Abdul Aziz bin Sattar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"Aziz Sattar" dilencongkan di sini.
Datuk
Aziz Sattar
Aziz Sattar.jpg
Kelahiran Abdul Aziz bin Sattar
(1925-08-08)8 Ogos 1925
Pakalongan, Hindia Timur Belanda, (kini Indonesia)
Kematian 6 Mei 2014(2014-05-06) (umur 88)
Hospital KPJ Kajang, Selangor, Malaysia
Sebab kematian Penyakit jantung
Dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana, Kuala Lumpur
Kediaman Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur
Warganegara Malaysia
Nama lain Pak Aziz
Pekerjaan Penyanyi, Pelakon, Pelawak, Pengarah & Penulis Skrip
Tahun aktif 1953 - 2014
Majikan Malay Film Productions
Sabah Film Productions
Indra Film Productions
Panshah Film Productions
Nirwana Film Productions
Aarti Filem
MJSR Filem Productions
SV Productions
Pesona Pictures
Filem Negara Malaysia
Serangkai Filem
KRU Film
Tayangan Unggul
Galaksi Seni
White Merpati Entertaiment
Astro Shaw
Playground Film
Terkenal kerana Siri filem Bujang Lapok
Gaya Lawak
Pasangan 4 kali: Hashimah Delan, Siti Rumina Ahmad, Dayang Sofia dan ?
Anak 7 anak, 19 cucu & 5 cicit
Ibu bapa Satimah Jalal
Sattar Sawal
Saudara Zaini Sattar (adik)

Allahyarham Datuk Abdul Aziz bin Sattar atau lebih dikenali sebagai Aziz Sattar (8 Ogos 1925 - 6 Mei 2014) merupakan salah seorang seniman serba boleh. Beliau telah terbabit dalam bidang seni sebagai pelakon, pengarah filem, pelawak dan penulis skrip sepanjang kerjaya beliau.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Persandingan Datuk Aziz Sattar dan Datin Hashimah Delan

Beliau dilahirkan di Desa Pakalongan, Pulau Bawean (Boyan), Kabupaten Gresik (Masa itu: Soerabaja) Provinsi Jawa Timur, Indonesia pada 8 Ogos 1925. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura.

Sejarah hidup Aziz di Tanah Melayu bermula ketika berusia tiga tahun, apabila dia mengikut bapanya, Sattar Sawal dan ibunya, Satimah Jalal, berhijrah ke Singapura pada 1928. Dibesarkan di kampung Pasir Panjang, di situlah dia mempunyai dua kawan rapat yang turut menjadi pelakon terkenal - Allahyarham Salleh Kamil dan Allahyarham Shariff Dol.

Aziz mendapat pendidikan Sekolah Melayu sehingga darjah lima. Dia tidak dapat menyambung pelajarannya ketika zaman pendudukan Jepun di Malaya. Pada umur seawal 10 tahun, beliau yang merupakan pelawak semulajadi telah mula menyanyi dan menari semasa majlis perkahwinan dan kenduri-kenduri di kampung. Dalam usia awal 20-an, dia menjadi pemandu lori dengan gaji sebanyak RM150.

Pada usia 15 tahun, Pak Aziz pernah diseksa askar Jepun kerana dituduh mencuri. Malah, beliau pernah merengkok dalam penjara selama enam bulan bersama ayah Seniwati Roseyatimah, Wak Jasni, kerana disyaki terbabit dalam kes rusuhan Natrah (Bertha Hertogh) di Singapura pada 1950.

Pada tahun 1950 beliau pernah menganggotai Pancaragam Suara Hiburan Keroncong, dan pada September 1951 berkerja di Studio Jalan Ampas, Singapura. Kehidupan Aziz mula berubah pada 1952 apabila dia diajak dua teman sekampungnya bekerja di studio Malay Film Productions. Pada peringkat awal, dia sekadar bekerja sebagai juru alihsuara. Namun, dia terkejut kerana gajinya ketika itu jauh lebih rendah berbanding kerjanya sebagai pemandu lori iaitu hanya RM70 sebulan. Pada 1953, dia dipelawa berlakon sebagai watak tambahan dalam filem Putus Harapan. Filem pertama beliau membawa watak penting adalah filem Arjuna, diikuti siri Bujang Lapok dan filem Aksi Kucing.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli Kumpulan Panca Sitara versi 1990-an, bersama Allahyarham Datuk Ahmad Daud, Allahyarhamah Normadiah, Allahyarham Aziz Jaafar dan Allahyarham Nasir P.Ramlee.

Pak Aziz pernah empat kali berkahwin tetapi hanya dua pernikahannya saja yang lebih diperkatakan iaitu bersama Siti Rumina Ahmad (isteri ketiga bercerai) dan Seniwati Dayang Sofia (isteri keempat - bercerai).

Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan tujuh anak, 19 cucu dan lima cicit. Anak-anak beliau ialah : Ruzaiman, Ruzaidah, Ruzainah, Zainuddin, Dahlia, Dalina dan Sandakiah.

Pada 16 Disember 2006, Datuk Aziz Sattar berkahwin dengan Datin Hashimah Delan. Pasangan itu dinikahkan Pendaftar Nikah, Khairuddin Haiyon di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dengan mas kahwin RM100.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
1953 Putus Harapan Pelakon
Mangsa Pelakon
1954 Jasa Pelakon
Arjuna Pelakon
1955 Kipas Hikmat Pelakon
Roh Membela Pelakon
Ribut Pelakon
1956 Pencuri Pelakon
1957 Putera Bertopeng Pelakon Pembantu
Bujang Lapok Pelakon
Hantu Jerangkong Pelakon
Kasih Sayang Pelakon
Pancha Delima Pelakon
1958 Hantu Kubur Pelakon Pembantu
Anak Pontianak Pelakon
Taufan Pelakon
1959 Nujum Pak Belalang Pelakon Pembantu - Watak Sebagai (Badan)
Raja Laksamana Bentan Pelakon
Pendekar Bujang Lapok Pelakon Utama - Watak Sebagai (Aziz)
1960 Sumpah Wanita Pelakon
1961 Ali Baba Bujang Lapok Pelakon Utama - Watak Sebagai (Ali Baba)
Seniman Bujang Lapok Pelakon Utama - Watak Sebagai (Aziz)
1962 Siti Muslihat Pelakon
Labu Labi Artis Jemputan - Watak Sebagai (Aziz Sattar)
1963 Nasib Labu Labi Artis Jemputan - Watak Sebagai (Tok Kadi)
Pilih Menantu Pelakon Utama
1964 Siapa Besar Pelakon Utama
Mambang Moden Pelakon Utama
1965 Takdir Pelakon
Pusaka Pontianak Pelakon Utama
1966 Sri Andalas Pelakon
Aksi Kucing Pelakon Utama
1975 Keluarga Si Comat Pelakon Utama
1979 Prebet Lapok Pelakon
1981 Penyamun Tarbus Pelakon Utama
Da Di Du Artis Jemputan
1983 Darah Satria Pelakon
1986 Bujang Lapok Kembali Daa Pelakon Utama - Watak Sebagai (Aziz)
1988 Perawan Malam Pelakon Pembantu
1990 O.K Orang Kampung Otak Kimia Pelakon Pembantu
1991 Juara Pelakon Pembantu
Suci Dalam Debu Pelakon
1992 Qureen Control Pelakon
1993 Tarik-Tarik Pelakon
Abang 92 Pelakon
1994 Simfoni Duniaku Pelakon Pembantu
1996 Suami, Isteri dan .....? Pelakon Tambahan
1997 Layar Lara Pelakon Tambahan
1998 Jibon Pelakon Pembantu
2002 Embun Pelakon Tambahan
Soalnya Siapa? Pelakon
2004 Pontianak Harum Sundal Malam Pelakon
Father Pelakon
2005 Pontianak Harum Sundal Malam II Pelakon
2006 Cicak-Man Pelakon Tambahan
2007 Anak Halal Pelakon Pembantu
2009 Setem Pelakon Pembantu
Momok The Movie Pelakon Pembantu
2010 Kecoh Betul Pelakon Pembantu
2012 Untuk Tiga Hari Pelakon
2014 Terbaik Dari Langit Pelakon
2016 Radhi Rudy bin Dadu Pelakon; filem terakhir

Filem & Telefilem arahan[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Syarikat penerbitan
1975 Keluarga Si Comat Sabah Film Productions
1979 Si Badol
Prebet Lapok Indra Film Production
1980 Penyamun Tarbus
1981 Da Di Du
1982 Setinggan
1983 Darah Satria
1984 Tujuh Biang Keladi Nirwana Film Production
1985 Bujang Lapok Kembali Daa
1986 Jiran
1988 Perawan Malam
Tak Kisahlah Beb
1989 O.K (Orang Kampung Otak Kimia)
1990 Adik
1994 Simfoni Duniaku
1996 Gelora Cinta
2004 Father (Pengarah bersama S. Baldev Singh)
2005 Maaria (Pengarah bersama S. Baldev Singh)
2008 Stok Lama

Sitkom[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2000 Kelas Malam

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2007 Manjalara
2011 Kau dan Aku
2012 Bujang Sepah Lalalitamplom
2014 Tanah Kubur Musim Ke-9

Siri Animasi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2000-2002 Abang Sidi
2007 Budak Lapok
2012 Upin & Ipin dalam episod Kenangan Mengusik Jiwa

Pencapaian dan anugerah[sunting | sunting sumber]

Tarikh anugerah/penghormatan[sunting | sunting sumber]

  • 1981 Filem Komedi Terbaik, Filem Festival Malaysia ke-2. (Filem: Penyamun Tarbus)
  • 1990 Ahli Mangku Negara, Agong.
  • 1994 Anugerah Seniman Veteran, Filem Festival Malaysia ke-11.
  • 2000 Menerima "Tokoh Budaya Kolej Burhanuddin Helmi" dari Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 2000 Anugerah Seniman Veteran (Lelaki), Anugerah Bintang Popular 2000.
  • 2007 Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin[1]

Profesional/ahli persatuan[sunting | sunting sumber]

  • Bendahari, Persatuan SENIMAN.
  • 1994-1996 Pengerusi Jawatankuasa, GAFIM
  • 1997 Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Festival Filem Malaysia ke-13.
  • ... - 2014 Presiden Persatuan Bawean Malaysia (PBM)

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Aziz Sattar mengembuskan nafasnya yang terakhir pada 6 Mei 2014, kira-kira jam 2.00 pagi di Pusat Perubatan KPJ Kajang akibat penyakit jantung.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Datuk Aziz Sattar Sinemamalaysia.com.my: 2013: Anugerah artis lelaki sepanjang hayat (Anugerah Bintang Popular Malaysia)
  2. ^ Niezam Abdullah (6 Mei 2014). "Seniman Aziz Sattar Meninggal Dunia". mStar. Dicapai pada 2014-05-06. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]