Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah: Perbezaan antara semakan
k HaizadSys telah memindahkan laman Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ke Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah: Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
k HaizadSys telah memindahkan laman Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ke Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah melalui lencongan: Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
(Tiada perbezaan)
|
Semakan pada 06:36, 28 Oktober 2019
Kerabat luas diraja Almarhum Tengku Arif Bendahara Tengku Tan Sri Abdullah ibni Sultan Abu Bakar
YAM Tengku Seri Nila Utama Tengku Nong Soraya
YAM Tengku Panglima Besar YM Tengku Kamal Bahrin ibni Almarhum Sultan Abu Bakar YM Tengku Sulaiman ibni Almarhum Sultan Abu Bakar YM Raja Abu Bakar Shah bin Raja Dato’ Jalil Shah |
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atau Al-Sultan Abdullah Al-Haj (diputerakan sebagai Tengku Abdullah pada 30 Julai 1959 di Pekan, Pahang, Malaya) ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16 dan Sultan Pahang ke-6 yang dimasyhurkan pada 15 Januari 2019. Baginda sebelum ini menyandang jawatan Tengku Mahkota Pahang hampir 44 tahun.[1][2] Pada tahun 2016, baginda telah dimasyhurkan sebagai Pemangku Raja Pahang setelah mendapat perkenan oleh Sultan Pahang.[3][4]
Pada 24 Januari 2019, Majlis Raja-raja telah berkenan memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-16 dan akan memulakan pemerintahan baginda di tampuk Persekutuan pada 31 Januari 2019.[5]
Kehidupan awal
Tengku Abdullah telah diputerakan pada Hari Khamis 30 Julai 1959 di Istana Manggal Tunggal, Pekan iaitu pada zaman pemerintahan paduka nenda baginda, Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah, Sultan Pahang IV. Paduka ayahanda baginda, Tengku Mahkota Pahang ketika itu (Tengku Ahmad Shah), merupakan paduka anakanda ketiga Sultan Abu Bakar dengan Raja Hajjah Fatimah. Paduka bonda baginda pula, Tengku Puan Besar (kemudian menjadi Tengku Ampuan Hajah Afzan) merupakan paduka puteri kepada Tengku Panglima Perang dengan Tengku Seri Kemala. Baginda diputerakan di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu, tiga tahun setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan di bawah pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman. Baginda dipanggil Alam oleh kerabat terdekat baginda.
Baginda ialah paduka anakanda keempat daripada lapan adik-beradik.[6] Kakanda tertua baginda ialah Tengku Meriam. Baginda ialah paduka putera sulung Sultan Ahmad Shah Sultan bagi negeri Pahang dan seluruh jajahan takluknya, seorang lagi putera ialah Tengku Muda Pahang.[7]
Pendidikan
Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan, Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan serta di Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sejak kecil lagi Baginda aktif dalam sukan seperti permainan hoki, bola sepak dan sepak takraw. Baginda pernah dipilih untuk mewakili sekolah, daerah dan negeri dalam permainan bola sepak.
Baginda menerima pendidikan agama Islam secara persendirian setiap minggu di pejabat baginda di istana lama dan diajar oleh Kadi Besar Pahang.[8]
Baginda melanjutkan pengajian tingginya di United Kingdom dengan memasuki Aldenham School, Elstree Hertfordshire – Advance School dari tahun 1975 hingga tahun 1978. Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di Davies College, London – Advance School selama dua tahun. Seperti mana-mana kerabat diraja di seluruh dunia, baginda turut memasuki Akademi Tentera Diraja Sandhurst selama dua tahun juga. Baginda dianugerahkan pangkat Leftenan Muda oleh Ratu Elizabeth II. Pada tahun 1981, baginda menuntut ilmu di Worcester & Queen Elizabeth College dengan mengambil Hal Ehwal Luar Negeri & Diplomasi.[9]
Pewaris takhta
Setelah keputeraan baginda, Tengku Abdullah berada dalam kedudukan kedua dalam susur galur pewarisan takhta Pahang, melewati paduka ayahanda saudaranya, Tengku Ibrahim dan dibelakang paduka ayahandanya yang merupakan Tengku Mahkota. Apabila paduka nenda baginda pada tahun 1974 dan paduka ayahanda baginda menaiki takhta, Tengku Abdullah menjadi pewaris pertama kepada takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang.
Tengku Mahkota
Pada 1 Julai 1975, baginda telah dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya telah dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan.[10] Sebelum diangkat menjadi sultan, bagindalah pemegang gelaran putera mahkota kedua paling lama hampir 44 tahun dalam kalangan pewaris takhta di seluruh dunia hanya di belakang Charles, Putera Wales.[11]
Pemangku Raja
Tengku Abdullah diangkat menjadi Pemangku Raja apabila paduka ayahanda baginda diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1979.
Selepas kegeringan ayahandanya, Tengku Abdullah secara rasmi memangku takhta negeri sebagai Pemangku Raja Pahang bermula 2016. Berikutan itu, baginda menghadiri majlis-majlis rasmi dan istiadat-istiadat istana bagi menggantikan ayahandanya.
Pemerintahan
Sultan Pahang ke-6
Pada 11 Januari 2019, baginda telah dlantik oleh Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang untuk menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Pahang ke-6 berkuat kuasa pada hari tersebut. Baginda kemudian secara rasminya dimasyhurkan pada 15 Januari 2019 sebagai Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam Istiadat Pemasyhuran di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.
Yang di-Pertuan Agong ke-16
Pada 24 Januari 2019, Majlis Raja-raja dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-251 telah berkenan memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-16. Baginda telah mengangkat sumpah jawatan bagi memulakan pemerintahan baginda di tampuk Persekutuan di Istana Negara pada 31 Januari 2019.
Kerabat
Tengku Abdullah berkahwin dengan puteri ketiga Sultan Johor, Sultan Mahmud Iskandar, iaitu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah[12] pada 6 Mac 1986 di Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor. Baginda mempunyai enam cahaya mata bersama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah; empat putera dan dua puteri.
Baginda berkahwin buat kali kedua dengan Julia Rais yang merupakan bekas pelakon Malaysia dan mempunyai tiga cahaya mata; kesemuanya puteri.
Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang
Gelaran hormat bagi Al-Sultan Abdullah | |
Gaya panggilan | Kebawah Duli Yang Maha Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Kebawah Duli Tuanku |
Gaya pilihan | Tuanku |
Terasul dan gelaran
- 30 Julai 1959 – 8 Mei 1974: Yang Amat Mulia Tengku Abdullah Ibni Tengku Ahmad Shah
- 8 Mei 1974 – 1 Julai 1975: Yang Amat Mulia Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
- 1 Julai 1975 – 28 April 1979: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Mahkota Pahang
- 28 April 1979 – 25 April 1984: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Pemangku Raja Pahang
- 25 April 1984 – 28 Disember 2016: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Mahkota Pahang
- 28 Disember 2016 – 11 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Pemangku Raja Pahang
- 11 Januari 2019 – 15 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
- 15 Januari 2019 – 31 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Sultan Pahang ke-6
- 31 Januari 2019 - 22 Mei 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
- 22 Mei 2019 - kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
- Jawi: کباوه دولي يڠ مها موليا سلطان ڤهڠ السلطان عبد الله رعاية الدين المصطفى بالله شاه الحاج ابن سلطان حاج أحمد شاه المستعين بالله
Nama gelaran rasmi baginda bermaksud Al-Sultan Abdullah Pembela Agama yang Terpilih oleh Allah.[13]
Gelaran penuh baginda ialah: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, D.K.P., D.K.M., D.K., D.M.N. , S.S.A.P., S.I.M.P., D.K.(Terengganu)., D.K.(Johor)., S.P.M.J., P.A.T.
Kurniaan Pahang
- Pahang :
Kurniaan Malaysia
- Malaysia :
- Ahli (DKM, 11 Julai 2019) dan Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (31 Januari 2019)
- Ahli (DMN, 14 Februari 2019) dan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (31 Januari 2019)
- Seri Maharaja Mangku Negara (31 Januari 2019)
- Seri Setia Mahkota (31 Januari 2019)
- Darjah Bakti (31 Januari 2019)
- Panglima Jasa Negara (31 Januari 2019)
- Panglima Setia Diraja (31 Januari 2019)
- Pahlawan Angkatan Tentera Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (PAT)
- Johor :
- Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I)
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, membawa gelaran Dato' (SPMJ)
- Terengganu :
- Darjah Kebesaran Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia Darjah Yang Pertama (D.K. I)
- Kedah :
- Perlis :
Kurniaan Negara Luar
- Brunei:
- Darjah Kerabat Mahkota Brunei (DKMB)
- Pingat Jubli Emas Sultan Brunei (5 Oktober 2017)
Anakanda
Kesemua putera dan puteri Baginda berpendidikan di United Kingdom. seorang anak angkat lelaki dan merupakan anak bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim dan isteri ketiga, Czarina binti Abdullah. [14]
Nama | Tarikh Keputeraan | Tempat Keputeraan | Tarikh Kemangkatan | Tempat Kemangkatan | Tempat Pendidikan | Tarikh Berkahwin | Pasangan Diraja | Cucunda | Cicinda |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Putera angkat sebelum dikurniakan anakanda kandung | |||||||||
YAM Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim | 25 Ogos 1986 | Hospital Pulau Pahang Tengah, Pahang | Tiada maklumat | 19 Disember 2013 | YM Puteri Suraiya Afzan binti Mohamed Moiz | YM Tengku Adam Ibrahim Shah YM Tengku Sulaiman Abdullah Shah |
Tiada maklumat | ||
Putera dan Puteri Al-Sultan Abdullah bersama Tengku Ampuan Pahang | |||||||||
YAM Tengku Ahmad Iskandar Shah | 24 Julai 1990 | Tiada maklumat | 24 Julai 1990 | (umur 0)Tiada maklumat | |||||
KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah | 17 September 1995 | Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan | Tiada maklumat | Geneva School of Diplomacy and International Relations, Switzerland | |||||
YAM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah | 3 Ogos 1997 | Tiada maklumat | Royal Holloway, University of London, England | ||||||
YAM Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah | 11 September 2000 | Tiada maklumat | Royal Holloway, University of London, England | ||||||
YAM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah | 11 September 2000 | Tiada maklumat | Royal Holloway, University of London, England | ||||||
YAM Tengku Jihan Azizah Athiyatullah | 27 April 2002 | Tiada maklumat | Kuala Lumpur International School, Kuala Lumpur | ||||||
Puteri-puteri bersama Cik Puan Julia Rais | |||||||||
YAM Tengku Puteri Iman Afzan | 11 November 1992 | Hospital Pantai Kuala Lumpur | Tiada maklumat | Universiti Nottingham, England | 24 Ogos 2018 | YM Tengku Abu Bakar ibni Almarhum Tengku Arif Bendahara Abdullah | YM Tengku Zayn Edin Shah | Tiada maklumat | |
YAM Tengku Ilisha Ameera | 1 Oktober 1993 | Hospital Pantai Kuala Lumpur | Tiada maklumat | Universiti Nottingham, England | |||||
YAM Tengku Ilyana | 20 April 1997 | Hospital Gleneagles Kuala Lumpur | Tiada maklumat | Universiti Nottingham, England |
Penaung
Baginda merupakan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Timbalan Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) bagi komiti eksekutif.[15]
Keturunan
- Lihat juga: Sultan Pahang
Keturunan Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Rujukan
- ^ http://www.royalark.net/Malaysia/pahang10.htm
- ^ http://www.royalark.net/Malaysia/pahang10.htm
- ^ Abdullah, Mohd Shariza (12 Januari 2019). "Tengku Abdullah dimasyhur Sultan Pahang 15 Januari". Utusan Online. Dicapai pada 12 Januari 2019. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Abdullah, Mohd Shariza (12 Januari 2019). "Tengku Abdullah dimasyhur Sultan Pahang 15 Januari". Utusan Online. Dicapai pada 12 Januari 2019. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Sultan Pahang Agong ke-16, Sultan Perak Timbalan Agong". Harian Metro. Dicapai pada 24 Januari 2019. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Mohd. Shariza Abdullah (12 Januari 2019). "Biodata Tengku Abdullah". Utusan Online. Dicapai pada 12 Januari 2019.
- ^ http://theadmirehunkz.blogspot.com/2012/02/pewaris-takhta-pahang-darul-makmur.html
- ^ "Al-Sultan Abdullah: Raja yang menghormati guru, minat ilmu agama". Berita Harian. 31 Januari 2019.
- ^ "Biodata Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah". Harian Metro. 12 Januari 2019. Dicapai pada 13 Januari 2019.
- ^ "Biodata Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang". Portal Diraja Pahang. Dicapai pada 14 Januari 2019.
- ^ "Tengku Abdullah pegang rekod kedua paling lama Putera Mahkota". Sinar Harian. 12 Januari 2019. Dicapai pada 14 Januari 2019.
- ^ http://pancapersada.blogspot.com/2011/08/selamat-hari-ulangtahun-ke-51-kdytm.html
- ^ Mohd. Shariza Abdullah Dan Sharifah Hazirah Syed Jufferi (15 Januari 2019). "Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sultan Pahang Ke-6". Utusan Online. Dicapai pada 15 Januari 2019.
- ^ http://www.tv9.com.my/beritatv9/tajuk_utama/Persandingan_Cucunda_Sultan_Pahang.html#.VEfPaPmSzeQ
- ^ Tengku Abdullah and Annuar elected as FAM deputy presidents
Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Tarikh keputeraan: 30 Julai 1959
| ||
Kerabat diraja Malaysia | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sultan Muhammad V |
Yang di-Pertuan Agong 2019 – kini |
Pemegang jawatan kini |
Didahului oleh Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah |
Sultan Pahang 2019 – kini |
Pemegang jawatan kini |
Didahului oleh Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah |
Tengku Mahkota Pahang 1975 – 2019 |
Diikuti oleh: Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah |
Susunan keutamaan di Pahang | ||
Pertama | Lelaki KDYMM Sultan |
Diikuti oleh: Paduka Ayahanda |