Larut, Matang dan Selama
Daerah Perak Darul Ridzuan |
|
| Larut, Matang, Selama لاروت، ماتڠ، سلاما |
|
| Pejabat daerah | Taiping |
|---|---|
| Pegawai daerah | n/a |
| Kawasan | |
| - Jumlah | 2,095 km² |
| Populasi | |
| - Anggaran 2005 | 307,900 |
| - Kepadatan | 147/km² |
Larut, Matang dan Selama merupakan sebuah daerah yang terletak di utara Negeri Perak. Daerah ini terletak bersempadan dengan Daerah Kerian di utara, Daerah Kuala Kangsar dan Daerah Manjung di selatan, Daerah Hulu Perak di timur, Selat Melaka di barat dan Negeri Kedah di utara. Pusat pentadbiran daerah adalah terletak di bandar Taiping yang merupakan antara bandar terawal di Malaysia. Daerah ini merangkumi 3 daerah kecil iaitu Larut di tengah dan selatan, Matang di barat dan Selama di utara dan mempunyai keluasan 151,104.03 hektar (170 kilometer persegi).
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah daerah Larut, Matang dan Selama
Mengikut sejarah, bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris pada awal tahun 1880-an yang mana pada ketika itu, daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sg. Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.
Apabila British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874 di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Tristam Speedy sebagai Penolong Residen British. Residen British pertama di Perak adalah J.W.W. Birch pula mendiami Pasir Salak yang ketika itu dijadikan sebagai Pusat Pentadbiran British. Apabila peristiwa berdarah berlaku di Pasir Salak yang menyaksikan J.W.W. Birch dibunuh oleh pahlawan-pahlawan Melayu Perak yang diketuai oleh Datuk Sagor dan Dato Maharaja Lela pada 2 November 1875, pihak British telah memindahkan pentadbiran Negeri Perak ke Bandar Taiping pada 1880-an.
[sunting] Pentadbiran
[sunting] Mukim
Kesemua mukim-mukim ditadbir oleh Penghulu-Penghulu Mukim. Manakala bandar-bandar dan pekan-pekan lain adalah Bandar Taiping, Pekan Simpang, Pekan Sg. Tinggi, Pekan Trong, Pekan Changkat Jering, Pekan Batu Kurau, Bandar Kamunting dan Pekan Selama. Pentadbiran daerah Larut, Matang dan Selama adalah terdiri daripada:
- Mukim Asam Kumbang
- Mukim Batu Kurau
- Mukim Bukit Gantang
- Mukim Jebong
- Mukim Kamunting
- Mukim Pengkalan Aor
- Mukim Simpang
- Mukim Sungai Limau
- Mukim Trong
- Mukim Tupai
- Bandar Kamunting
- Bandar Kuala Sepetang
- Bandar Matang
- Bandar Taiping
- Mukim Sg. Tinggi
- Mukim Hulu Selama
- Mukim Selama
- Mukim Hulu Ijok
[sunting] Majlis Perbandaran
Daerah ini ditadbir dan diurus oleh dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Taiping bagi beberapa kawasan di dalam pentadbiran Larut dan Matang dan Majlis Daerah Selama bagi kawasan Selama. Daerah Larut, Matang dan Selama terkenal dengan 33 elemen terawal di Malaysia iaitu Jalan Keretapi Pertama yang menghubungkan Bandar Taiping dengan Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld) pada tahun 1885, Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld), Bangunan Telegraf, Taman Tasik Taiping, Muzium Perak, Zoo Taiping (tertua di malaysia), Bangunan Pentadbiran Kerajaan, Rumah Rehat Bandar, Sekolah Pusat (Sekolah King Edward VII), Pasukan Polis Perak dan sebagainya.
[sunting] Pengangkutan
Bandar Taiping pernah menjadi ibu negeri Perak sehingga tahun 1937 sebelum ia dipindahkan ke Bandaraya Ipoh. Bandar Taiping boleh dihubungi melalui Jalan Persekutuan Kuala Lumpur-Butterworth, Jalan Pantai Barat Gelang Patah, Johor-Changkat Jering, Perak, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) melalui Plaza Tol Changkat Jering di selatan dan Plaza Tol Taiping Utara di utara bandar Taiping. Manakala dari Pantai Timur melalui Lebuhraya Timur-Barat di Kuala Kangsar dan Jalan Selama-Grik.
Bagi pengangkutan awam didalam daerah, boleh diambil dari stesen bas dan teksi yang terletak di Taiping. Pengangkutan bas melalui jalan-jalan persekutuan dari Taiping- Bagan Serai - Pantai Remis-Lumut, Taiping- Beruas - Sitiawan - Lumut, Taiping - Parit Buntar, Taiping - Kuala Kangsar, Taiping- Batu Kurau - Selama.Manakala, pengangkutan awam diantara negeri atau luar daerah pula, boleh dinaiki dari Perhentian bas Kamunting Raya, Kamunting, yang melalui Lebuhraya Utara-Selatan.
Laluan Keretapi pula melalui Jalan Kuala Lumpur-Butterworth di Stesen Keretapi Taiping, yang terletak di Jalan Stesen, Taiping.
[sunting] Politik
Di daerah ini, beberapa kawasan dibahagikan kepada beberapa buah kerusi Dewan Undangan Negeri dan kerusi Dewan Rakyat iaitu mewakili sesuatu kawasan yang berkaitan. Berikut adalah nama-nama pemegang kerusi DUN dan Dewan Rakyat sejak tahun 2008.
| Nama | Kawasan | Jenis Kerusi | Parti Politik |
|---|---|---|---|
| Nga Kor Ming | Taiping | Dewan Rakyat | Parti Tindakan Demokratik |
| Mohamad Zahir Khalid | Kamunting | Dewan Undangan Negeri | Barisan Nasional |
| Yee Seu Kai | Pokok Assam | Dewan Undangan Negeri | Parti Tindakan Demokratik |
| Yew Tian Hoe | Aulong | Dewan Undangan Negeri | Parti Tindakan Demoktratik |
| Mohd Nizar Jamaluddin | Bukit Gantang | Dewan Rakyat | Parti Islam Se-Malaysia |
| Tai Sing Ng | Kuala Sepetang | Dewan Undangan Negeri | Parti Keadilan Rakyat |
| Mohd Osman Mohd Jailu | Changkat Jering | Dewan Undangan Negeri | Bebas |
| Rosli Husin | Trong | Dewan Undangan Negeri | Barisan Nasional |
| Hamzah Zainuddin | Larut | Dewan Rakyat | Barisan Nasional |
| Mohd Daud Mohd Yusof | Selama | Dewan Undangan Negeri | Barisan Nasional |
| Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar | Kubu Gajah | Dewan Undangan Negeri | Barisan Nasional |
| Kapt (B) Ustaz Mohd Najmuddin Alias | Batu Kurau | Dewan Undangan Negeri | Barisan Nasional |
[sunting] Demografi
Populasi (2000): 284,242
Populasi (2005): 307,900
Dari bancian tahun 2000, berikut adalah jadual bancian yang dijalankan [1]:-
| Bilangan | Kaum | Jumlah |
| 1 | Melayu | 176,353 |
| 2 | Cina | 71,649 |
| 3 | India | 32,393 |
| 4 | Lain-Lain | 645 |
| 5 | Bukan warganegara | 3,202 |
[sunting] Ekonomi
[sunting] Pertanian
Getah dan Kelapa Sawit merupakan tanaman utama. Terdapat kawasan-kawasan rendah digunakan sebagai sawah padi, manakala tanaman-tanaman kontang (tidak berair) lain seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kopi, pinang, ubi kayu dan lain-lain.
[sunting] Pendidikan
[sunting] Institut Pengajian Tinggi
Dikenalpasti terdapat Kolej Kejururawatan Hospital Taiping dan Kolej Multimedia Utara (sebelum ini dikenali sebagai Kolej Latihan Telekom Taiping). Malah, pendidikan jarak jauh dan secara atas talian dilakukan oleh Universiti Terbuka Malaysia (kursus untuk cikgu sahaja), dimana sesi kelas diadakan di Kolej Multimedia Utara.
Pada 29 Mac 2007, satu majlis pecah tanah telah dirasmikan oleh Datuk Seri Dr Fong Chan Onn, dalam membangunkan satu institut Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping, iaitu satu institut milik Kementerian Sumber Manusia yang bakal disiapkan diatas tanah seluas 60 ekar dalam kawasan Perindustrian Kamunting Raya [2]. Projek pembinaan ini memakan hampir 80 juta ringgit dan ia bakal disiapkan pada Mac 2009 [3] . Pembinaan institusi ini merupakan pusat latihan ADTEC yang kelima.
Dalam tahun 2011 sebuah Kolej Komuniti dibina dan ia terletak di Kamunting, dengan bermatlamatkan "Peneraju Komuniti Berilmu dan Berkemahiran".
[sunting] Tempat-tempat menarik
- Taman Tasik Taiping
- Bukit Larut atau (Bukit Maxwell)
- Taman Peringatan Perang Dunia,
- Zoo Taiping
- Muzium Perak
- Kompleks Bersejarah Ngah Ibrahim
- Durian Bukit Gantang dan Durian Batu Kurau.
- Kolam Air Panas Trong
- Kawasan Hutan Simpanan Paya Bakau Matang
- Batu Hampar Taman Sentosa, Taiping
- Lata Rambong, Sungai Bayor, Selama
- Lubuk Gajah, Sungai Seputih, Selama
[sunting] Rujukan
- ↑ Populasi negeri Perak mengikut daerah dan kaum
- ↑ ttp://www.mohr.gov.my/m290307.htm
- ↑ http://www.jmti.gov.my/bulletin2007/feb-mac%202007_files/page0002.htm ,Dr.Fong Chan Onn Rasmikan Majlis Pecah Tanah ADTEC Taiping
[sunting] Pautan luar
- Laman web rasmi Majlis Perbandaran Taiping
- Peta-peta berkaitan dengan Matang
- Jabatan DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan
- Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Laman web rasmi PLUS (Inggeris)