Dina Nadzir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Faradina Nadzir)
Dina Nadzir
Kelahiran
Faradina binti Mohd Nadzir

(1985-02-07) 7 Februari 1985 (umur 39)
Nama lainDina
PekerjaanPenyanyi, penyampai radio, pelakon, pengacara, usahawanita
Tahun aktif2004–kini
Majikan
BapaAllahyarham Mohd Nadzir Gulam Kadir
Laman web rasmihttps://www.instagram.com/dinanadzir/?hl=en

Faradina Mohd Nadzir (lahir 7 Februari 1985) ialah seorang penyanyi, penyampai radio, pelakon, pengacara, dan usahawanita Malaysia. Beliau ialah naib juara bagi Malaysian Idol Tahun 2004. Dia pernah dua kali memenangi pertandingan "Kejohanan Seni Persembahan Dunia Tahunan" (Annual World Championships of Performing Arts) di Los Angeles.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dina dilahirkan pada 7 Februari, 1985 di Johor Bahru, Johor. Ibu bapanya merupakan pegawai polis. Beliau merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik dan merupakan anak perempuan tunggal. Semasa kanak-kanak, Dina tidak gemar permainan anak patung. Pernah ketika ibunya membelinya sebuah anak patung Barbie, Dina mencampakkannya ke dalam tandas. Dia gemar akan senapang kanak-kanak dan patung askar. Ini kerana dia dibesarkan dalam kalangan adik-beradik lelaki dan bukannya disebabkan dia seorang tomboi.

Dina juga tidak suka bersolek dan baju-baju yang cantik kerana lebih selesa memakai kemeja T dan seluar jean. Dia tidak suka membeli-belah kerana payah membeli pakaian yang sesuai untuk badannya yang bersaiz Eropah.

Semasa kecil, cita-cita Dina ialah untuk menjadi juruterbang perempuan yang pertama di Malaysia, akan tetapi sudah ada orang lain yang berbuat demikian. Oleh sebab itu, beliau menukar cita-citanya. Seorang peminat muzik, Dina bermain piano dan dram sewaktu di Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2003-2009[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2003, Dina pernah menyertai uji bakat Akademi Fantasia (AF) dalam musim pertamanya, akan tetapi gagal. Selepas AF, Dina mengambil bahagian dalam program Bintang RTM.

Pada tahun 2004, Dina menyertai musim pertama Malaysian Idol, versi Malaysia bagi siri televisyen pertandingan nyanyian yang bermula di United Kingdom. Beliau berjaya melalui Grand Finale dan memenangi Naib Johan pertama pada usia 19 tahun manakala Jaclyn Victor menjadi pemenang pada musim tersebut.

Dina menetap di Kuala Lumpur dan merupakan graduan Diploma Pengurusan Teater Universiti Teknologi MARA. Dalam kesibukan belajar dan membuat persembahan nyanyian, Dina sempat mengaturkan masanya untuk mengeluarkan album pertama, Cinta Datang Lagi, pada Oktober 2005. Kemenangannya sebagai Naib Johan bagi Malaysian Idol Tahun 2004 merupakan titik permulaan kehidupan Dina. Pada tahun yang sama, beliau memenangi pertandingan "Kejohanan Seni Persembahan Dunia Tahunan (Annual World Championships of Performing Arts)" di Los Angeles dua kali di mana beliau memenangi pingat emas untuk kategori "R&B/Jazz/Funk/Blues" dan pemenang pingat perak untuk kategori "Original Works".

Pada tahun 2006, Dina telah dicalonkan untuk dua kategori di Anugerah Industri Muzik ke-13, iaitu “TOP 5 Persembahan Vokal Terbaik dalam Album” untuk albumnya Cinta Datang Lagi dan “TOP 5 Artis Baharu Terbaik”. Antara calon-calon bagi kategori tersebut ialah Adibah Noor, Anita Sarawak, Jaclyn Victor, Dato' Siti Nurhaliza dan ramai lagi.

Pada tahun 2007, Dina telah dianugerahkan dengan dua anugerah iaitu CLEO Young Achievers Award dan Anugerah Belia Ikon oleh Kementerian Belia & Sukan. Beliau juga mengeluarkan single keduanya "Malu Tapi Mahu" pada tahun yang sama. Beliau membuat persembahan di Pentas Pop Festival Muzik Antarabangsa KL Live & Loud dan di Festival Muzik Antarabangsa MOSAIC yang diadakan di Esplanade – Theatres on the Bay, Singapura. Dina menyertai IKON Malaysia, sebuah rancangan pertandingan nyanyian realiti sebagai salah seorang peserta solo dan bersaing bersama penyanyi dan kumpulan terkenal Malaysia seperti Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Mawi, Search dan ramai lagi.

Pada tahun 2008, Dina memenangi "Persembahan Terbaik" di Anugerah Hits 1 Musim 5 oleh RTM. Beliau membuat debut lakonannya apabila dia muncul dalam Rempit vs Impak Maksima, sebuah drama televisyen TV3. Dia juga berlakon dalam muzikal drama tersebut bertajuk "Impak Maksima The Musical" di mana beliau memainkan watak Asmida.

Pada tahun 2009, Dina mengeluarkan single bertajuk "Inspirasi Hidupku" dan mengeluarkan OST untuk filem Pisau Cukur bertajuk "Indahnya". Dia telah dicalonkan untuk "TOP 5 Persembahan Vokal Terbaik dalam Lagu" untuk lagunya "Sejauh Ini" di Anugerah Industri Muzik ke-16. Pada tahun ini, kerjaya lakonan Dina berada di kemuncaknya di mana beliau berlakon dalam telefilem seperti "3 Janda", "Anak Aku Artis", dan "Baju Raya Mona". Beliau juga membuat debut filemnya di mana beliau memegang watak Ziana dalam filem komedi seram, Jangan Pandang Belakang Congkak.

2011-2019[sunting | sunting sumber]

Pada 2011, Dina bersama Elvira Arul memainkan watak Effie White untuk versi Malaysia bagi muzikal Broadway popular “Dreamgirls: The Broadway Musical Sensation”. Beliau mengeluarkan dua single berjudul "Sejauh Ini" dan "Wanita Besi". Dalam tahun yang sama, beliau mengeluarkan OST untuk filem Bini-Biniku Gangster bertajuk "Kasih" serta OST untuk filem Senjakala bertajuk "Senjakala". Dia telah (ditonjolkan) dalam lagu Zizan Razak bertajuk "Selamat Tinggal" yang merupakan lagu penyingkiran untuk musim ke-5 Raja Lawak, sebuah program televisyen Malaysia yang mencari bakat komedi. Dia juga pernah (dimuatkan) dalam dua lagu Pop Shuvit bertajuk "Getting Away With Murder" dan "Aci Aci Buka Pintu" dalam album Cherry Blossom Love Affair mereka.

Pada tahun 2012, Dina menjadi penyampai radio di Era FM dalam segmen "Pilih Hit Era". Beliau membawakan watak Farah dalam sebuah muzikal bertajuk Cuci the Musical Last Kopek bersama Afdlin Shauki, Hans Isaac, Awie dan Nabil. Beliau membuat cameo dalam filem bertajuk Sofazr The Movie - Jiwa Kacau. Dina mengeluarkan tiga single pada tahun tersebut iaitu “Aku Ingin” (OST untuk filem Aku Terima Nikahnya), “Dendam Pencinta”, dan “Eratkan Jalinan” (lagu untuk Kempen Hari Raya Astro). Dina membuat persembahan nyanyian di A Tribute To Men Showcase yang diadakan di Tapis Rouge, The Strand, Kota Damansara. Pada tahun yang sama, dia menjadi wajah Kempen Bulan Bumi Estée Lauder.

Pada tahun 2013, Dina memainkan watak Nurin dalam muzikal Supermokh Sebuah Muzikal lakonan Awie, Maya Karin, dan Rashidi Ishak. Beliau membuat cameo dalam filem Hello. Dina mengeluarkan tiga single pada tahun tersebut iaitu “Planet Gempak” (untuk Karnival Planet Gempak), “Demi Kasih”, dan “Hargai Cinta” (OST untuk filem Aku Pilih Kamu) bersama Zwen Addeen. Pada tahun yang sama, Dina memenangi "Honorable Mention" untuk kategori "R&B/Hip Hop" di Unsigned Only Music Awards untuk lagunya "Boy Get Out". Beliau juga membuat persembahan di Blue & Jazz Night yang diadakan di Malaysia Tourism Centre (MATIC), Kuala Lumpur.

Pada tahun 2014, Dina telah dicalonkan untuk “TOP 5 Penyampai Radio Paling Popular” di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27. Antara calon-calon kategori tersebut ialah Fara Fauzana, Abby Fana, DJ Lin dan Nor Shela Baharudin. Dina mengeluarkan pelbagai lagu pada tahun tersebut seperti “Tarbiah Cinta” (OST drama televisyen Tarbiah Cinta), “Kosong Kosong" (untuk Kempen Hari Raya Astro), dan “Mengapa Dia”. Beliau juga pernah (dimuatkan) dalam pelbagai lagu seperti Akim “Kaca dan Permata”, Adibah Noor “Malaysia Kau Ku Cinta”, dan Hazama “Percaya” bersama Astro Radio All Stars. Dina membuat persembahan nyanyian di acara seperti Pink October Showcase yang diadakan di Hard Rock Café, Kuala Lumpur dan acara Hari Ibu yang diadakan di NU Sentral, Kuala Lumpur. Beliau juga membuat persembahan di Showcase untuk pelancaran Green Beverly Hills di Nilai, Selangor bersama Shawn Lee, Rejuvenate Dance Crew, Baki Zainal, Gina dan Cinjeh. Dina menganjurkan sebuah acara Hotlink iaitu #HotlinkCampus The Red Challenge di NU Sentral yang menampilkan selebriti lain seperti Shawn Lee, Dennis Yin dan RJVN.

Pada tahun 2015 pula, beliau menggantikan Adifashala dalam segmen "SATE" bersama Shahrol Shiro dan Tauke Jambu untuk sementara waktu. Dina, bersama Nad Zainal, berlakon dalam Impak Maksima The Musical Diari Wanita: Episod Kak Ani dan Nyonya di mana dia memegang watak Kak Ani. Dina telah (dipaparkan) dalam jingle untuk video Tourism Malaysia Malaysia Year of Festivals 2015. Beliau juga memenangi “TOP 5 Program Radio Terbaik” di Anugerah Meletop Era pada tahun yang sama. Dina bersama Dennis Yin menganjurkan Festival TLC di Setia City Park, Setia Alam, Shah Alam yang menampilkan persembahan oleh RJVN dan Shawn Lee.

Pada tahun 2016, Dina menganjurkan acara Secretaries Luncheon 2016 2 Divas di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya, Selangor. Acara itu menampilkan persembahan oleh Dayang Nurfaizah yang merupakan seorang penyanyi terkenal Malaysia.[1]

Pada tahun 2017, Dina bersama Shuib Sepahtu membuat penampilan di MeleTOP, sebuah rancangan bual bicara Malaysia. Mereka telah ditemu bual oleh Nabil Ahmad dan Neelofa yang merupakan hos rancangan bual bicara tersebut.[2] Dina membuat persembahan di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) untuk acara That's Entertainment! A Night at the Movies di mana beliau menyanyikan lagu-lagu ikonik seperti lagu daripada P. Ramlee, filem muzikal seperti Moulin Rouge, Dreamgirls dan Grease, tema legenda daripada filem James Bond serta lagu-lagu Disney daripada filem The Little Mermaid, The Lion King, Mulan, Beauty and the Beast dan banyak lagi.[3]

Pada 2018, Dina membuat persembahan di A Night with the Stars, sebuah acara oleh Tun Fatimah Brass Band dengan kerjasama Orkestra Tradisional Malaysia. Acara ini diadakan di Istana Budaya dan menampilkan persembahan oleh Amy Search, Jaclyn Victor dan ramai lagi.[4] Dina menjadi sebahagian daripada pelakon That's Entertainment! A Night Of Radio Hits oleh Nell Ng. Ia merupakan sebuah acara yang diadakan di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).[5] Beliau juga muncul dalam komedi muzikal oleh Stephen Sondheim bertajuk Company yang diadakan di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).[6] Dina, bersama Elvira Arul dan Lynn Tan, membuat persembahan di No Black Tie KL untuk acara Pop Giler di mana mereka menyanyikan pelbagai lagu pop.[7] Beliau menjadi hos Karnival Rasa Sayang yang diadakan di Ipoh, Perak dan Shah Alam, Selangor bersama Adifashla yang merupakan seorang penyanyi dan juruhebah radio Malaysia. Acara tersebut dianjurkan oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) Malaysia.[8][9] Dina dipilih sebagai salah seorang juri untuk acara #1min2fame yang diadakan di Ipoh Parade, Ipoh, Perak.[10]

Pada tahun 2019, Jazz & Co, sebuah butik fesyen dalam talian, telah melancarkan koleksi bersaiz besar bernama “Baju Raya Plus Size Dina Nadzir” bersama dutanya, Dina Nadzir. Koleksi itu adalah untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa mereka yang berbadan bersaiz besar mampu tampil dengan menarik dan bergaya semasa musim perayaan. Ia juga untuk memupuk nilai positif serta keyakinan diri.[11] Dina membuat penampilan di Borak Kopitiam yang merupakan sebuah rancangan bual bicara Malaysia. Dalam rancangan tersebut, beliau ditemu bual oleh hos Hefny Sahad, Anwar Afiq, dan Adzrie Faiz dan membuat persembahan nyanyian.[12]

2020-kini[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2020, Dina membuat penampilan di Shopee 12.12 Birthday Bash secara langsung di Shopee bersama selebriti tempatan Malaysia seperti Sheila Majid, Maya Karin, Dolla, Ruffedge, AC Mizal dan ramai lagi.[13] Beliau menjadi duta untuk klinik estetik dan pelangsingan badan terkemuka, SSKlinic.[14]

Pada tahun 2021, Dina menyertai Sinar untuk segmen Sinar Solo setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 10:00 pagi hingga 3:00 petang. Dina membuat penampilan dalam sebuah episod Helo Doktor yang merupakan sebuah rancangan televisyen Malaysia yang membicarakan topik berkaitan perubatan. Episod yang beliau muncul membincangkan topik tentang asma dan cara mengawalnya kerana Dina adalah pesakit asma.[15] Beliau menjadi hos Maharaja Lawak Mega 2021, sebuah program realiti Malaysia berkonsepkan liga tahunan pelawak kelahiran Malaysia serta penyertaan pelawak Indonesia dan Singapura untuk menunjukkan dan menonjolkan bakat komedi mereka di pentas mega antarabangsa yang terletak di Malaysia.[16] Dina, bersama Joey Daud, menjadi juri jemputan untuk Suara Viral 2.0, sebuah pertandingan realiti televisyen Malaysia yang mempertaruhkan beberapa peserta dari pelbagai latar belakang kerjaya, antara mereka yang telah tular di media sosial kerana memiliki bakat nyanyian yang luar biasa.[17]

Malaysian Idol[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2009 Jangan Pandang Belakang Congkak[18] Ziana
2012 Sofazr The Movie - Jiwa Kacau[19] Cameo
2013 Hello Cameo

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2004 Malaysian Idol Peserta 8TV Naib juara
2007 IKON Malaysia Dirinya sendiri Astro Ria
2008 Rempit vs Impak Maksima TV3
2009 3 Janda Astro Prima
2009 Anak Aku Artis[20] Mimi Astro Ria Telefilem
2009 Baju Raya Mona[21] Astro Ria Telefilem
2012 Anugerah Industri Muzik ke-19 Dirinya sendiri Astro Mustika HD
2014 Anugerah Industri Muzik ke-21 Dirinya sendiri Astro Ria Suara
2015 Juara Parodi Dirinya sendiri Astro Warna Pengacara
2017 MeleTOP Dirinya sendiri Astro Ria
2019 Borak Kopitiam Dirinya Sendiri TV3
2021 Helo Doktor Dirinya sendiri TV3
2021 Maharaja Lawak Mega 2021 Dirinya sendiri Astro Warna Pengacara
2021 Suara Viral 2.0 Dirinya sendiri Astro Prima Juri jemputan
2022 Gegar Vaganza (musim 9) Dirinya sendiri Astro Ria Peserta
2023 Baby-Sita Azizah Astro Warna Telefilem

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
2008 Impak Maksima The Musical Asmida
2009 Impak Maksima The Musical[22] Asmida
2011 Dreamgirls: The Broadway Musical Sensation[23] Effie White (bersama Elvira Arul)
2012 Cuci the Musical Last Kopek[24][25] Farah
2013 Supermokh Sebuah Muzikal[26] Nurin
2015 Impak Maksima The Musical Diari Wanita: Episod Kak Ani dan Nyonya[27] Kak Ani
2017 That's Entertainment! A Night at the Movies
2018 A Night With The Stars Dirinya sendiri
2018 That's Entertainment! A Night Of Radio Hits
2018 Company

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

  • "Cinta Datang Lagi" (2005)[28]
  • "Malu Tapi Mahu" (2007)[29]
  • "Walt Disney's Hercules (Versi Bahasa Malaysia)" (2010)
  • "Walt Disney's Mulan (Versi Bahasa Malaysia)" (2010)
  • "Planet Gempak (untuk Karnival Planet Gempak)" (2013)
  • "Demi Kasih" (2013)[39]
  • "Hargai Cinta (OST Aku Pilih Kamu)" - Dina Nadzir (feat. Zwen Addeen) (2013)[40]
  • "Kaca dan Permata" - Akim & Dina Nadzir (2014)
  • "Tarbiah Cinta (OST Tarbiah Cinta)" (2014)
  • "Kosong Kosong (untuk Kempen Hari Raya Astro)" (2014)[41]
  • "Malaysia Kau Ku Cinta" (2014) - Adibah Noor (feat. Dina Nadzir)[42]
  • "Percaya" - Hazama, Dina Nadzir & Astro Radio All Stars (2014)[43]
  • "Mengapa Dia" (2014)[44]
  • "We Don't Talk Anymore (Versi Bahasa Malaysia)" - Charlie Puth (feat. Dina Nadzir) (2016)[45]

Jingle[sunting | sunting sumber]

  • "TV3 Sing Off Tune" (2009)
  • "Ribena Strawberry Advertisement" (2010)
  • "Malaysia Year of Festivals 2015 (untuk Tourism Malaysia)" (2015)[47]

Radiografi[sunting | sunting sumber]

Radio[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Stesen
2009–2020 Pilih Hit Era, #Sate & Petang Era Era
2 Januari 2021 – kini Sinar Solo & Borak Selebriti Sinar Sinar

Penampilan acara[sunting | sunting sumber]

Persembahan[sunting | sunting sumber]

  • Festival Muzik Antarabangsa KL Live & Loud - Pentas Pop (2007)[48]
  • Festival Muzik Antarabangsa MOSAIC (2007)
  • Petronas Pit Pulse Music Festival (2010)
  • A Tribute To Men Showcase (2012)[49]
  • Blues & Jazz Night @ MATIC, KL (2013)[50]
  • Pink October Showcase @ Hard Rock Cafe, KL (2014)[51]
  • Mother's Day @ NU Sentral, KL (2014)
  • Green Beverly Hills Launch Showcase (2014)
  • Pop Giler with Elvira Arul, Dina Nadzir and Lynn Tan (2018)

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

  • Piala Malaysia 2012 Finals (2012)
  • Makan Malam Tahunan AVON (2012)
  • Synergycentric Partner Appreciation Event (2012)
  • Global Leadership Award (2012)
  • Pelancaran Zurich Insurance Guiness World Record (2012) [52]
  • Parkson Raya Collection Fashion Show (2012)
  • Pelancaran Wangian Follow Me bersama Yuna (2012)
  • Makan Malam Tahunan MAS Operations (2012)
  • All That Jazz with The Malaysian Philharmonic Orchestra (2013)
  • Konsert Cinta 3 Dekad Anuar Zain (2013)
  • Showcase Terukir Di Bintang Yuna (2013)
  • Sambutan Tahun Baru Cina DUN Kajang (2013)
  • Pelancaran Liga Remaja Kreatif 2014 oleh MCMC (2014) [53]
  • Majlis Berbuka Puasa MBSB & Media
  • Pelancaran Album & Showcase Stacy #1 (2014)
  • Sidang Media HLive (2014)
  • Pesta Air Langkawi 2014 (2014)
  • #HotlinkCampus The Red Challenge (2014)
  • Festival TLC (2014)
  • Rumah Terbuka Aidilfitri PETRONITA (2015)
  • Makan Malam Gala Selebriti Chef Korea Edward Kwon[54] (2015)
  • Juara Pujaan RTM Finals[55] (2015)
  • Majlis Ulang Tahun ke-10 Majalah Intrend (2015)
  • Gala Filem Pilot Cafe[56] (2015)
  • Konsert Sambutan Pertabalan Sultan Johor (2015)[57]
  • Secretaries Luncheon 2016 2 Divas (2016)
  • Karnival Rasa Sayang (2018)
  • #1min2fame (2018)

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan Catatan
2004 Malaysian Idol[58] Naib juara Faradina Mohd. Nadzir Menang
2005 World Championships of Performing Arts R&B/Jazz/Funk/Blues Dina Nadzir Menang Pingat emas
2005 World Championships of Performing Arts Original works Dina Nadzir Menang Pingat perak
2006 Anugerah Industri Muzik ke-13 TOP 5 Persembahan Vokal Terbaik dalam Album Dina Nadzir Tercalon
2006 Anugerah Industri Muzik ke-13 TOP 5 Artis Baharu Terbaik Dina Nadzir Tercalon
2007 CLEO Young Achievers Award Dina Nadzir Menang
2007 Anugerah Belia Ikon Kementerian Belia & Sukan Dina Nadzir Menang
2008 Anugerah Hits 1 Musim 5 oleh RTM Persembahan Terbaik Dina Nadzir Menang
2009 Anugerah Industri Muzik ke-16 TOP 5 Persembahan Vokal Terbaik dalam Lagu Dina Nadzir Tercalon
2013 Unsigned Only Music[59] R&B/Hip Hop Dina Nadzir Menang Sebutan terhormat
2014 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27[60][61][62][63] TOP 5 Penyampai Radio Paling Popular Dina Nadzir Tercalon
2015 Anugerah MeleTOP Era TOP 5 Program Radio Terbaik Dina Nadzir Menang

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.instagram.com/p/BD0ZLrzRTQ0/
  2. ^ https://www.instagram.com/p/BUayy9qljwD/
  3. ^ https://www.instagram.com/p/BWkVktqlB8A/
  4. ^ https://www.instagram.com/p/Bh9HyEBFO81/
  5. ^ https://www.instagram.com/p/BkRopQdFbAc/
  6. ^ https://www.instagram .com/p/BlMifN5FKFD/
  7. ^ https://www.instagram.com/p/Bn5PS3Jlz_s/
  8. ^ https://www.instagram.com/p/BqXVgZrBhmL/
  9. ^ https://www.instagram.com/p/B3MiND7g20t/
  10. ^ https://www.instagram.com/p/ BrC62JHhkpf/
  11. ^ https://gempak.com/berita-terkini/siapa-kata-wanita-plus-size-tak-boleh-bergaya-dina-nadzir-bantu-mereka-pilih-baju-raya-28122
  12. ^ https://www.instagram.com/p/BvkoafBhMRL/
  13. ^ https://www.instagram.com/p/CIqMe5WgWWC/
  14. ^ https://www.facebook.com/ssklinic/photos/we-are-proud-to-announce-dina-nadzir-malaysian-famous-singer-actress-singer-dj-a/3128873950519090/
  15. ^ https://www.instagram.com/p/CUR5TyWhToj/
  16. ^ https://www.instagram.com/p/CVVMHO9BR1P/
  17. ^ https://www.instagram.com/p/CXyUfaBh2py/
  18. ^ https://www.imdb.com/title/tt1507306/
  19. ^ https://www.imdb.com/title/tt2653166/
  20. ^ https://m.facebook.com/themediahustler/videos/69042236394/?locale2=zh_CN
  21. ^ https://www.facebook.com/media/set/?set=a.313223228676.196029.238359763676&type=3
  22. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2009/09/14/muzikal-impak-maksima-gah-di-singapura
  23. ^ https://www.budiey.com/dreamgirls-the-broadway-musical-sensation/
  24. ^ https://myartmemoryproject.com/theatre/2012/03/cuci-the-musical-last-kopek-2012/
  25. ^ https://galaksi-media.com/hiburan-supermokh-sebuah-muzikal-kembali-ke-istana-budaya/
  26. ^ https://myartmemoryproject.com/theatre/2013/11/supermokh-sebuah-muzikal-2013/
  27. ^ https://peraktoday.com.my/2015/01/tarikan-nad-dina/
  28. ^ https://www.youtube.com/watch?v=IO_rRDLbgvI
  29. ^ https://www.youtube.com/watch?v=sAtOthUfesA
  30. ^ https://www.youtube.com/watch?v=oMop8-ooSIA
  31. ^ https://soundcloud.com/franciscobbworks/laju-lampau-ost-rempit-vs
  32. ^ https://www.youtube.com/watch?v=6q4mNSIPD3k
  33. ^ https://www.youtube.com/watch?v=nrCtr_Wk4ao
  34. ^ https://www.youtube.com/watch?v=eFIWKO6WWxY&t=20s
  35. ^ https://www.youtube.com/watch?v=qlN6gCOu8SA
  36. ^ https://www.youtube.com/watch?v=q9CqguyhFmM
  37. ^ https://www.youtube.com/watch?v=zZPojIMrp2E
  38. ^ https://www.youtube.com/watch?v=3BpRPjDzlik
  39. ^ https://www.youtube.com/watch?v=9hEN6etIoag
  40. ^ https://www.youtube.com/watch?v=epPHrOtS4lo&t=5s
  41. ^ https://www.youtube.com/watch?v=LGZH6LnUaNM
  42. ^ https://www.youtube.com/watch?v=S5cI-OUL2Ak
  43. ^ https://www.youtube.com/watch?v=yGs9IwfH_E8
  44. ^ https://www.youtube.com/watch?v=wUXRCLZIOSA
  45. ^ https://www.youtube.com/watch?v=0MPUwlIAfFA
  46. ^ https://www.youtube.com/watch?v=hzDZi2ndpw0
  47. ^ https://www.youtube.com/watch?v=b8PxRSfjJn0
  48. ^ https://www.malaysiakini.com/rentakini/75109
  49. ^ https://www.budiey.com/showcase-dina-nadzir-tribute-to-men/
  50. ^ https://www.facebook.com/missdinanadzir/photos/live-blues-jazz-matic-kl-malam-ini-esok-dan-ahad-jom/532808746805433/
  51. ^ https://www.budiey.com/dina-nadzir-nita-hamzah-di-pinktober-hard-rock-cafe-kuala-lumpur/
  52. ^ https://www.zurich.com.my/en/about-zurich/zurich-in-the-news/2012/2012-06-23
  53. ^ https://www.mcmc.gov.my/ms/media/press-clippings/ahmad-shabery-lancar-liga-remaja-kreatif-2014
  54. ^ https://www.tatlerasia.com/the-scene/people-parties/celebrity-gala-dinner-chef-edward-kwon-intercontinental-kuala-lumpur
  55. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2015/05/17/juara-pujaan
  56. ^ https://www.facebook.com/GSCinemas/posts/pilot-cafe-gala-premiere-at-gsc-pavilion-klcheck-out-the-local-celebrities-that-/10153378097707275/
  57. ^ https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/10-things-to-know-about-the-celebrations-to-mark-the-johor-sultans-coronation
  58. ^ https://www.youtube.com/watch?v=Hg1wwKIFeoo
  59. ^ https://www.budiey.com/dina-nadzir-menang-anugerah-di-unsigned-music-2013/
  60. ^ https://www.astroawani.com/berita-hiburan/siapa-bintang-paling-popular-2014-diketahui-malam-ini-57076
  61. ^ https://eh.my/artikel/hiburan/top5-finalis-anugerah-bintang-popular-015-berita-harian/
  62. ^ https://www.budiey.com/senarai-penuh-top-5-anugerah-bintang-popular-berita-harian-2014/
  63. ^ https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/8/2015/04/45465/bintang-paling-popular-abpbh-2014-adalah
  64. ^ https://lipstiq.com/news/25476/estee-lauder-celebrates-world-earth-day-at-pavillion/