Jambatan Gemencheh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jambatan Gemencheh terletak di Sungai Gemencheh di Gemencheh, negeri Sembilan, Malaysia. Kedudukan pada latitud 2.5333 dan lingitud 102.4000 dan 60 meter dari aras laut. Jambatan ini mempunyai nilai sejarah semasa Perang Dunia Kedua kerana ia merupakan tapak serangan hendap oleh pasukan Tentera Australia dari batalion 2/30 Infantri Australia dari Divisyen Ke-8 Australia terhadap Divisyen ke-5 Infantri Jepun dalam pertempuran Jambatan Gemencheh.