Anjing pemburu Hygen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hygenhund)
Anjing pemburu Hygen
Nama lainAnjing Hyen
Negara asalNorway
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu Hygen atau anjing Hygen[a][1] ialah satu baka anjing Norway daripada kumpulan hound yang dihasilkan pada abad ke-19 oleh pembiak baka Norway, Hygen, daripada pelbagai baka hound lain. Anjing pemburu Hygen ialah pemburu berdaya ketahanan yang mampu mengharungi rupa bumi Artik selama jangka masa lama tanpa kelesuan.

Pengakuran[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu Hygen berdiri kira-kira setinggi 19–24 inci (48–61 cm) dan berukuran seberat kira-kira 44–55 paun (20–25 kg). Ia mempunyai lapis bulu tebal dan berkilat dengan bulu lurus. Ia terdapat dengan warna kuning dan merah, perang berangan (dengan cahaya warna hitam atau tanpanya), dan hitam dengan warna perang berangan cerah, kadang-kadang bergabung dengan tanda-tanda putih.

Kepalanya berbentuk segi tiga, dengan tengkorak lebar dan mata gelap. Telinganya lebar, muncul bersaiz sederhana, dan lehernya panjang dan bersih. Ia mempunyai garis atas separas dan tubuh padu dan padat. Tungkainya padu dan berotot dan kakinya padat, dan ia bergerak dalam gaya cukup seimbang. Ekornya terangkat tinggi-tinggi, namun tidak melengkung ke arah belakang. Perangainya bertenaga dan bersemangat bebas.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو هيݢن; انجيڠ هيݢن; Norway: hygenhund; bahasa Inggeris: Hygen hound

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Breed Standards : Hygen Hound | United Kennel Club (UKC)". www.ukcdogs.com (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Dicapai pada 28 Disember 2023.