Anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria
Nama lainBrandlbracke
Vieräugl
Anjing pemburu berbulu licin Austria
Brandlbracke Kärnten
Anjing Kärnten
Anjing pemburu Austria
Negara asalAustria
Trait
Berat 33–49 lb (15–22 kg)
Tinggi Jantan 50–56 cm (20–22 in)
Betina 48–54 cm (19–21 in)
Bulu licin, padat, dan pendek
Warna hitam dengan tanda-tanda perang kekuning-kuningan muda atau sawo matang
Jangka hayat 12–14 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria[a] ialah satu baka anjing pemburu bau bersaiz sederhana yang berasal dari Austria dan digunakan untuk menjejak buruan tercedera, paling lazim kelinci, di altitud tinggi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah baka ini dapat dijejak kembali ke zaman purba semasa penghuni Austria membiakbakakan anjing secara terpilih untuk tujuan perburuan. Leluhur anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria berkemungkinan merupakan baka silang daripada pelbagai anjing pemburu Celt, mungkin kacuk dengan Anjing pemburu Jura dari Switzerland.[1][2][3]

Semasa abad ke-19, orang Austrian mula menyokong perkembangan piawaian baka dan pejabat pendaftaran baka tulen untuk anjing pemburu mereka. Pada 1884, Österreichischen Hundezuchtvereins ("Persatuan Pembiakbakaan Anjing Austria") diasaskan dan anjing pertama yang didaftarkan ialah seekor anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria bernama "Bergmann."[4] Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) mengiktiraf baka ini pada tahun 1954 dan United Kennel Club pada tahun 2006.[5][6]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Pewarnaan pada baka ini sangat penting. Anjing ini mempunyai lapis bulu hitam licin, padat, dan pendek dengan tanda-tanda sawo matang atau perang kekuning-kuningan pada tungkai, dada, dan muka. Dua tanda perang kekuning-kuningan di bahagian atas mata mesti ada. Ekor panjangnya sedikit bengkok dan telinga sederhana panjang dan turun dalam keadaan rata dengan hujung membulat.[1][2] Ia merupakan baka bersaiz sederhana dengan tengkorak besar dan mata perang.[7] Jantannya setinggi 50–56 sentimeter (20–22 inci) sementara betinanya pula setinggi 48–54 sentimeter (19–21 inci).[1][2] Anjing ini berukuran seberat 15–22 kilogram (33–49 paun).[8] Lapis bulu gelapnya membantu untuk melindungi anjing daripada keadaan cuaca mencabar, sementara tanda-tanda sawo matang menjadikannya mudah dilihat oleh pemburu dalam tumbuh-tumbuhan tebal.

Perangai[sunting | sunting sumber]

Ia merupakan pelari anggun yang digunakan untuk menjejak bermacam-macam buruan. Ia mempunyai suara indah dan dapat menjadi anjing peliharaan hebat oleh sebab keperibadian penyayang dan baik hatinya. Ia bukan anjing yang berada di kota. Rumah yang sesuai perlu terletak di kawasan luar bandar supaya anjing ini dapat memiliki ruang yang besar untuk berlari tanpa dibatasi oleh cawak. Ia suka bekerja.[8][9]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu Austria dari 1915

Anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria mempunyai deria bau tajam uang digunakan untuk menjejak buruan tercedera, paling lazim kelinci, di altitud tinggi.[8] Anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria telah digunakan dalam pengesanan kumbang Agrilus planipennis.[10]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Tiada penyakit genetik spesisfik baka yang diketahui menjejaskan baka ini yang agak sihat dan hidup sehingga usia 12 hingga 14 tahun.[8]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria

Anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria dikenali dengan banyak nama termasuk anjing pemburu berbulu licin Austria, brandlbracke Austria, brandlbracke Kärnten, vieräugl Austria, vieräugl Kärnten, anjing Kärnten, atau anjing pemburu Austria.[3][1][2][11][9] Brandlbracke ialah kata majmuk, yang berakar daripada Brand ("kebakaran") yang merujuk tanda-tanda perang kekuning-kuningan dan "Bracke", iaitu sejenis anjing pemburu yang terutamanya menjejak melalui bau.[12][perlu rujukan] Vieräugl pula ialah bentuk diminutif Austro-Bavaria bagi Vierauge, yang memaksudkan: sesuatu atau seseorang yang bermata empat; si mata empat. Nama ini merujuk tanda-tanda perang kekuning-kuningannya di bahagian atas mata.[perlu rujukan]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو هيتم دان ساوو ماتڠ اءوستريا; Jerman: Brandlbracke; Vieräugl, lit.'anjing pemburu kebakaran; empat mata'; bahasa Inggeris: Austrian black and tan hound

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "FCI - Standard Nr. 63 BRANDLBRACKE (VIERÄUGL)" [Piawaian FCI No. 63 Anjing Pemburu Hitam dan Sawo Matang Austria] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 18 Jun 1996. Dicapai pada 20 Disember 2023.
  2. ^ a b c d "FCI-Standard N° 63 BRANDLBRACKE, VIERÄUGL (Austrian Black and Tan Hound)" [Piawaian FCI No. 63 Anjing Pemburu Hitam dan Sawo Matang Austria] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh C. Seidler. 18 Jun 1996. Dicapai pada 20 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  3. ^ a b Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of over 1,000 Breeds (dalam bahasa Inggeris) (ed. cetakan semula). Trafalgar Square Pub. m/s. 95–96. ISBN 978-1-57076-219-2.
  4. ^ Thierrichter, Regina. Leistungsorientierte Rassehundezucht am Beispiel zweier österreichischer Jagdhunderassen Brandlbracke-Steirische Rauhaarbracke [Pembiakbakaan Anjing Baka Tulen Berorientasikan Prestasi Contoh Dua Baka Anjing Pemburu Austria Brandlbracke-Anjing Pemburu Berbulu Kasar Stiria] (PDF). Universität für Bodenkultur Wien (dalam bahasa Jerman). m/s. 17.
  5. ^ "BRANDLBRACKE - (VIERÄUGL)". Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Mac 2024.
  6. ^ "AUSTRIAN BLACK AND TAN HOUND" (PDF). United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 2006.
  7. ^ Mason, Walter Esplin (1915). Dogs of all nations (dalam bahasa Inggeris). Perpustakaan Universiti California. Perpustakaan Universiti California. m/s. 81.
  8. ^ a b c d "Hunderasse Brandlbracke (Auch Österreichische glatthaarige Bracke) - Snautz.de" (dalam bahasa Jerman). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2012. Dicapai pada 20 Disember 2023.
  9. ^ a b Pugnetti, Gino; Schuler, Elizabeth Meriwether (1980). Simon & Schuster's guide to dogs (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: Simon and Schuster. m/s. 146. ISBN 978-0-671-25526-8.
  10. ^ Hoyer-Tomiczek, Ute; Hoch, Gernot (2020-03-05). "Progress in the use of detection dogs for emerald ash borer monitoring". Forestry: An International Journal of Forest Research (dalam bahasa Inggeris). 93 (2): 326–330 – melalui Oxford Academic.
  11. ^ Huber, Thomas (2009). "Der Einsatz von Stöberhunden bei der Rot- und Rehwildjagd" [Penggunaan Anjing Pemburu dalam Pemburuan Rusa Merah dan Rusa Roe]. Bericht über die 15. Österreichische Jägertagung 2009 zum Thema Hund & Co Tierische Helfer bei der Jagd [Laporan mengenai Mesyuarat Pemburu Austria Ke-15 2009 tentang Tema Haiwan Pembantu Anjing & Dll. dalam Perburuan] (PDF) (dalam bahasa Jerman). LFZ Raumberg-Gumpenstein. m/s. 38.
  12. ^ Recum, Andreas F. von (30 November 2002). Hunting With Hounds in North America (dalam bahasa Inggeris). Pelican Publishing. m/s. 15. ISBN 978-1-4556-0614-6.