Pergi ke kandungan

Muzium Tapak Jugra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muzium Tapak Jugra
Muzium Insitu Jugra
Map
Maklumat am
Ditubuhkan1878
Jenismuzium
Maklumat geografi
Lokasi
Koordinat2°50′09″N 101°24′46″E / 2.835908°N 101.412859°E / 2.835908; 101.412859Koordinat: 2°50′09″N 101°24′46″E / 2.835908°N 101.412859°E / 2.835908; 101.412859
Maklumat pelawat
Kemudahan pengangkutan awam
Jalan Permatang Pasir-Bukit Jugra
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Muzium Tapak Jugra (atau Muzium Insitu Jugra) ialah sebuah muzium yang terletak di Kuala Langat, Selangor, Malaysia.[1]

Ia asalnya adalah sebuah balai polis yang telah dibina pada tahun 1878 semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad ibni Almarhum Tengku Abdullah. Ia dibina oleh pegawai polis British iaitu, Kapten Harry Charles Syers. Ia digunakan untuk menjalankan hukuman mengikut sistem kehakiman British pada ketika itu. Tingkat atas berfungsi sebagai bilik mahkamah manakala tingkat bawah berfungsi sebagai penjara tahanan. Ia juga digunakan sebagai pusat pemerintahan Kesultanan Melayu Selangor di Jugra, sebelum pentabdiran itu berpindah ke Klang pada tahun 1882.[1][2][3] Muzium Tapak Jugra telah diwartakan pada tahun 2002.[4]

Muzium ini mempunyai tiga bilik pameran. Galeri A dan B terletak di tingkat bawah manakala Galeri C terletak di tingkat atas. Selain itu, peralatan penjara, perigi lama dan kesan tapak cari gali arkeologi turut dipamerkan di sini.[3]

Kemudahan

[sunting | sunting sumber]

Muzium Tapak Jugra mempunyai kemudahan asas seperti tandas, surau serta kemudahan untuk orang kurang upaya.

Waktu pembukaan

[sunting | sunting sumber]

Muzium ini dibuka pada Khamis hingga Jumaat dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Manakala untuk hari minggu dan cuti umum adalah dari jam 10.00 pagi hingga 5.30 petang. Masuk adalah percuma.[2]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Norzamira Che Noh (Mei 12, 2016). ""Penjara Pudu" Jugra dibaik pulih". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 7 September 2021.
  2. ^ a b "Jugra Insitu Museum". Visit Selangor (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-02-10.
  3. ^ a b Selangor Kini (28 September 2020). "Lima muzium pamer sejarah negeri". Amirudin Shari. Dicapai pada 2022-02-10.
  4. ^ Lee Kim Sin. "Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011". Perbahasan Parlimen (Hansard). Dewan Negeri Selangor. Dicapai pada 2022-02-10.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]