Noor Neelofa Mohd Noor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
“Neelofa” dilencongkan di sini.
Neelofa
Neelofa.jpg
Neelofa pada September 2011, selepas pelancaran drama Tahajjud Cinta, sebelum beliau bertudung.
Kelahiran Noor Neelofa binti Mohd Noor
10 Februari 1989 (27 tahun)
Pasir Mas, Kelantan Kelantan, Malaysia Malaysia
Warganegara  Malaysia
Nama lain Lofa
Etnik Melayu, Iran, Pakistan
Pendidikan Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran
Pusat pendidikan Universiti Sunway
Pekerjaan
Tahun aktif 2010 - kini
Terkenal kerana Kau Yang Terindah
Tinggi 5 ft 2 in (1.57 m)
Agama Islam
Ibu bapa
  • Mohd Noor (bapa)
  • Noor Kartini Noor Mohamed (ibu)
  • Abdul Halim Khan (bapa tiri)
Saudara
  • Sara Dinna (kakak)
  • Noor Nabila (kakak)
  • Noor Nellisa (kakak)
  • Mohd Aqief (adik)
  • Nur Athisha (adik tiri)
  • Nur Ameera (adik tiri)
  • Mohamed Faliq (abang tiri)
  • Mohamed Firdaus (abang tiri)
  • Putri Nur Athira (adik tiri)
Keluarga
  • Qalisha Ray (sepupu)

Noor Neelofa Mohd Noor (lahir 10 Februari 1989) atau lebih dikenali sebagai Neelofa[1], ialah seorang pelakon, pengacara dan model iklan Malaysia. Beliau mula melibatkan diri dalam lapangan seni hiburan tanah air apabila beliau dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10 dan terkenal menerusi lakonannya sebagai Alisya dalam drama bersiri Kau Yang Terindah yang bersiaran di TV3.

Selepas memenangi Dewi Remaja, Neelofa menerima banyak tawaran berlakon filem dan drama serta tawaran menjadi pengacara di stesen TV, termasuk juga tawaran menjadi duta dan jurucakap produk. Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang perniagaan – beliau bersama ibunya melancarkan produk kesihatan BellaVita dan memiliki jenama produknya sendiri. Neelofa dianggap sebagai seorang artis dan selebriti yang paling berjaya meskipun dihimpit dengan pelbagai kontroversi dan skandal, tetapi ia tidak mematahkan semangat beliau untuk bergiat aktif dalam lapangan hiburan tanah air.

Pada 2016, beliau memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 menerusi kategori Bintang Paling Popular selepas hampir lima tahun bertanding, beliau menang dua daripada tiga pencalonan yang diterimanya. Baru-baru ini, beliau telah dipilih oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi menerajui program CelebExports. [2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 10 Februari 1989 di Pasir Mas, Kelantan dan merupakan anak ketiga daripada sembilan adik-beradik, beliau mempunyai lima adik-beradik tiri. Ayahnya berketurunan etnik Melayu dan ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed berdarah kacukan Pakistan dan Arab.[3] Beliau mendapat namanya bersempena nama "Niloufar" yang bermaksud bunga teratai dan lebih mesra dengan panggilan Lofa oleh kalangan ahli keluarganya.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau memperoleh lima A dalam UPSR (ujian sekolah rendah) dan kemudian belajar di sekolah menengah di MRSM Langkawi dan mendapat A dalam kedua-dua PMR dan SPM beliau. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Sunway University College, Bandar Sunway, Selangor.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan juara Dewi Remaja 2009/2010.[4] Beliau muncul dalam Kau Yang Terindah sebagai Alisya dan merupakan pengacara program televisyen MeleTOP dan Nona.

Neelofa terlibat dalam beberapa perniagaan termasuk: kanta lekap ("Lofalens"), kasut ( "LofaHeels"), produk minuman kesihatan BellaVita, dan jenama pakaian wanita Muslimah, Naelofar Hijab dan Bokitta untuk wanita.

Ulasan positif beliau telah diberikan dalam akhbar dan daripada orang ramai bagi lakonannya dalam Lukisan Takdir dan Wan Embong. [5][6] Beliau mula bertudung pada 2014.

Antara drama lakonannya ialah Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta, dan Jiwa, Lara dan Kau Yang Terindah. Filem lakonannya ialah Azura, Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan, SAM dan Taiko.[7]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Ketika memenangi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016.
Tahun Tajuk Peranan
2012 Azura[8] Azura
2012 Hantu Kapcai[9] Khadijah
2012 SAM[10]
2013 Lemak Kampung Santan Tiqa
2014 Faithful Sayang
2014 Dollah Superstar Farah
2015 Pilot Cafe Sharmila

Siri TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2011 Kasih Najihah Najihah TV9
Sumpahan Anjasmoro Wardina TV3
Jiwa Dan Lara Lara
Kitab Cinta Mila TV AlHijrah
Tahajjud Cinta Suraya TV3
2012 Kau Yang Terindah Alisya
Amukan Pocong Emma
Syahadat Cinta Zainab TV AlHijrah
2013 Karoot Komedia X Musim 2 Nurse Astro Warna

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2011 Jemmah Kolesterol Dr. Najihah TV3
Pusing Beraya Mariana
Korban Tak Jadi Mariana
2012 Ijam Non Yankee Lin
Dibah Lori Dibah
Nyanyian Sakaratul Maut Nurain
Janji Jujur Sepi Dhea TV9
Tersalah Cinta Cinta TV3
Cahaya Insaniah Nora TVi
2015 Lukisan Takdir Rita Anna TV3
Wan Embong Wan Embong

Pengacaraan[sunting | sunting sumber]

Neelofa bersama Nabil mengacarakan rancangan MeleTOP
Tahun Tajuk Saluran Catatan
2011 Sekolahku Hebat Astro Ceria
2011-2014 Nona TV3
2012 Paparazzi KRU TV
Anugerah Skrin TV3
2013–kini meleTOP Astro Ria
2013 Dapur Panas TV3
2014 Anugerah MeleTOP Era Astro Ria
Majlis Pelancaran HLive!
2015 Anugerah MeleTOP Era Astro Ria
NeelofaTV YouTube
2016 Anugerah MeleTOP Era Astro Ria
#ilofayou YouTube 6 Episode

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
2014 Bahayanya Wanita Gadis Thai

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2010 Ku Bukan Aku Tilu
Fragile Seven Collar T-Shirt
2011 Janji Akim Ahmad
2013 Bila Aku Jatuh Cinta Awi Rafael
2015 Untuk Cinta Hafiz Suip (bersama Adira)

Buku[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
2016 The Chic Codes Pelancaran buku pertama[11]

Duta produk[sunting | sunting sumber]

Tahun Produk Catatan
2011 Nokia
Silky Girl
Fair & Lovely
F&NFruit Tree
2012 Avon
King Koil
U2 Watch
FashionValet
Suzuki Swift[12]
2013 LINE[13]
2014 Airish Miracle
2015 Lancôme La Nuit Tresor
Heaven & Earth[14]
PLUS Apps
2016 Amanah Hartanah Bumiputera

Peranan duta[sunting | sunting sumber]

Pada April 2012, Neelofa bersama Nazim Othman, Fizo Omar, Zoey Rahman, Intan Ladyana dan Aiman Hakim Ridza dilantik sebagai Young Biz Icons untuk Oxford Centre of Excellence (Oxcell). Menurut Oxcell, "Pelantikan enam ikon adalah berdasarkan kejayaan akademik dan pembangunan kerjaya dalam seni". Melalui program ini, ikon selebriti akan berkongsi pengalaman mereka sepanjang terlibat dalam dunia perniagaan dan seni.[15]

Pada Julai 2013, saluran televisyen swasta, TV3 melantik Neelofa bersama-sama dengan Adi Putra, Nora Danish, Fiza Sabjahan, Amar Asyraf, Nelydia Senrose, Tasha Shilla dan Aiman Hakim Ridza sebagai duta untuk Anugerah Syawal 2013. Menurut TV3 "pelantikan selebriti ini adalah untuk mempromosikan program-program di televisyen dan radio sepanjang bulan Syawal.[16][17][18]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima dan pencalon Keputusan
2009 / 2010 Dewi Remaja Juara Dewi Remaja Neelofa Menang
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Artis Baru Wanita Popular Dicalonkan
2012 Anugerah Stail EH! Selebriti Harapan Pilihan Dicalonkan
Selebriti Wanita Paling Seksi Dicalonkan
Anugerah Skrin Anugerah Sinaran Pantene Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan
Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
Pengacara TV Wanita Popular Dicalonkan
2013 Anugerah Shout! Favourite TV Personality Award Dicalonkan
Anugerah Blokbuster Anugerah Heroin Baru Terhebat Hantu Kapcai Menang
Anugerah Heroin Terhebat Azura Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-25 Pelakon Harapan Wanita Terbaik Dicalonkan
Anugerah Melodi Artis Sensasi Neelofa Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
Pengacara TV Wanita Popular Menang
2014 Anugerah Stail EH! Selebriti Wanita Paling Seksi [19] Dicalonkan
Anugerah Melodi Galaksi Rap Artis Sensasi[20] Dicalonkan
2015 Anugerah MeleTOP Era ke-2 Pengacara Meletop MeleTop Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 Pengacara TV Wanita Paling Popular Menang
Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan
Artis Wanita Stailo Dicalonkan
Anugerah Skrin ke-19 Pelakon Pembantu Terbaik Pilot Cafe Dicalonkan
Anugerah Bintang Bersinar Menang
2016 Anugerah MeleTOP Era ke-3 Fashion MeleTOP[21] Dicalonkan
MATRADE Outstanding Achievement Awards Anugerah Pencapaian Terbaik Naelofar Hijab Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-29 Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan
Pengacara TV Wanita Popular Menang
Artis Bintang Popular Berita Harian Menang
1st Online Choice Awards Fashion Icon Online Dicalonkan
Young Business Icons Online Naelofar Hijab Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Biodata dan Profil Lengkap Neelofa". 1 Februari 2012. Dicapai pada 22 Ogos 2012.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  2. Neelofa spearheads CelebExports programme with MATRADE
  3. "Neelofa is calm in the eye of the storm - Movies | The Star Online". Dicapai pada 2015-10-09. 
  4. Nurezzatul Aqmar Mustaza (1 September 2013). "Neelofa: Bukan tuah saya". Sinar Harian. Dicapai pada 2 September 2014. 
  5. mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=879691
  6. blog.akudarahanakmalaysia.net/2015/06/kenapa-tak-boleh-kacau-isteri-orang-lukisan-takdir/
  7. Neelofa Terima Tawaran Tanpa Henti Sejak "Azura" mStar online. 26 November 2011.
  8. "Azura". Cinema Malaysia (Cinema Malaysia). Dicapai pada 22 Ogos 2012.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  9. "Hantu Kapcai". Cinema Malaysia (Cinema Malaysia). Dicapai pada 22 Ogos 2012.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  10. "SAM - Saya Amat Mencintaimu". IMDB. Dicapai pada 22 Ogos 2012.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  11. http://www.kafebuzz.my/2015/08/17/neelofa-karang-perjalanan-hidup/
  12. kucingblogger.blogspot.my/2013/01/neelofa-dilantik-jadi-duta-suzuki-swift.html?m=1
  13. "Neelofa bakal jadi duta LINE". Sinar Harian. July 22, 2013. Dicapai pada July 22, 2013.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  14. Wahi Aziz (August 26, 2015). "Teruja pikat jenama teh". Harian Metro. Dicapai pada August 27, 2015.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  15. "Oxcell jelajah 33 bandar dedah potensi perniagaan kepada belia". Utusan Malaysia. 7 April 2012. Dicapai pada 7 April 2012. 
  16. Kemalia Othman (25 July 2013). "Lapan Selebriti Popular Jadi Duta Anugerah Syawal TV3". mStar. Dicapai pada 25 July 2013.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  17. Marina Sahabudin (4 August 2013). "TV3 saji program terbaik sepanjang raya". Sinar Harian. Dicapai pada 5 August 2013.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  18. "Variasi Aiman, Tasha, Amar". Kosmo!. 15 August 2013. Dicapai pada 15 August 2013.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  19. Pilih selebriti paling ‘stailo’
  20. Senarai calon Anugerah Melodi Galaksi RAP 2014
  21. http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/161312/Senarai-Penuh-Top-5-Anugerah-MeleTOP-Era-2016.aspx

Pautan luar[sunting | sunting sumber]