Titian Bintangor
Penampilan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Titian Bintangor merupakan sebuah kampung yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan. Di sini merupakan sempadan Negeri Sembilan - Melaka.
Sejarah Kampung Titian Bintangor terdapat di dalam sebuah buku bertajuk Chicken Soup: Kecil-Kecil Cili Api karya Dato' Haji Muhammad Zakaria, anak jati kampung ini yang telah mencipta nama dalam bidang korporat, motivasi, pendidikan, latihan, NGO, misi kemanusiaan dan penerbitan.
Titian Bintangor sebenarnya adalaah sebuah mukim yang lebih luas meliputi pekan Lubok China dan deretan kampung seperti Sungai Radin, Sungai Timun, Semin, Sawah Raja, Titian Akar, Kampung Baru, Paya Mengantuk, Nerambai, Haji Sulaiman dan beberapa kampung berhampiran.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Titian_Bintangor&oldid=5491495"