Dasar Pembangunan Nasional

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan dasar ekonomi Malaysia yang telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991 dan telah digunakan dari tahun 1991 hingga 2000. Dasar ini merupakan sambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990. Walau bagaimanapun, fokusnya hampir serupa dengan DEB.

Fokus[sunting | sunting sumber]

  1. Membasmi golongan miskin
  2. Menyusun semula masyarakat
  3. Membantu golongan yang susah

Objektif[sunting | sunting sumber]

  1. Memperkukuhkan kestabilan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik melalui pembangunan bandar dan di luar bandar
  2. Menjadi negara maju dan mengukuhkan keadilan sosial, nilai etika, moral, kualiti hidup dan mengamalkan prinsip pentadbiran yang adil dan kecemerlangan ekonomi

Program[sunting | sunting sumber]

  1. Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
  2. Memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek
  3. Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi
  4. Menerapkan nilai sosial, kerohanian, dan amalan cintakan alam sekitar
  5. Meningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan
  6. Meningkatkan kerohanian diri