Grehaun Poland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Greyhound Poland)
Grehaun Poland
Seekor grehaun Poland jantan
Nama lainGreyhound Poland
Anjing pemburu penglihatan Poland
Negara asalPoland
Trait
Berat 60–70 paun (27–32 kg)
Tinggi 27–32 inci (69–81 cm)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Grehaun Poland atau greyhound Poland[a] ialah satu baka anjing pemburu penglihatan Poland. Ia bukan kerabat dekat bagi grehaun Inggeris.[1][2][3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Catatan pertama untuk kewujudan grehaun di Poland berasal dari zaman Gallus Anonymus. Grehaun Poland juga telah dirujuk dalam kesusasteraan dan karya seni perburuan sejak abad ke-13.[4][5] Grehaun Poland, yang dianggap mempunyai leluhur sama dengan hortaya borzaya dan borzoi, pada asalnya dibiakbakakan untuk memburu jaguh rumput dan serigala.[6] Grehaun Poland dianggap sebagai anjing kegemaran kebangsawanan Poland.[7]

Impak Perang Dunia Kedua di Poland menyebabkan pengurangan bilangan grehaun Poland.[8] Pada tahun 1970-an, sekumpulan penggemar, yang dipimpin oleh Stanisław Czerniakowski, berusaha untuk menghidupkan baka ini semula dan mengasaskan buku pembaka pada tahun 1981.[perlu rujukan] Pada tahun 1989, baka ini dimasukkan ke dalam daftar Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI).[perlu rujukan]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Seperti banyak anjing pemburu penglihatan, grehaun Poland mempunyai tungkai panjang dan binaan langsing dan berotot. Warna bulu berbeza-beza sesama anjing baka ini dengan warna paling lazim yang merupakan hitam, sawo matang, biru, dan kuning air.[perlu rujukan] Ia berlapis bulu ganda dengan lapis bulu bawah kasar yang menebal pada musim sejuk untuk menyediakan penebatan.[perlu rujukan] Ekor grehaun Poland adalah panjang dan berbentuk sabit, melengkung ke atas pada hujungnya.[9] Pada purata, jantan cenderung untuk berketinggian 27–32 inci (69–81 cm), manakala betina pula setinggi 26–30 inci (66–76 cm).[5][10] Purata berat grehaun Poland ialah 60–70 lb (27–32 kg).[perlu rujukan]

Perangai[sunting | sunting sumber]

Seekor grehaun Poland kelabu dan putih

Sebagai anjing yang bersikap pelindung dan teritorial, ia cenderung untuk menjadi penyayang dengan pemiliknya tetapi menyendiri di sekeliling orang asing.[11]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: ݢريهاءون ڤولند; Poland: chart polski, sebutan Poland: [xart ˈpɔlsʲci]; bahasa Inggeris: Polish greyhound; chart polski, [xart ˈpɔlskʲi]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ DK (17 Oktober 2013). The Dog Encyclopedia: The Definitive Visual Guide (dalam bahasa Inggeris). Dorling Kindersley Limited. ISBN 9781409350026. Dicapai pada 25 Januari 2024 – melalui Google Books.
  2. ^ Mehus-Roe, Kristin (4 Oktober 2011). Original Dog Bible: The Definitive Source for All Things Dog (dalam bahasa Inggeris). i5 Publishing. ISBN 9781935484899. Dicapai pada 25 Januari 2024 – melalui Google Books.
  3. ^ "Dia 1" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Januari 2024.
  4. ^ Biologia (Polonès). Multimedialna encyklopedia PWN Edycja 2.0. pwn.pl Sp. z o.o., 2008. ISBN 978-83-61492-24-5.
  5. ^ a b Mehus-Roe, Kristin (4 Oktober 2011). Original Dog Bible (dalam bahasa Inggeris). Fox Chapel Publishing. m/s. 562. ISBN 9781935484899.
  6. ^ The Complete Dog Breed Book (dalam bahasa Inggeris). DK Publishing. 17 Mac 2020. m/s. 131. ISBN 9780744022346.
  7. ^ Multimedialna Encyklopedia Powszechna WIEM edycja 2006. Young Digital Poland S.A., 2006.
  8. ^ Day®, National Purebred Dog (31 Januari 2019). "A Snippet of Chart Polski History". National Purebred Dog Day® (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
  9. ^ "Polish Greyhound". DogsPlanet.com (dalam bahasa Inggeris). 30 Disember 2023. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  10. ^ "Breed Standards : Chart Polski (Polish Greyhound) | United Kennel Club (UKC)". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
  11. ^ Resler, Tamara J.; Weitzman, Gary (3 September 2019). Dog Breed Guide (dalam bahasa Inggeris). National Geographic. m/s. 125. ISBN 9781426334450.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Eva Maria Krämer: Rasy psów. Warsaw, Poland: Oficyna Wydawnicza MULTICO, 1998, hlm. 294. ISBN 83-7073-122-8.
  • Goleman, M., Balicki, I., Radko, A., Rozempolska-Rucińska, I. dan Zięba, G., 2021. Pedigree and Molecular Analyses in the Assessment of Genetic Variability of the Polish Greyhound (Inggeris). Animals, 11(2), hlm. 353.[1]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]