Stesen penyiaran televisyen di Malaysia boleh dibahagikan kepada stesen-stesen televisyen hak milik kerajaan Malaysia, stesen-stesen televisyen separa kerajaan, dan juga stesen-stesen televisyen swasta.
Penyiarantelevisyen di Malaysia disediakan oleh kerajaan Malaysia dan syarikat penyiaran swasta masing-masing. Saluran televisyen diterima melalui format analog atau digital kerana kebanyakan pemilik TV Malaysia melanggani membayar perkhidmatan TV. Kerajaan Malaysia komited untuk menyediakan televisyen digital kepada setiap isi rumah di Malaysia menjelang akhir 2019.
Saluran televisyen di Malaysia boleh didapati dalam definisi tinggi piawai atau HD melalui pembekal perkhidmatan TV berbayar. Stesen TV tempatan dapat menyediakan suapan piawai HD sebaik sahaja digitalisasi sistem penyiaran televisyen dilakukan. Sesetengah saluran TV tempatan sudah menunjukkan siaran di HD untuk majlis-majlis khas sejak 2008. Siaran percubaan pertama TV digital bermula pada tahun 2006 oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Kini terdapat dua platform penstriman saluran-saluran televisyen satelit dan digital berdefinisi tinggi (HD) secara percuma, iaitu saluran NJOI dan saluran myFreeview.
NJOI - Platform penstriman saluran-saluran televisyen satelit dan digital percuma daripada Astro dan myFreeview. Sebanyak 55 saluran televisyen digital dan satelit berdefinisi tinggi (HD) percuma, 80 saluran televisyen digital berbayar, dan juga sebanyak 40 saluran radio percuma.
myFreeview - merupakan satu platform saluran penyiaran digital terestrial secara percuma, dan boleh ditonton tanpa sebarang gangguan cuaca dan tanpa sebarang gangguan siaran. Boleh memuatkan sehingga sebanyak 90 saluran televisyen digital terestrial berdefinisi tinggi (HD) percuma, dan juga sebanyak 50 saluran radio tempatan dan swasta percuma.