK Publishing. m/s. 186. ISBN 978-0-7566-6004-8.