Merdeka Film Productions: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 25: Baris 25:


==Sejarah==
==Sejarah==
Sebelum penubuhan Merdeka Film Productions ini, bekas pengarah Cathay-Keris, [[Ho Ah Loke]] terlebih dahulu menggunakan perkataan ''Merdeka'' dalam menubuhkan syarikat produksinya dengan penubuhan ''Merdeka Film Enterprise'' pada tahun 1958. Pada tahun 1959, syarikat produksi ini telah berjaya menerbitkan sebuah filem berjudul [[Filem Hilang Gelap Datang Terang|Hilang Gelap Datang Terang]] dengan usahasama produksi [[Perfini]] dari Indonesia yang turut menampilkan [[Dollah Sarawak]], [[Maria Menado]], [[Chitra Dewi]], [[Rendra Karno]] serta beberapa artis dari Jakarta. Filem tersebut merupakan filem pertama dan terakhir keluaran syarikat berkenaan.
Sebelum penubuhan Merdeka Film Productions ini, bekas pengarah Cathay-Keris, [[Ho Ah Loke]] terlebih dahulu menggunakan perkataan ''[[Merdeka]]'' dalam menubuhkan syarikat produksinya dengan penubuhan ''Merdeka Film Enterprise'' pada tahun 1958. Pada tahun 1959, syarikat produksi ini telah berjaya menerbitkan sebuah filem berjudul [[Filem Hilang Gelap Datang Terang|Hilang Gelap Datang Terang]] dengan usahasama produksi [[Perfini]] dari Indonesia yang turut menampilkan [[Dollah Sarawak]], [[Maria Menado]], [[Chitra Dewi]], [[Rendra Karno]] serta beberapa artis dari Jakarta. Filem tersebut merupakan filem pertama dan terakhir keluaran syarikat berkenaan.


Pada tahun 1960, Merdeka Film Enterprise telah bergabung dengan [[Shaw Brothers]] Ltd. dan Encik H.M. Shah (H. M. Shah telah menarik diri daripada menjadi rakan kongsi dengan Cathay-Keris), maka tertubuhlah sebuah lagi syarikat perfileman di Ulu Kelang, Selangor dengan nama Merdeka Filem Studio sebelum bertukar kepada Merdeka Film Productions. Filem pertama yang diterbitkan oleh Merdeka Film Productions ialah [[Filem Tun Tijah|Tun Tijah]] arahan [[L. Krishnan|Tan Sri L. Krishnan]] dan dibintangi oleh [[Abdullah Chik]], [[Salmah Ahmad]] dan [[Mustapha Maarof]]. Kebanyakan artis yang membintangi filem-filem terbitan syarikat ini adalah kesemuanya dari produksi terulung [[Malay Film Productions]] (MFP) dan [[Cathay-Keris Film Productions]] yang berhijrah ke Kuala Lumpur bagi menyambung karier seni mereka selepas industri perfileman Melayu di Singapura semakin merosot.
Pada tahun 1960, Merdeka Film Enterprise telah bergabung dengan [[Shaw Brothers]] Ltd. dan Encik H.M. Shah (H. M. Shah telah menarik diri daripada menjadi rakan kongsi dengan Cathay-Keris), maka tertubuhlah sebuah lagi syarikat perfileman di Ulu Kelang, Selangor dengan nama Merdeka Filem Studio sebelum bertukar kepada Merdeka Film Productions. Filem pertama yang diterbitkan oleh Merdeka Film Productions ialah [[Filem Tun Tijah|Tun Tijah]] arahan [[L. Krishnan|Tan Sri L. Krishnan]] dan dibintangi oleh [[Abdullah Chik]], [[Salmah Ahmad]] dan [[Mustapha Maarof]]. Kebanyakan artis yang membintangi filem-filem terbitan syarikat ini adalah kesemuanya dari produksi terulung [[Malay Film Productions]] (MFP) dan [[Cathay-Keris Film Productions]] yang berhijrah ke Kuala Lumpur bagi menyambung karier seni mereka selepas industri perfileman Melayu di Singapura semakin merosot.

Semakan pada 04:18, 9 Mei 2017

Merdeka Film Productions
Jenis/bentuk sahPersendirian
IndustriPerfileman
DitubuhkanMalaysia (1960)
PengasasShaw Brothers Ltd.
NasibDibubarkan (1980)
Ibu pejabatUlu Klang, Selangor, Malaysia
Kawasan perkhidmatanMalaysia, Singapura
Tokoh pentingRunme Shaw
Vee Meng Shaw
Hasil pengeluaranFilem Melayu hitam-putih dan berwarna
Perkhidmatan
  • Penggambaran filem
  • Penulisan skrin
  • Penyuntingan filem
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Merdeka Film Productions merupakan sebuah syarikat dan studio yang terletak di Ulu Klang, Selangor, Malaysia.

Sejarah

Sebelum penubuhan Merdeka Film Productions ini, bekas pengarah Cathay-Keris, Ho Ah Loke terlebih dahulu menggunakan perkataan Merdeka dalam menubuhkan syarikat produksinya dengan penubuhan Merdeka Film Enterprise pada tahun 1958. Pada tahun 1959, syarikat produksi ini telah berjaya menerbitkan sebuah filem berjudul Hilang Gelap Datang Terang dengan usahasama produksi Perfini dari Indonesia yang turut menampilkan Dollah Sarawak, Maria Menado, Chitra Dewi, Rendra Karno serta beberapa artis dari Jakarta. Filem tersebut merupakan filem pertama dan terakhir keluaran syarikat berkenaan.

Pada tahun 1960, Merdeka Film Enterprise telah bergabung dengan Shaw Brothers Ltd. dan Encik H.M. Shah (H. M. Shah telah menarik diri daripada menjadi rakan kongsi dengan Cathay-Keris), maka tertubuhlah sebuah lagi syarikat perfileman di Ulu Kelang, Selangor dengan nama Merdeka Filem Studio sebelum bertukar kepada Merdeka Film Productions. Filem pertama yang diterbitkan oleh Merdeka Film Productions ialah Tun Tijah arahan Tan Sri L. Krishnan dan dibintangi oleh Abdullah Chik, Salmah Ahmad dan Mustapha Maarof. Kebanyakan artis yang membintangi filem-filem terbitan syarikat ini adalah kesemuanya dari produksi terulung Malay Film Productions (MFP) dan Cathay-Keris Film Productions yang berhijrah ke Kuala Lumpur bagi menyambung karier seni mereka selepas industri perfileman Melayu di Singapura semakin merosot.

Syarikat ini berjaya menerbitkan 89 buah filem Melayu dengan 81 filem hitam-putih dan lapan filem berwarna. Syarikat ini tidak aktif selepas pengeluaran filem Loceng Maut pada tahun 1976. Studio ditutup secara rasminya beberapa tahun kemudian kerana kemunculan televisyen berwarna pada tahun 1975 dan Shaw Brothers Ltd. di Hong Kong melalui studio disana, Clearwater Bay Studio lebih menumpukan filem-filem bertemakan kungfu dan berwarna. Tidak terkecuali dengan kebanjiran filem-filem berwarna dari Indonesia, Hindi dan Hollywood. Selepas kematian Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee, tiada lagi pengarah-pengarah filem Melayu berkaliber seperti M. Amin, Jins Shamsuddin, Omar Rojik dan S. Kadarisman di mana ada di antara mereka berhijrah ke produksi lain atau membuka syarikat perfileman mereka sendiri turut menjadi faktor. Selain itu, pergolakan dalaman di dalam Shaw Brothers Ltd. di Hong Kong juga memainkan peranan Run Run Shaw dan Runme Shaw untuk tidak meneruskan penghasilan filem-filem di Malaysia. Filem terakhir terbitannya ialah Adik Manja pada tahun 1980 sebelum studio ini dibeli oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) pada tahun 1985[1] dan dijadikan Kompleks Studio Merdeka.

Senarai artis

Berikut adalah senarai artis-artis yang pernah membintangi filem-filem terbitan Merdeka Film Productions mengikut turutan abjad.

Bilangan Lelaki Wanita
1 Abdullah Chik Adibah Amin
2 Ahmad Dadida Afida Es
3 Ahmad Daud Chandra Shanmugam
4 Ahmad Mahmud Dalila Fazlur Rehman
5 A. K Jailani Dayang Sulu
6 Ali Rahman Erlina Dewi
7 Alias Augustine Faridah Ucok
8 A. R. Ayappan Fauziah Ahmad Daud
9 A. R. Tompel Juliana Ibrahim
10 Awang Daud Julie Faridah
11 Azihan M. Osman Kasma Booty
12 Aziz Jaafar Khatijah Hashim
13 Aziz M. Osman Laila Mahzan
14 Bob Mustaffa Latifah Omar
15 Dali Siliwangi Mahyon Ismail
16 Dharma Harun Al Rashid Mak Enon (Ainon Chik)
17 Dinda Sumantri Mariani
18 Ed Osmera Mariati
19 Ghazali Sumantri Maznah Ahmad
20 Hail Amir Minah Hashim
21 H. G. Gill Noor Azizah
22 Hoon Thye Chong Noorkumalasari
23 Hussein Abu Hassan Noraini Hashim
24 Ibrahim Din Noran Nordin
25 Ibrahim Sabtu Norizan Mohd Noor
26 Idris Hashim Norlia Ghani
27 Ismail Mahmud Norsiati
28 Jamil Sulong Norzie Nani
29 J. B Yusof Rina Hasyim
30 Jins Shamsudin Rohaya Rahman
31 Kamal Idris Roseyatimah
32 Kamarul Ariffin Roslina Hamid
33 Karim Latiff Rosnani Jamil
34 Latiff Borgiba Rozana M. Osman
35 Mahmud June Ruminah Sidek
36 M. Amin Saadiah
37 M. Suki Salmah Ahmad
38 M. Shahdan Saloma
39 Mokhtaruddin Sarimah Ahmad
40 Mustapha Maarof Sharifah Hanim
41 Nasran Nawi Sharifah Shalina Syed Abdullah
42 Noor Jinn Siput Sarawak
43 Nyak Othman Sophia Ibrahim
44 Omar Rojik Suriya Kumari
45 Osman Md. Amin Teh Faridah
46 P. Ramlee Uji Rashid
47 Raden Sudiro Umi Kalthum
48 Rahman B. Vera Wee
49 Raja Khalid Wan Chik Daud
50 R. Jaafar Zaharah Agus
51 Salleh Ghani
52 Sam Bimbo
53 Sharif Babu
54 Shigim
55 Sivapakiam Dharmalinggam
56 S. Kadarisman
57 S. Roomai Noor
58 S. Rosley
59 Sony Abdullah
60 Tamam Idris
61 Tony Azman
62 Ucok Harahap
63 Omar Shariff
64 VI Stanley
65 Yem
66 Yusuff Bujang
67 Yusof Haslam
68 Yusof Latiff
69 Zulkifli M. Osman
70 Zulkifli Zain

Senarai filem terbitan

Era filem tanpa warna

Bilangan Tajuk asal Tahun Pengarah
1 Tun Tijah 1960 L. Krishnan
2 Abu Nawas 1961 A. R. Tompel
3 Keris Sempena Riau 1961 L. Krishnan
4 Selendang Merah 1962 L. Krishnan
5 Siti Payong 1962 Salleh Ghani
6 Ratapan Ibu 1962 L. Krishnan
7 Tangkap Basah 1963 Salleh Ghani
8 Fajar Menyinseng 1963 L. Krishnan
9 Ibu Ayam 1963 Salleh Ghani
10 Anak Manja 1963 Salleh Ghani
11 Jambatan Maut 1963 M. Yatim
12 Tun Mandan 1964 Salleh Ghani
13 Jauh Di Mata 1964 Fred Young
14 Si Tora Harimau Jadian 1964 P. Ramlee
15 Ragam P. Ramlee 1965 P. Ramlee
16 Hujan Darah 1965 Salleh Ghani
17 Dajal Suchi 1965 Dhiresh Ghosh
18 Masam Masam Manis 1965 P. Ramlee
19 Bumiputra 1965 Dhiresh Ghosh
20 Sabaruddin Tukang Kasut 1966 P. Ramlee
21 Gadis Langkawi 1966 Dhiresh Ghosh
22 Do Re Mi 1966 P. Ramlee
23 Nasib Do Re Mi 1966 P. Ramlee
24 Sesudah Suboh 1967 P. Ramlee
25 Keluarga 69 1967 P. Ramlee
26 Anak Bapak 1968 P. Ramlee
27 Gerimis 1968 P. Ramlee
28 Lain Jalan Ka-Shorga 1968 Jamil Sulong
29 Amok Tok Nading 1968 S. Kadarisman
30 Miang Miang Keladi 1968 Omar Rojik
31 Ahmad Albab 1968 P. Ramlee
32 Pendekar Empat 1968 S. Kadarisman
33 Teratai 1968 Omar Rojik
34 Kanchan Tirana 1969 P. Ramlee
35 Tunggal 1969 S. Kadarisman
36 Bukan Salah Ibu Mengandong 1969 Jins Shamsudin
37 Lanang Sejagat 1969 Omar Rojik
38 6 Jahanam 1969 P. Ramlee
39 Panglima Harimau Berantai 1969 S. Kadarisman
40 Di Belakang Tabir 1969 Jins Shamsudin
41 Keranda Jingga 1969 Omar Rojik
42 Kembang Layu 1970 S. Kadarisman
43 Dr. Rushdi 1970 P. Ramlee
44 Perintah Seri Paduka 1970 S. Kadarisman
45 Tuah Badan 1970 Omar Rojik
46 Filem Gelora 1970 P. Ramlee
47 Pancha Indera Harimau Berantai 1970 S. Kadarisman
48 Kalau Berpaut Di Dahan Rapoh 1971 Omar Rojik
49 Asmara Kirana 1971 Nas Achnas
50 Khudrat 1971 S. Kadarisman
51 Putus Sudah Kaseh Sayang 1971 P. Ramlee
52 Durjana 1971 Omar Rojik
53 Pedang Sakti 1971 S. Sudarmaji
54 Darma Kesuma 1971 S. Kadarisman
55 Jangan Tinggal Daku 1971 P. Ramlee
56 Hutang Darah 1972 S. Kadarisman
57 Belang Pertanda 1972 S. Sudarmaji
58 Angkara 1972 Omar Rojik
59 Laxmana Do Re Mi 1972 P. Ramlee
60 Dang Lenggang 1972 S. Kadarisman
61 Chengkaman Maut 1972 S. Sudarmaji
62 Anakku Suamiku 1972 Omar Rojik
63 Pendekar Sakti 1972 S. Kadarisman
64 Satria 1973 Omar Rojik
65 Semerah Cindai 1973 Omar Rojik
66 Darah Panglima 1973 S. Kadarisman
67 Dosa Remaja 1973 Nas Achnas
68 Ganjaran 1973 Omar Rojik
69 Terbabas 1973 S. Kadarisman
70 Semambu Kuning 1973 Omar Rojik
71 Bunga Mas 1973 Nas Achnas
72 Kelana 1973 S. Kadarisman
73 Puaka 1974 Omar Rojik
74 Penyamun Si Bongkok 1974 M. Amin
75 Bujang Tua S. S 1974 S. Kadarisman
76 Jantina 1974 Nas Achnas
77 Anak Setan 1974 Omar Rojik
78 Mastura 1974 Nas Achnas
79 Satu Penentuan 1974 M. Amin
80 Si Buta 1975 Omar Rojik
81 Loceng Maut 1976 Nas Achnas

Era filem berwarna

Bilangan Tajuk asal Tahun Pengarah
1 Pertiwi 1975 M. Amin
2 Permintaan Terakhir 1975 Jamil Sulong
3 Rahsia Hatiku 1975 Nas Achnas
4 Jiwa Remaja 1975 Jamil Sulong
5 Semalam Di Malaysia 1975 Nico Pelamonia
6 Sayang Anakku Sayang 1976 Jamil Sulong
7 Cinta Dan Lagu 1976 Jamil Sulong
8 Adik Manja 1980 Othman Hafsham

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Malay Film Productions Ltd. (1947 - 1967)". Dicapai pada 9 Disember 2012.

Pautan luar