Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil (Jawi: جاوتنکواس تيکنيکل اوندڠ٢ شرع دان سيۏيل) atau Jawatankuasa Teknikal merupakan sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia bagi menyeragamkan undang-undang syariah di Malaysia, dan mengharmonikan antara undang-undang sivil dan syariah di Malaysia. Pengerusi Jawatankuasa Teknikal terkini ialah Tan Sri Sheikh Ghazali Haji Abdul Rahman.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa Teknikal ditubuhkan pada 6 Mei 1988[2]. Ia bernaung di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, sebuah badan tertinggi yang ditubuhkan bagi menyelaras hal ehwal Islam di Malaysia. Anggota Jawatankuasa Teknikal pula dilantik secara pentadbiran oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua sumbangan besar Jawatankuasa Teknikal telah dicapai, iaitu:

  1. Menyeragamkan 5 undang-undang Islam di Malaysia. Undang-undang Islam di Malaysia merupakan bidang kuasa negeri-negeri, bukan di bawah Persekutuan. Jadi penubuhan Jawatankuasa Teknikal ini berjaya meyeragamkan 5 undang-undang Islam untuk digubal dan dikuatkuasakan di peringkat negeri. Undang-undang tersebut ialah Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam: Undang-Undang Keluarga Islam; Undang-Undang Tatacara Mahkamah Syariah; Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah dan Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah[2][1].
  2. Mengharmonikan undang-undang syariah dan sivil. Dari aspek pengharmonian undang-undang syariah dan sivil, Jawatankuasa Teknikal ini memainkan peranan signifikan dalam meminda Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan pada 1988 iaitu dengan memasukkan Fasal (1A) yang memperuntukkan Mahkamah Tinggi Sivil dan mahkamah di bawahnya tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah[2].

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Raiham Mohd Sanusi (2 September 2020). "Sheikh Ghazali dilantik Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Syarak dan Sivil". Sinar Harian. Dicapai pada 4 September 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ a b c Samadi Ahmad (3 September 2020). "10 Ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil dilantik". HMetro. Dicapai pada 4 September 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)