Kampung Pulau, Labu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Pulau
Kampung
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriNegeri Sembilan
Daerah Labu
Poskod
71900
Kod kawasan+607
Lokasi Kampung Pulau di Peta Google

Kampung Pulau merupakan sebuah kampung yang terletak di Labu, dalam Negeri Sembilan, iaitu sebuah negeri di Malaysia

Nama bagi Kampung “Pulau” diambil dari keadaan geografi ketika itu dimana terdapatnya beberapa sungai dan anak sungai mengelilingi kawasan tanah kampung. Terdapat 3 kawasan pulau yang terhasil iaitu Pulau Berangan, Pulau Aur (Buluh) dan Pulau Rumbia dan kini menjadikan nama Kampung Pulau.

Sejarah Labu telah dibuka ketika era pemerintahan Datuk Undang Sungai Ujong Kelapan, Y.A.M Dato' Klana Petra Sri Jaya, Dato' Kelana Leha (1780-1800 Masehi). Dato' Kelana Leha telah memberi kebenaran kepada Dato' Monkon & Dato’ Botok untuk membuka Labu. Dato' Monkon telah diberi gelaran "Dato' Bergajah Tunggal". Gelaran seumpama itu disebabkan Dato’ Monkon mempersembahkan bersama sebatang gading dari seekor gajah tunggal yang dibunuhnya di Mukim Labu.

Berdasarkan sumber sejarah, pembukaan tanah di Kampung Pulau telah dipecahkan mengikut penjaga tanah iaitu Nenek Bunga (kawasan sungai) dan Nenek Laboh (kawasan darat) dimana nama lama Kampung Pulau lama adalah “Kampung Bunga”.

Terdapat 2 suku utama yang besar di Kampung Pulau iaitu Suku Tanah Data yang diketuai Dato’ Jenara dan Suku Durian Tunggal yang diketuai Dato’ Jemuda dimana kedua-dua suku ini di ketuai oleh Tok Jemuda selaku Suku Tua yang diwariskan (kawasan Waris diair).

Wallahuallam..

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Pulau, Labu, Negeri Sembilan ialah 71900.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]