Pergi ke kandungan

Zaliha Mustafa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zaliha Mustafa
زاليها مصطفى
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Sekijang, Johor
Menyandang jawatan
19 November 2022
Didahului oleh Natrah Ismail
Majoriti1,734 (PRU-15)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Wilayah Persekutuan)
Dalam jawatan
12 Disember 2023 – 16 Disember 2025
Raja Johor Sultan Ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Digantikan oleh Hannah Yeoh
Menteri Kesihatan Malaysia
Dalam jawatan
3 Disember 2022 – 12 Disember 2023
Raja Pahang Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
TimbalanLukanisman Awang Sauni
Didahului oleh Khairy Jamaluddin
Digantikan oleh Dzulkefly Ahmad
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Keadilan Rakyat
Menyandang jawatan
2022
Pengerusi PKR Johor
Menyandang jawatan
2025
TimbalanMd Ysahruddin Kusni
Didahului olehSyed Ibrahim Syed Noh
Maklumat peribadi
Lahir (1964-06-28) 28 Jun 1964 (umur 61)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Parti politik Parti Keadilan Rakyat
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan
PasanganDr. Ahmad Adzlan Musa
Tempat belajarUniversiti Kebangsaan Malaysia (MD)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanDoktor
KabinetKabinet Malaysia 2022

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa (زاليها بنت مصطفى; lahir 28 Jun 1964) ialah seorang ahli politik Malaysia dan beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sekijang bagi penggal pertama sejak Pilihan Raya Umum ke-15. Beliau salah seorang Menteri dalam Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri ke-10, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Disember 2022 hingga 2025. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan merupakan wanita pertama yang memegang portfolio ini.

Sebelum ini, beliau mencipta sejarah sebagai Menteri Kesihatan wanita pertama Malaysia, berkhidmat dari Disember 2022 sehingga rombakan kabinet pada Disember 2023. Dalam pentadbiran sebelum ini, beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, ketika kerajaan dipimpin oleh Perdana Menteri ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Zaliha merupakan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), komponen utama dalam gabungan Pakatan Harapan (PH), dan telah memegang pelbagai jawatan penting dalam parti, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) (2018–2020), Pengetua Akademi Keadilan (2009), Naib Ketua Wanita PKR (2007–2009), serta Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Johor (2005–2007).

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Menteri Kesihatan (2022-2023)

[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Disember 2022, Zaliha diumumkan sebagai Menteri Kesihatan baharu oleh Perdana Menteri Anwar untuk berkhidmat dalam kabinetnya. Beliau mencipta sejarah sebagai Menteri Kesihatan wanita pertama.[1] Pendahulunya Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikannya.[2] Keesokan harinya pada 3 Disember 2022, beliau secara rasmi memegang jawatan selepas mengangkat sumpah.[3]

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) (2023 - 2025)

[sunting | sunting sumber]

Pada Rombakan Kabinet pertama Kerajaan Perpaduan MADANI pada 12 Disember 2023, YB Dr. Zaliha telah diumumkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baharu.

Pada 16 Disember 2025 Perdana Malaysia ke-10, Anwar Ibrahim telah mengumumkan rombakan kabinet yang baharu dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baharu ialah Hannah Yeoh oleh sebab itu Dr. Zaliha Mustafa secara tidak langsung tamat sebagai jawatan menteri.[4]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Sekijang Zaliha Mustafa PH (PKR) 18,941 Md Salleheen Mohamad BN (UMNO) 17,207 1,734
Uzzair Ismail PN (BERSATU) 11,612
Mohd Zohar Ahmad WARISAN 339
Mohd Saiful Faizal Abdul Halim PEJUANG 138
2008 Gelang Patah Zaliha Mustafa PKR 24,779 Tan Ah Eng BN (MCA) 33,630 8,851

Dewan Undangan Negeri (DUN)

[sunting | sunting sumber]
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2004 Tanjong Puteri Zaliha Mustafa PKR 6,515 Ali Mohamed BN (UMNO) 26,191 19,676

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Dr. Zaliha jadi Menteri Kesihatan". Utusan Malaysia. 2 Disember 2022. Dicapai pada 4 Disember 2022.
  2. ^ "Khairy congratulates newly-appointed successor, hopes she will uphold excellent public health system". The Star. 2 Disember 2022. Dicapai pada 4 Disember 2022.
  3. ^ "Health Minister to oversee public health issues, healthcare services and facilities". The Star. 3 Disember 2022. Dicapai pada 4 Disember 2022.
  4. ^ "TERKINI: Kabinet baharu Kerajaan MADANI". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). 2025-12-16. Dicapai pada 2025-12-16.
  5. ^ https://www.kosmo.com.my/2025/03/07/dr-zaliha-fahmi-dikurniakan-darjah-kebesaran/