Merdeka Film Productions: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan |
Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 25: | Baris 25: | ||
==Sejarah== |
==Sejarah== |
||
Sebelum penubuhan Merdeka Film Productions ini, bekas pengarah Cathay-Keris iaitu [[Ho Ah Loke]] terlebih dulu menggunakan perkataan Merdeka dengan penubuhan Merdeka Film Enterprise pada tahun 1958. Pada tahun 1959, syarikat produksi ini telah berjaya menerbitkan sebuah filem berjudul [[Filem Hilang Gelap Datang Terang|Hilang Gelap Datang Terang]] dengan usahasama produksi Perfini dari Indonesia yang turut menampilkan [[Dollah Sarawak]], [[Maria Menado]], Chitra Dewi, Rendra Karno serta beberapa artis dari Jakarta. Filem tersebut merupakan filem pertama dan terakhir keluaran syarikat berkenaan. |
Sebelum penubuhan Merdeka Film Productions ini, bekas pengarah Cathay-Keris iaitu [[Ho Ah Loke]] terlebih dulu menggunakan perkataan Merdeka dengan penubuhan Merdeka Film Enterprise pada tahun 1958. Pada tahun 1959, syarikat produksi ini telah berjaya menerbitkan sebuah filem berjudul [[Filem Hilang Gelap Datang Terang|Hilang Gelap Datang Terang]] dengan usahasama produksi [[Perfini]] dari Indonesia yang turut menampilkan [[Dollah Sarawak]], [[Maria Menado]], Chitra Dewi, Rendra Karno serta beberapa artis dari Jakarta. Filem tersebut merupakan filem pertama dan terakhir keluaran syarikat berkenaan. |
||
Pada tahun 1960, setelah bergabung dengan Shaw Brothers dan H.M |
Pada tahun 1960, setelah bergabung dengan [[Shaw Brothers]] dan H.M Shah (setelah menarik diri menjadi rakan kongsi dengan Cathay-Keris), beliau menubuhkan syarikat filem di Ulu Kelang, Selangor dan nama Merdeka Film Enterprise kemudiannya beralih kepada Merdeka Filem Setudio sebelum bertukar kepada Merdeka Film Productions. Filem pertama yang diterbitkan oleh Merdeka Film Productions ialah [[Filem Tun Tijah|Tun Tijah]] arahan L. Krishnan dan dibintangi oleh [[Abdullah Chik]], [[Salmah Ahmad]] dan [[Mustapha Maarof]]. Kebanyakan artis yang membintangi filem-filem terbitan syarikat ini adalah kesemuanya dari produksi [[Malay Film Productions]] (MFP) dan [[Cathay-Keris Film Productions]] yang berhijrah ke Kuala Lumpur bagi menyambung karier seni mereka selepas industri perfileman Melayu di Singapura semakin berkurangan. |
||
Syarikat ini banyak mengeluarkan filem-filem Melayu hitam dan putih. Syarikat ini tidak aktif selepas pengeluaran filem [[Loceng Maut]] pada tahun 1976. Studio ini telah ditutup beberapa tahun kemudian kerana sebab-sebab yang tertentu. Filem terakhir terbitannya ialah ''[[Adik Manja]]'' hasil lakonan [[Noorkumalasari]] dan [[Dharma Harun Al Rashid]] pada tahun 1980. |
Syarikat ini banyak mengeluarkan filem-filem Melayu hitam dan putih. Syarikat ini tidak aktif selepas pengeluaran filem [[Loceng Maut]] pada tahun 1976. Studio ini telah ditutup beberapa tahun kemudian kerana sebab-sebab yang tertentu. Filem terakhir terbitannya ialah ''[[Adik Manja]]'' hasil lakonan [[Noorkumalasari]] dan [[Dharma Harun Al Rashid]] pada tahun 1980. |
Semakan pada 01:17, 17 April 2017
Fail:Studio merdeka.png | |
Jenis/bentuk sah | Persendirian |
---|---|
Industri | Perfileman |
Ditubuhkan | Malaysia (1960) |
Pengasas | Shaw Brothers Ltd. |
Nasib | Dibubarkan (1980) |
Ibu pejabat | Ulu Klang, Selangor, Malaysia |
Kawasan perkhidmatan | Malaysia, Singapura |
Tokoh penting | Runme Shaw Vee Meng Shaw |
Hasil pengeluaran | Filem melayu hitam-putih dan berwarna |
Perkhidmatan |
|
sunting · sunting di Wikidata |
Merdeka Film Productions merupakan sebuah syarikat dan studio yang terletak di Ulu Klang, Selangor, Malaysia.
Sejarah
Sebelum penubuhan Merdeka Film Productions ini, bekas pengarah Cathay-Keris iaitu Ho Ah Loke terlebih dulu menggunakan perkataan Merdeka dengan penubuhan Merdeka Film Enterprise pada tahun 1958. Pada tahun 1959, syarikat produksi ini telah berjaya menerbitkan sebuah filem berjudul Hilang Gelap Datang Terang dengan usahasama produksi Perfini dari Indonesia yang turut menampilkan Dollah Sarawak, Maria Menado, Chitra Dewi, Rendra Karno serta beberapa artis dari Jakarta. Filem tersebut merupakan filem pertama dan terakhir keluaran syarikat berkenaan.
Pada tahun 1960, setelah bergabung dengan Shaw Brothers dan H.M Shah (setelah menarik diri menjadi rakan kongsi dengan Cathay-Keris), beliau menubuhkan syarikat filem di Ulu Kelang, Selangor dan nama Merdeka Film Enterprise kemudiannya beralih kepada Merdeka Filem Setudio sebelum bertukar kepada Merdeka Film Productions. Filem pertama yang diterbitkan oleh Merdeka Film Productions ialah Tun Tijah arahan L. Krishnan dan dibintangi oleh Abdullah Chik, Salmah Ahmad dan Mustapha Maarof. Kebanyakan artis yang membintangi filem-filem terbitan syarikat ini adalah kesemuanya dari produksi Malay Film Productions (MFP) dan Cathay-Keris Film Productions yang berhijrah ke Kuala Lumpur bagi menyambung karier seni mereka selepas industri perfileman Melayu di Singapura semakin berkurangan.
Syarikat ini banyak mengeluarkan filem-filem Melayu hitam dan putih. Syarikat ini tidak aktif selepas pengeluaran filem Loceng Maut pada tahun 1976. Studio ini telah ditutup beberapa tahun kemudian kerana sebab-sebab yang tertentu. Filem terakhir terbitannya ialah Adik Manja hasil lakonan Noorkumalasari dan Dharma Harun Al Rashid pada tahun 1980.
Akhirnya, studio ini dibeli oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) pada tahun 1985[1] dan dijadikan Kompleks Studio Merdeka.
Senarai artis
Berikut adalah senarai artis-artis yang pernah membintangi filem-filem terbitan Merdeka Film Productions mengikut turutan abjad.
Senarai filem terbitan
Era filem tanpa warna
Era filem berwarna
Tajuk asal | Tahun | Pengarah |
---|---|---|
Pertiwi | 1975 | M. Amin |
Permintaan Terakhir | 1975 | Jamil Sulong |
Rahsia Hatiku | 1975 | Nas Achnas |
Jiwa Remaja | 1975 | Jamil Sulong |
Semalam Di Malaysia | 1975 | Nico Pelamonia |
Sayang Anakku Sayang | 1976 | Jamil Sulong |
Cinta Dan Lagu | 1976 | Jamil Sulong |
Adik Manja | 1980 | Othman Hafsham |
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Malay Film Productions Ltd. (1947 - 1967)". Dicapai pada 9 Disember 2012.