2 Januari - Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menamatkan tugas beliau di Johor setelah mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.[2]
3 Januari – Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai pesuruhjaya JSJ Narkotik Bukit Aman.[3]
8 Januari - 8TV meraikan ulangtahunnya yang ke-18.
9 Januari - Satu kejadian kereta api tidak berhenti berlaku di Kuala Krai, Kelantan, menyebabkan semua 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong untuk ke sekolah pada hari pertama penggal ketiga 2021/2022 tidak dapat ke sekolah dan pulang ke rumah masing-masing.[5]
Varian Omicron COVID-19 dikesan di empat bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Sibu dan Kapit dengan jumlah terkumpul setakat ini sebanyak 36.[6]
21 Januari - Zii Jia telah diharamkan selama dua tahun daripada menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa yang memerlukan kelulusan BAM serta mana-mana kejohanan yang dibenarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).[8]
1 Februari - Kuala Lumpur meraikan 50 tahun status sebagai bandar raya.[18]
9 Februari - Harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter bagi tempoh bermula esok sehingga 16 Februari ini.[19]
Pindaan perlembagaan yang memulihkan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang sama dengan Tanah Melayu kini berkuat kuasa.[21]
15 Februari
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan.[22]
Dewan Undangan Negeri Sarawak meluluskan RUU untuk menamakan semula gelaran ketua cabang eksekutif negeri daripada 'Ketua Menteri' kepada 'Premier'.[23]
23 Februari – Saksi dalam perbicaraan rasuah bekas jurubank Goldman Sachs Group Inc Roger Ng memberi keterangan bahawa bekas ketua Goldman Lloyd Blankfein bertemu pada 2009 dengan perdana menteri Malaysia ketika itu Najib Razak mendahului AS$6.5 bilion (RM27.2bil) dalam urus niaga bon untuk dana kekayaan negara - dan mesyuarat itu datang dengan agenda. Sebagai balasan untuk perniagaan yang menguntungkan itu, Goldman adalah untuk mendapatkan pekerjaan tiga anak Najib di bank.[24]
24 Februari – Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa Najib telah mengesahkan bahawa dia cuba memohon pekerjaan di Goldman Sachs. Dia berkata dia pernah bertemu dengan dua bekas pekerja Goldman Sachs, Roger Ng dan Tim Leissner sebagai sebahagian daripada usaha rangkaiannya untuk mendapatkan "pekerjaan yang kompetitif".[25]
26 Februari - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan perintah pembekuan aset dan akaun bank milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Berhad (ASTRO), Datuk Rohana Rozhan. Ia berikutan siasatan oleh SPRM selepas bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner mendakwa diperas ugut dalam pembelian sebuah rumah di London menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).[26]
1 Mac - Jawatan Ketua Menteri Sarawak telah dinamakan semula sebagai Premier Sarawak.[27][28]
2 Mac - Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk menangguhkan prosiding rayuan berkaitan bukti baru dalam usahanya untuk mengetepikan sabitan kes melibatkan dana SRC International Sdn Bhd, yang dijadualkan pada 15 dan 16 Mac ini.[29]
3 Mac - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah, untuk dilepaskan tanpa dibebaskan daripada enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion membabitkan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang dihadapi mereka.[30]
8 Mac:
Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April.[31]
9 Mac – Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad mengesahkan beliau tidak akan bertanding atau mempertahankan kerusinya untuk parlimen Langkawi pada pilihan raya umum akan datang.[33]
10 Mac - Seorang selamat, 3 tertimbus dan 15 rumah rosak akibat tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang, Selangor.[34]
Ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang bertugas bagi kes 1MDB memberi keterangan di mahkamah bahawa bekas perdana menteri Najib Razak menerima AS$756 juta (RM3.18 bilion) dana 1MDB yang diselewengkan.[37]
16 Mac – Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat, telah sebulat suara menolak rayuan bekas perdana menteri Najib Razak untuk mengemukakan lebih banyak bukti kepada kes rasuah SRC International Sdn Bhd dalam usaha untuk membatalkan sabitan dan hukuman terhadapnya..[38]
Bekas Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengumumkan beliau bersara dalam politik selepas hampir 60 tahun dan tidak akan mempertahan kerusinya di Parlimen Iskandar Puteri pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.[40]
26 Mac - Dua lelaki ditangkap polis selepas berlagak samseng tahan ambulans di Jalan Tepi Sungai ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital di Klang, Selangor.[41]
31 Mac - Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret atas dua pertuduhan menanam 17 pokok disyaki ganja dan mengedar dadah jenis sama.[42]
Seramai 52,449 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah mendapatkan suntikan vaksin di Pahang menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) sehingga 30 Mac.[43]
4 April - Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) mengumumkan akan mengambil alih empat konsesi lebuh raya Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Damasara-Puchong (LDP).[44]
6 April - Penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza, sohor kini di Twitter apabila namanya tersenarai Top 100 Most Awarded Musicians of All-Time oleh The Artist Museum, dengan berjaya menduduki tempat ke-27 dengan jumlah 329 anugerah yang pernah diterimanya sepanjang berada dalam industri muzik tanah air.[45]
18 April - Kerani, Sam Ke Ting dibenar oleh Mahkamah Rayuan untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana memandu secara melulu yang menyebabkan kematian lapan remaja menaiki basikal lajak pada 2017.[46]
23 April - Seramai 709 bekas kakitangan Perwaja Steel menerima pampasan secara keseluruhan sebanyak RM8.645 juta selepas ditamatkan perkhidmatan pada November 2014.[50]
25 April - Bekas perdana menteri Najib Razak telah mengemukakan 94 alasan dalam petisyen rayuannya tentang mengapa beliau harus dibebaskan daripada tuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.[51]
29 April – Bank Negara Malaysia menganugerahkan lesen bank digital kepada lima konsortia, iaitu Boost Holdings dan RHB Bank, GXS Bank dan Kuok Brothers, Sea Limited dan YTL Digital Capital untuk bank utama, dan AEON Financial Service, AEON Credit Service and MoneyLion, KAF Investment Bank untuk bank-bank Islam.[52][53]
30 April - Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah mara ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-juara Asia (ACL) setelah menewaskan juara dua kali, Ulsan Hyundai 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim.[54]
1 Mei - Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang semakin pulih selepas menjalani pembedahan jantung terbuka.[55]
6 Mei - Hujan lebat berterusan menyebabkan sembilan kawasan sekitar daerah Melaka Tengah dinaiki air.[56]
8 Mei - Atlet terjun wanita elit negara, Nur Dhabitah Sabri menjadi penyumbang pertama pingat emas buat negara di Sukan Asia Tenggara 2021 dengan pungutan mata keseluruhan 290.45 mata jauh meninggalkan peserta lain.[57]
9 Mei - Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 10 hari pada bulan Ogos untuk mendengar bidaan terakhir bekas perdana menteri Najib Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan penyelewengan RM42 juta dalam dana SRC International Sdn Bhd.[58][59][60]
10 Mei - Bekas perdana menteri Najib Razak dan anaknya Nazifuddin Najib membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung penghakiman ringkas yang dibuat terhadap mereka berhubung pembayaran cukai pendapatan berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta masing-masing kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).[61]
26 Mei - Zuraida Kamaruddin mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta keluar BERSATU untuk sertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).[62]
26 Mei - Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mengumumkan keputusannya meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan turut mengumumkan keputusannya meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).[63]
8 Jun - Pasukan peguam bekas perdana menteri Najib Razak telah memfailkan bidaan baharu untuk membatalkan perbicaraan SRC International. Pemfailan kepada Mahkamah Persekutuan bertujuan untuk membatalkan kelayakan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berhubung konflik kepentingan.[64]
3–12 Jun - Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur selepas 2 tahun tidak dianjurkan akibat COVID-19.
17 Jun - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo mengalami kecederaan selepas didakwa diserang seorang lelaki dalam kejadian jam 8:30 malam.[65]
21 Jun - Samirah Muzaffar dan dua remaja berusia 16 dan 19 tahun dibebaskan daripada pertuduhan membunuh bekas CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan pada tahun 2018.[67]
22 Jun - Presiden Persatuan Penyair Malaysia, Datuk Rahman Shaari diumumkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara Ke-15.[68]
22 Jun - Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 1 sen kepada paras RM4.84 berbanding RM4.83 seliter bagi tempoh bermula 23 sehingga 29 Jun.[69]
23 Jun - Roket satelit Measat-3d selamat berlepas tepat pada jam 5.50 pagi waktu Malaysia.[70]
23 Jun - Pemain perseorangan lelaki badminton profesional negara, Lee Zii Jia membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan untuk tidak mewakili Malaysia pada Sukan Komanwel Birmingham yang berlangsung 28 Julai hingga 8 Ogos.[71]
1 Julai - Subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram dimansuhkan.[72]
6 Julai - Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman terlepas hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis Kanabis seberat 214 gram di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.[73]
7 Julai - Rakyat Malaysia, Kalwant Singh, dikenakan hukuman gantung di Penjara Changi, Singapura.[74]
1 Ogos - Seramai 99 penerima dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-63 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.[80]
2 Ogos - Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi dan delegasi kongresnya tiba di Malaysia sebagai sebahagian daripada pusingan kedua jelajah Indo-Pasifik mereka.[81]
5 Ogos - Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 memutuskan bahawa lanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang-undang.[82]
Malaysia mencatatkan sedikit peningkatan kes positif COVID-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,083 kes berbanding kelmarin, 2,863 kes sekali gus diatasi 4,229 kes sembuh.[86]
30 Ogos - Datuk Seri Azalina Othman Said melepaskan jawatan sebagai Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri.[87]
31 Ogos - Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad disahkan positif COVID-19. Beliau telah dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemerhatian untuk beberapa hari akan datang seperti yang dinasihatkan oleh pasukan perubatan.[88][89][90]
1 September - Rosmah Mansor, isteri bekas pedana menteri Najib Razak, telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta selepas didapati bersalah melakukan rasuah berhubung projek tenaga solar sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion.[91][92]
2 September - Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar Radin dan isterinya Zizie Ezette Abdul Samad telah diarah membela diri atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan unit amanah.[93][94]
5 September - Mahkamah Rayuan menolak rayuan bekas pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Abdul Rahim bagi membatalkan tiga tuduhan rasuah dan enam tuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya.[100]
7 September - Jabatan Penjara telah menafikan dakwaan bahawa bekas perdana menteri Najib Razak ditempatkan di sebuah rumah dalam kawasan penjara.[101][102]
23 September - Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebas daripada 40 pertuduhan rasuah Sistem Visa Luar Negara.[103][104]
Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,608 kes berbanding kelmarin, 1,924 kes sekali gus diatasi 2,352 kes sembuh.[105]
29 September - Ejen jualan produk kosmetik wanita Rosnazirah Mohd Naim, yang diculik sekumpulan lelaki dari kediamannya di Tumpat, Kelantan berjaya diselamatkan.[106]
2 Oktober - Molek FM mula bersiaran di Kuantan, Pahang melalui frekuensi 100.4 MHz yang dipancar dari Bukit Pelindung bagi menggantikan slot stesen radio berbahasa Cina di bawah Media Prima Audio iaitu 8FM (dahulunya One FM).
4 Oktober - Pelakon, Zul Ariffin mengaku bersalah dan didenda sebanyak RM30 ribu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia oleh pihak mahkamah kerana "memuat naik kandungan bersifat sumbang".[107]
11 Oktober - Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad mengisytiharkan akan mempertahankan kerusi Langkawi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.[108][109]
Usahawan kosmetik, Aliff Syukri Kamarzaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang, terhadap empat pertuduhan membuat dan menghasilkan video bersifat sumbang pada April 2022.[111]
20 Oktober - Seorang remaja lelaki maut dibaling pisau oleh kakaknya di Kampung Ulu Pulai, Ulu Chou. Kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham di antara mangsa yang berusia 16 tahun dan kakaknya yang berusia 18 tahun gara-gara berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.[112]
Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias menarik diri daripada bertanding di Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum (PRU15).[114]
7 November - Perkhidmatan LRT antara laluan stesen Kelana Jaya dan KLCC dilaporkan tergendala, menyebabkan ribuan pengguna terkandas di stesen masing-masing.[115]
14 November - LRT Laluan Kelana Jaya akan beroperasi sepenuhnya kepada pengguna mulai 6 pagi, iaitu dua hari lebih awal daripada yang dijadualkan.[116]
15 November - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 30 Januari 2023 untuk memutuskan sama ada bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy akan dibebaskan atau diperintah membela diri berhubung kes gangguan audit.[117][118]
29 November - Penceramah bebas, Muhammad Fathi Na’im Mazlam berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol, melakukan amang seksual dan hubungan seks dengan objek pada 2021 dan 2022.[121]
9 Disember - Bekas Ahli Parlimen UMNO Abdul Azeez Abdul Rahim dibebaskan daripada tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah. Ini merupakan kes rasuah pertama digugurkan selepas Anwar bekerjasama dengan UMNO.[123]
12 Disember - Mohd Shafiq Abdullah telah ditamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.[124]
25 Disember - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan sebuah restoran di Pandan Indah, Kuala Lumpur, ditutup 14 hari selepas tular video menunjukkan seekor tikus menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan di premis berkenaan.[127]
29 Disember - Seorang tukang masak maut akibat letupan bungkusan diletak di atas keretanya di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang Jaya dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam.[128]
Malaysia dibentuk pada 16 September 1963. Sebelum itu, Malaysia dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu ketika ia merupakan sebuah negeri naungan British sebelum kemerdekaannya.