Sekolah Menengah Sains Seri Puteri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sm sains seri puteri)
Sekolah Menengah Sains Seri Puteri
Lokasi
Kuala Lumpur, Sentul, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh (SBP)
MotoProaktif Inovatif Efektif
Nombor sekolah(+6)03-40411715
PengetuaPn Norzila bt Ali Musa
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Hjh Aida binti Aris
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Azlina binti Md Ali
Penolong Kanan KokurikulumPn Norliza binti M. Yusof
Faks(+6)03-40449614
Laman sesawang


Sekolah Menengah Sains Seri Puteri atau lebih dikenali sebagai SESERI ialah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia yang terletak berhadapan dengan bangunan PWTC di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri telah dibuka pada 1 April 2003 dengan mengambil alih premis Sekolah Seri Puteri yang telah berpindah ke Cyberjaya, Selangor. Sekolah ini merupakan Sekolah Berasrama Penuh yang ke-46 dan sekolah kelima di Malaysia yang pelajarnya terdiri daripada pelajar perempuan sahaja. Sekolah ini merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia dan pernah beberapa kali menduduki carta 10 sekolah terbaik dalam negara, terakhir sekali pada tahun 2022 bagi keputusan SPM 2021.

Sekolah ini mengandungi 3 buah blok bangunan iaitu blok pentadbiran, blok akademik dan blok makmal sains. Terdapat juga Dewan Sekolah yang dinamakan Dewan Gemala Puteri, Kantin dan gelanggang permainan yang dipanggil Gelanggang Anggerik Sari. Di kawasan asrama pula terdapat 3 buah blok asrama, satu blok surau serta sebuah Dewan Graha Puri yang merupakan dewan makan untuk para pelajar.

Nama SESERI sinonim dengan bunga orkid. Setiap kelas di SESERI diberi nama berdasarkan nama saintifik bunga orkid iaitu Adioda, Bakerara, Cattleya, Dorisia, Eliara, Fialaara, Helpilia dan Gastisia. Pada tahun 2016, kelas di SESERI telah berkurangan kepada 3 kelas yang diberikan nama Adioda, Bakerara dan Cattleya. Begitu juga dengan nama rumah sukan: EPIDENDRIUM (oren), ONCIDIUM (kuning), DENDROBIUM (merah), dan BRASSIDIUM (hijau).

Misi, visi dan moto[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri sebagai institusi pendidikan terbilang di peringkat antarabangsa menjelang tahun 2020.

Misi[sunting | sunting sumber]

Memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan terbaik melalui pengurusan dan kepemimpinan berkualiti bagi melahirkan insan proaktif, inovatif dan efektif dalam memenuhi aspirasi bangsa dan negara.

Moto[sunting | sunting sumber]

"Proaktif, Inovatif, Efektif".

Senarai pentadbir (semasa)[sunting | sunting sumber]

Bil Nama Jawatan
1. Pn Norzila bt Ali Musa Pengetua
2. Pn Hjh Aida binti Aris Penolong Kanan Akademik
3. Pn Azlina binti Md Ali Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Pn Norliza binti M. Yusof Penolong Kanan Kokurikulum
5. Pn Norhazilah binti Abdullah Ketua Bidang Bahasa
6. En Ahmad Hafiz bin Abdul Halim Ketua Bidang Teknik & Vokasional
7. En Hadi Faizal bin Mohd Rosely Ketua Bidang Sains & Matematik
8. Pn Suhaila binti Abdul Halim Ketua Bidang Kemanusiaan

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri,
Kian cemerlang dan indah bestari,
Cekal tabah berani mesra ICT,
Hadapi cabaran globalisasi.

Proaktif, Inovatif dan Efektif,
Cogan kata panduan kami semua,
Merealisasikan kecemerlangan,
Mara bersatu ke era wawasan.

Kamilah puteri harapan bangsa,
Pewaris srikandi negara,
Bersama cipta satu impian,
Masa depan yang gemilang.

Sentiasa berusaha sedia berbakti,
Mencapai hasrat nan murni,
Berakhlak mulia berjiwa perkasa,
Majulah sekolah ku tercinta.

Rujukan[sunting | sunting sumber]