Muafakat Nasional
![]() | Rencana ini menerangkan hal semasa. Maklumatnya besar kemungkinan berubah-ubah seiring dengan perkembangan peristiwa, dan laporan berita awal tidak semestinya boleh dipercayai. Kemas kini terakhir bagi rencana ini tidaklah membayangkan maklumat yang paling terkini. |
Muafakat Nasional موافقت ناسيونل | |
---|---|
![]() | |
Singkatan | MN |
Presiden | Tan Sri Annuar Musa |
Diasaskan | • 14 September 2019 (sebagai gabungan parti politik biasa) • 18 Disember 2022 (sebagai badan bukan kerajaan(NGO) |
Pecahan | • UMNO • PAS • BERSATU |
Ibu pejabat | Pejabat Muafakat Nasional, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia |
Akhbar | BH Harian Metro New Straits Times Harakah Daily Express (Malaysia) |
Sayap pelajar | Pergerakan Belia Muafakat Nasional |
Sayap belia | Pergerakan Pemuda Muafakat Nasional |
Sayap wanita | Pergerakan Wanita Muafakat Nasional |
Ideologi | Ketuanan Melayu Konservatif Islamisme |
Kedudukan politik | Tengah kanan ke sayap kanan |
Agama | Islam |
Warna | Hijau, Merah dan Putih |
Slogan | Muafakat Rakyat Penyatuan Ummah |
Dewan Negara | 0 / 70 |
Dewan Rakyat | 0 / 222 |
Dewan Undangan Negeri | 0 / 600 |
Muafakat Nasional (MN) merupakan sebuah gabungan parti politik nasional hasil kerjasama Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), dan Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR). Gabungan parti politik ini telah dicetuskan hasil daripada Piagam Muafakat Nasional yang dimeteraikan antara dua parti politik Melayu Islam terbesar di Malaysia tersebut semasa Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September 2019. Pada 13 Oktober 2022, PAS telah menarik sokongan terhadap UMNO dan menyokong Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi PRU15 serta menguburkan Muafakat Nasional (MN). Oleh itu, dalam PRU15, PAS telah menentang UMNO habis-habisan dalam kem dan tiket Perikatan Nasional (PN) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Muafakat Nasional (MN) kini dipengerusikan oleh presiden baharunya, Annuar Musa. Ia kini bukan lagi sebagai gabungan parti politik sebaliknya hanya sebagai badan bukan kerajaan(NGO)
Parti ahli[sunting | sunting sumber]
Logo | Nama | Ideologi | Pemimpin | Kerusi | Keputusan 2018 | Kerusi semasa | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Undi (%) | Kerusi | Komposisi | |||||||
Sokongan individu Ahli Parlimen mengikut parti | |||||||||
![]() |
UMNO | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu | Ketuanan Melayu | Ahmad Zahid Hamidi | 120 (di bawah BN) |
20.90% | 54 / 222
|
38 / 56
| |
![]() |
PAS | Parti Islam Se-Malaysia | Demokrasi Islamik | Abdul Hadi Awang | 157 (di bawah GS) |
16.82% | 18 / 222
|
18 / 56
|
Organisasi kepimpinan Muafakat Nasional[sunting | sunting sumber]
- Presiden: Annuar Musa
- Naib Presiden:Mohd Redzuan Md Yusof
Zuraida Kamarudin Edmund Santra Ridhuan Tee Abdullah
Piagam Muafakat Nasional[sunting | sunting sumber]
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
Dengan izin Allah SWT, sesungguhnya UMNO dan PAS dengan setulus hati mengisytiharkan pembentukan suatu Muafakat Nasional yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk.
Maka dengan ini, UMNO dan PAS, menginsafi kewajipan-kewajipan untuk:
- Menjunjung dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan Negara, Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Menjamin Kepentingan Masyarakat Majmuk Terpelihara;
- Memperkukuhkan Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara.
- Memperkasakan agenda Islam, Melayu dan Bumiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.
- Membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.
- Mengikhtiarkan secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan.
Justeru, marilah kita semua rakyat berganding bahu mendukung Muafakat Nasional Demi Malaysia yang Sejahtera.
Kontroversi[sunting | sunting sumber]
Pengerusi Barisan Nasional Terengganu, Ahmad Said berkata, tiada Muafakat Nasional di Terengganu kerana Barisan Nasional di Terengganu mahu bertanding menentang Perikatan Nasional Terengganu yang diketuai oleh PAS dan Pakatan Harapan.[1]
Pesuruhjaya PAS Selangor, Ahmad Yunus Hairi pula menyatakan sokongan penuh terhadap Muafakat Nasional di Selangor dan mahu ia diperkukuhkan lagi bagi menentang Pakatan Harapan pada pilihan raya akan datang.[2]
Pengerusi Barisan Nasional, Ahmad Zahid Hamidi yang menganggotai Majlis Presiden Muafakat Nasional telah mengumumkan bahawa kerjasama dalam Muafakat Nasional sudah tiada kerana Parti Islam Se-Malaysia telah menjadi parti komponen dalam Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional tidak dapat didaftarkan kerana kedua parti tersebut telah berada dalam gabungan parti politik yang berlainan.[3]