KTM ETS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
KTM ETS
KTM Perkhidmatan Keretapi Elektrik
ETS 5.jpg
KTM Kelas 93 berlepas dari Stesen keretapi Pulau Sebang/Tampin
Umum
Nama asal KTM Electric Train Service (Inggeris)
KTM 双轨电动火车 (Cina)
KTM மின்சார ரயில் சேவை (Tamil)
Jenis Rel antarabandar
Lokasi Semenanjung Malaysia
Stesen 44 (setakat 2017)
Penumpang harian 11,361 (2017)
Penumpang 4.147 juta (2017)[1]
( 16.3%)
Laman sesawang www.ktmb.com.my/ktmb_ui
Operasi
Dibuka Ogos 2010
Pemilik KTM
Pengendali Bahagian Antarabandar KTM
Sistem pengaliran Pemandu
Stok kereta api 5 set kereta api enam-kereta KTM Kelas 91
4 daripada 10 et kereta api enam-kereta KTM Kelas 93
Teknikal
Panjang aliran Sedia ada:
755 km (Padang Besar-Gemas)
Dalam pembinaan:
197 km tambahan (Gemas-Johor Bahru Sentral)
Tolok landasan 1,000 mm (3 kaki 3 38 in) tolok meter
Peta laluan
Rangkaian laluan KTM ETS
ke Bangkok
Persimpangan Hat Yai
Khlong Ngae
Padang Besar (Thai)
Thailand
Malaysia
sempadan
antarabangsa
sambungan ke
Persimpangan Hat Yai pada 2020
Padang Besar Ekspres Antarabangsa
Bukit Ketri
Arau
Perlis
Kedah
sempadan
negeri
Kodiang
Anak Bukit
Alor Setar
Kobah
Gurun KTM Komuter
Sungai Petani KTM Komuter
Kedah
Pulau Pinang
sempadan
negeri
Tasek Gelugor KTM Komuter
Butterworth Rapid Ferry KTM Komuter
Jambatan Ayunan Sungai Perai
Bukit Tengah KTM Komuter
Bukit Mertajam KTM Komuter
Persimpangan Bukit Mertajam
Simpang Ampat
Nibong Tebal KTM Komuter
Pulau Pinang
Perak
sempadan
negeri
Parit Buntar KTM Komuter
Bagan Serai KTM Komuter
Kamunting KTM Komuter
Taiping
Terowong Larut
Terowong Bukit Berapit
Padang Rengas
Kuala Kangsar
Sungai Siput
Tasek
Ipoh
Batu Gajah
Kampar
Tapah Road
Sungkai
Slim River
Behrang
Tanjung Malim KTM Komuter
Perak
Selangor
sempadan
negeri
Kuala Kubu Bharu
Batang Kali
Rawang KTM Komuter
Sungai Buloh
Selangor
Wilayah Persekutuan KL
sempadan
negeri
Kepong Sentral KTM Komuter
ke Batu Caves
Kuala Lumpur KTM Komuter Rapid KL
KL Sentral KTM Komuter Rapid KL Express Rail Link
ke Pelabuhan Klang
Bandar Tasik Selatan KTM Komuter Rapid KL Express Rail Link
Wilayah Persekutuan KL
Selangor
sempadan
negeri
Kajang KTM Komuter
Bangi
Selangor
Negeri Sembilan
sempadan
negeri
Nilai
Seremban KTM Komuter
Senawang
Sungai Gadut
Rembau
Negeri Sembilan
Melaka
sempadan
negeri
Pulau Sebang/Tampin KTM Komuter
Batang Melaka
Melaka
Negeri Sembilan
sempadan
negeri
ke Tumpat
Gemas KTM Ekspres
sambungan ke
Johor Bahru Sentral pada 2020
Negeri Sembilan
Johor
sempadan
negeri
ke Johor Bahru Sentral  RTS 
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

ETS adalah singkatan untuk Electric Train Service, merupakan perkhidmatan tren laju antara bandar di antara Penang Sentral, Butterworth dan Kuala Lumpur yang diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu pada 12 Ogos 2010. Terdapat 10 stesen yang berkhidmat sepanjang laluan ini iaitu tiga di Perak, dua di Selangor, tiga di Kuala Lumpur dan dua lagi di Negeri Sembilan.

Kelajuan operasi maksimum armada ETS adalah 145 km/jam, walaupun tren ETS direka untuk mencapai kelajuan 160 km/jam. Setiap tren boleh mengangkut maksimum 350 orang penumpang, dan terdiri daripada enam gerabak yang mencapai jumlah panjang 138 m dan berat 231.8 ton. Setiap gerabak 22.95 m panjang, 2.75 m lebar dan 4 m tinggi.

Perkhidmatan tren[sunting | sunting sumber]

Dilancarkan pada Ogos 2010, perkhidmatan mula-mula melayan Ipoh hingga Seremban tetapi sektor KL Sentral-Seremban diberhentikan pada Oktober 2012.[2]

Kemudian perkhidmatan dilanjutkan dari Ipoh ke Padang Besar melalui Butterworth dengan pengenalan ETS Transit pada 10 Julai 2015, dengan 24 stesen hentian. Pada mulanya, hanya satu perkhidmatan tren di kedua-dua arah diperkenalkan. Pada hari berikutnya pada 11 Julai 2015, diperkenalkannya ETS Express antara KL Sentral dan Padang Besar melalui Butterworth dengan 15 stesen hentian. Sekali lagi hanya satu perkhidmatan untuk kedua-dua arah.[3]

Kemudian pada 1 September 2015, perkhidmatan tambahan antara KL Sentral dan Butterworth diperkenalkan,[4] dan pada 10 Oktober 2015, dilanjutkan lagi dari KL Sentral ke Gemas, bersama dengan pengenalan perkhidmatan baru antara Padang Besar dan Gemas.[5] Lanjutan KTM ETS ke Gemas menggunakan landasan kembar elektrik antara Seremban dan Gemas yang siap pada 2014.

Juga pada 10 Oktober 2015, perkhidmatan baru dilancarkan antara Butterworth dan Padang Besar di samping perkhidmatan sedia ada tetapi yang ini kemudian dikurangkan kekerapan dengan pelancaran KTM Komuter Sektor Utara.

Makin banyak tren yang ada, makin kerap disemak jadual dan perkhidmatan. Diperkenalkannya kelas-kelas servis Platinum, Gold dan Silver sementara istilah "ETS Ekspres" dan "ETS Transit" dilucutkan

Sistem penomboran perkhidmatan tren berikut digunakan untuk KTM ETS:

  • EG920x, EG921x dan EG922x untuk perkhidmatan Gold yang bertolak atau tamat di Padang Besar, kecuali EG9201/EG9202 antara Butterworth dan Gemas, EG9216 dari Seremban ke Butterworth, dan EG9217 dari Butterworth ke Ipoh.
  • EP921x untuk perkhidmatan Platinum yang bertolak atau tamat di Padang Besar
  • EG923x dan EG924x untuk perkhidmatan Gold yang bertolak atau tamat di Butterworth
  • EP923x dan EP924x untuk perkhidmatan Platinum yang bertolak atau tamat di Butterworth
  • EG93xx untuk perkhidmatan Gold antara KL Sentral dan Ipoh
  • ES94xx untuk perkhidmatan Silver antara KL Sentral dan Ipoh
  • EG95xx untuk perkhidmatan antara Ipoh dan Padang Besar

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "JADUAL 2.1 : STATISTIK TRAFIK KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB), SUKU KEEMPAT, 2017" [Table 2.1 : Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Traffic Statistics, Fourth Quarter, 2017] (PDF) (dalam bahasa Malay and English). Ministry of Transport, Malaysia. Dicapai 13 March 2018. 
  2. ^ "Recent scheduling ETS Services". KTM Intercity. Dicapai 18 November 2012. 
  3. ^ "KL-Padang Besar electric train starts run today". The Star. 10 July 2015. Dicapai 19 July 2015.  pautan luar dalam |publisher= (bantuan)
  4. ^ "Kenyataan Media:Penstrukturan Jadual Waktu Tren Intercity dan ETS Bermula 1 September 2015 (Restructuring of the Timetable for Intercity dan ETS Trains beginning 1 September 2015)" (PDF). KTM Berhad. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 5 September 2015. Dicapai 16 October 2015. 
  5. ^ "Kenyataan Media:Penstrukturan Jadual Waktu Tren Intercity dan ETS Bermula 10 Oktober 2015 (Restructuring of the Timetable for Intercity dan ETS Trains beginning 10 October 2015)" (PDF). KTM Berhad. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 6 November 2015. Dicapai 16 October 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]