Anjing Dunker

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Dunker
Nama lainAnjing pemburu Dunker
Anjing pemburu Norway
Negara asalNorway
Trait
Berat 25–39 paun (11–18 kg)
Tinggi Jantan 19.5–21.5 inci (50–55 cm)
Betina 18.5–20.5 inci (47–52 cm)
Bulu Lurus, keras, padat, dan tidak terlalu pendek
Warna Hitam atau marmar biru dengan tanda-tanda perang kekuning-kuningan dan putih pudar adalah yang paling diutamakan.
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Dunker, anjing pemburu Dunker,[a] atau anjing pemburu Norway[b] ialah satu baka anjing bersaiz sederhana dari Norway. Ia dibiakbakakan oleh Wilhelm Dunker untuk menjadi anjing pemburu bau dengan menyilangkan anjing pemburu harlekuin Rusia dengan anjing pemburu bau Norway yang boleh diharap.

Ia merupakan baka anjing sangat jarang dan kebanyakan anjing Dunker ditemukan di Norway dan di Sweden. Pada purata, 150 ekor anak anjing daripada baka anjing Dunker lahir pada setiap tahun.[1]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Anjing Dunker mempunyai kepala bersih, mengagumkan, dan panjang dengan satah tengkorak dan satah muncung selari yang terangkat dengan rendah dan tidak berbentuk baji.[2] Tengkoraknya sedikit berkubah dengan stop jelas dan pipi bersih, muncungnya panjang dan berbentuk segi empat sama dengan batang hidung lurus dan lebar, dan giginya beruang secara seragam dengan gigitan gunting.[2] Anjing Dunker mempunyai hidung hitam dengan lubang hidung lebar, mata bulat, besar, dan gelap, dan telinga terletak rendah, lebar, dan rata yang tergantung rapat dengan kepala dan ke arah tengah muncung.[2]

Anjing Dunker mempunyai leher tanpa gelambir, bahu serong, tungkai hadapan lurus, garis atas rata, belakang lurus dan kuat dengan loin lebar dan berotot, dan sedikit lipatan di dada.[2] Sukuan belakangnya bersudut baik, stifelnya juga begitu, dan paha dan ketingnya lebar.[2] Kakinya melengkung, rapat, mempunyai tapak keras dan bulu di antara jari, dan menuding terus ke hadapan.[2] Ekornya terletak separas dengan garis atas, kuat di akar, menirus ke hujung, lurus, terangkat dengan lengkung sedikit ke atas, dan mencapai keting.[2]

Lapis bulu anjing Dunker adalah lurus, keras, padat, dan tidak terlalu pendek, dengan hitam atau marmar biru dengan tanda-tanda perang kekuning-kuningan dan putih pudar sebagai warna paling diutamakan.[2] Yang kurang diutamakan merupakan perang garang atau hitam hampir keseluruhan mencapai dari muncung ke sendi keting, topeng hitam, dan tanda putih berlebihan, dan putih lebih daripada lima puluh peratus ialah punca penyingkiran.[2]

Anjing Dunker berukuran seberat 35–39 paun (16–18 kg) dan jantannya berdiri setinggi 19.5–21.5 inci (50–55 cm) pada paras kelasa sementara betinanya setinggi 18.5–20.5 inci (47–52 cm).[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Baka ini dinamai sempenda Wilhem Dunker dari Norway, yang membiakbakakan anjing ini untuk pemburuan kelinci pada permulaan abad ke-19.[1] Untuk menghasilkan anjing Dunker, Wilhelm menyilangkan anjing pemburu harlekuin Rusia dengan anjing pemburu bau Norway yang boleh diharap, lalu menghasilkan anjing yang dapat memburu arnab melalui bau, berbanding dengan penglihatan. Ia masih belum menjadi popular di luar tanah airnya.

Perangai[sunting | sunting sumber]

Anjing Dunker ialah baka tegap dan anjing pemburu cemerlang. Ia dianggap mudah dilatih apabila menggunakan pengukuhan positif seperti pelatihan pengklik. Ia memiliki cakupan jauh apabila berburu dan merupakan salah satu baka anjing pemburu kelinci yang mampu berburu di dalam litupan salji tebal semasa musim sejuk.[3]

Anjing Dunker memerlukan banyak senaman dan banyak kegiatan yang melibatkan penggunaan kecerdasannya.[3] Ia jarang menyalak di luar perburuan jika dilatih dengan betul[3] dan ia dianggap sebagai anjing keluarga baik jika ia juga digunakan sebagai anjing pemburu.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ دوڠکر; انجيڠ ڤمبورو دوڠکر; Norway: dunkerstøver; dunker
  2. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو نوروءي; bahasa Inggeris: Norwegian hound

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Norsk Kennel Klub. "Avlsstrategier for Beagle – Drever – Dunker – Finskstøver - Haldenstøver – Hamiltonstøver - Hygenhund – Luzernerstøver - Schillerstøver - Schweizerstøver" (PDF) (dalam bahasa Norway).
  2. ^ a b c d e f g h i j "United Kennel Club: Dunker" (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2012. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  3. ^ a b c d Smith-Iversen, Nicklas (9 Jun 2021). "Raseprofil: Dunker". Dyreliv.no (dalam bahasa Bokmal Norway). Dicapai pada 26 Disember 2023.