Rafiei Mustapha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuan Haji

Rafiei bin Mustapha
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan
Memegang jawatan
21 Julai 2019
Didahului olehMustaffa Daharun
Butiran peribadi
Lahir (1953-12-10) 10 Disember 1953 (umur 70)
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Perikatan Nasional
PasanganKasma Ibrahim
Anak-anak4
PekerjaanAhli Politik, Pendidik

Tuan Haji Rafiei bin Mustapha adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang berlatarbelakangkan bidang pendidikan. Di peringkat parti, beliau merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Rafiei dilahirkan pada 10 Disember 1953. Memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Mengajar Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama), dan Ijazah Sarjana Sains Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Rafiei memulakan kerjaya dalam bidang pendidikan sebagai Guru di Sekolah Menengah St Teresa, Kuching Sarawak bermula tahun 1976-1987. Kemudian beliau dilantik sebagai Nazir Sekolah dalam Jemaah Nazir Sekolah Sarawak pada 1988-2003. Beliau kemudiannya menjadi Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Patinggi Kedit, Betong (2004-2007), Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau (URESS) pada Februari 2007 dan dilantik sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Tampin/Rembau pada Oktober tahun yang sama. Beliau dilantik semula sebagai Pengetua Cemerlang di SMK Undang Rembau hingga tahun 2009[1]. Dalam tahun yang sama, beliau mengambil selama dua bulan Post Graduate Certificate for School Improvement and Effectiveness (Sijil Pascasiswazah bagi Keberkesanan dan Peningkatan Sekolah) di King's College London. Jawatan terakhir beliau sebelum bersara ialah Pengetua Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Selangor bermula 2009 - 2011.

Penglibatan dalam masyarakat[sunting | sunting sumber]

Rafiei merupakan Pengerusi Pusat Kegiatan Guru (PKG) Rembau pada 2009, Ahli Jawatankuasa Utama Persatuan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Negeri Sembilan sesi 2008/2009, Ketua Editor bagi Antologi Cerpen Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Negeri Sembilan pada 2009, Pengerusi MMajlis Koperasi Pengetua-pengetua Betong, Sarawak pada 2004 – 2006, Ahli Jawatankuasa Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Sarawak sesi 2004/2005, Ketua Panel Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Jemaah Nazir Persekutuan pada 1996 – 2003. Beliau juga merupakan Pengerusi Surau Al-Insaniah, Taman Bandar Senawang bagi sesi 2012/2013[2].

Politik[sunting | sunting sumber]

Rafiei Mustapha telah dilantik sebagai Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Pilah, Negeri Sembilan[3] bagi sesi 2013/2015. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan[4] pada 2015-2017 dan 2017-2019, dan menjadi pemangku Pesuruhjaya[5] pada tahun 2019 setelah kematian penyandangnya, Mustaffa Daharun. Beliau dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan[6] untuk sesi 2019-2021.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Kerusi yang ditandingi Rafiei Mustapha
Tahun Kawasan Individu Parti Undian Lawan Parti Undian Majoriti
2018 Parlimen Kuala Pilah Rafiei Mustapha PAS 4,347 Eddin Syazlee Shith PH (PPBM) 18,045 200
Hasan Malek BN (UMNO) 17,845
DUN Seri Menanti, Negeri Sembilan Rafiei Mustapha PAS 535 Jamali Salam PH (PPBM) 2,767 595
Abdul Samad Ibrahim BN (UMNO) 3,362
2022 Parlimen Port Dickson Rafiei Mustapha PN (PAS) 18,235 Aminuddin Harun PH (Keadilan) 42,013 23,601
Kamalanathan Panchanathan BN (MIC) 18,412
Ahmad Idham Ahmad Nadzri Pejuang (Gagasan Bangsa) 1,084
Abdul Rani Kulup Abdullah Bebas 441
2023 DUN Pilah, Negeri Sembilan Rafiei Mustapha PN (PAS) Noorzunita Begum Mohd Ibrahim PH (Keadilan)

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]