Susunan Keutamaan Persekutuan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Susunan keutamaan persekutuan Malaysia adalah hierarki kedudukan penting dalam Kerajaan Malaysia. Susunan ini tidak memiliki kedudukan undang-undang tetapi digunakan sebagai protokol dalam sesuatu majlis rasmi. Susunan keutamaan ini ditentukan suatu perintah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri bagi pihak Yang di-Pertuan Agong. Susunan terbaru dikeluarkan pada 13 November 2014.[1]

Kecuali dinyatakan sebaliknya, keutamaan dalam kalangan orang yang setaraf ditentukan oleh kekananan. Sebagai ketetapan umum, pasangan yang mempunyai pangkat yang sama dengan pasangannya yang lain dan seseorang yang mempunyai dua jawatan akan mengambil kedudukan yang tertinggi.

Huraian[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah susunan keutamaan jawatan berserta penyandangnya setakat 24 Ogos 2021.

Petunjuk warna
Raja-raja Pemerintah dan Yang di-Pertua Negeri-negeri
Anggota Pentadbiran Persekutuan dan Negeri
Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
Anggota Badan Kehakiman
Diplomat
Pegawai perkhidmatan awam, tentera dan polis
Lain-lain
Nombor Butiran Penyandang (sejak dari 24 Ogos 2021)
1
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin al-Mustafa Billah Shah
2
KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
3
Raja dan Pemangku Raja
  1. KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin , Sultan Terengganu (15 Mei 1998)
  2. DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Perlis (17 April 2000)
  3. DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor (22 November 2001)
  4. DYMM Tuanku Muhriz, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (29 Disember 2008)
  5. DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor (23 Januari 2010)
  6. KDYMM Sultan Muhammad V, Al-Sultan Kelantan (13 September 2010)
  7. DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak (29 Mei 2014)
  8. KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Sultan Kedah (12 September 2017)
  9. KDYMM Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin al-Mustafa Billah Shah, Sultan Pahang (15 Januari 2019) (muncul di atas sebagai Yang di-Pertuan Agong)
4
TYT Yang di-Pertua Negeri
  1. Tun Datuk Seri Panglima Hj. Juhar Hj. Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah (1 Januari 2011)
  2. Tun Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud, Yang di-Pertua Negeri Sarawak (1 Mac 2014)
  3. Tun Seri Setia Hj. Mohd. Ali Mohd. Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka (4 Jun 2020)
  4. Tun Dato' Seri Utama Hj. Ahmad Fuzi Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (1 Mei 2021)
5
Bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan daripada Kerajaan Persekutuan[N 1] YAM Permaisuri Siti Aishah
6
YAB Perdana Menteri Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob
7
YAB Timbalan Perdana Menteri Tiada
7A
Bakal Raja
  1. DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis (1 Ogos 2000)
  2. DYTM Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor (3 Mei 2002)
  3. DYTM Tengku Muhammad Ismail, Yang di-Pertuan Muda Terengganu (12 Januari 2006)
  4. DYAM Tunku Ismail, Tunku Mahkota Johor (23 Januari 2010)
  5. YTM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Tengku Mahkota Kelantan (18 Oktober 2010)
  6. DYTM Raja Jaafar, Raja Muda Perak (20 Jun 2014)
  7. DYTM Tunku Sarafuddin Badlishah, Raja Muda Kedah (26 November 2017)
  8. KDYTM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Mahkota Pahang (29 Januari 2019) (muncul di atas Sultan Kedah sebagai KDYMM Pemangku Raja Pahang)
8
YABhg. Ahli Darjah, Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN)[N 2] Rujuk di sini
9
YABhg. Ahli Darjah, Seri Maharaja Mangku Negara (SMN)[N 2] Rujuk di sini
10
Bekas Perdana Menteri Mengikut tarikh meninggalkan jawatan:
  1. YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi (3 April 2009)
  2. YB Dato' Sri Mohd. Najib Abdul Razak (10 Mei 2018)
  3. YB Tun Dr. Mahathir Mohamad (29 Februari 2020) (muncul di atas Tun Abdullah kerana menerima darjah SMN pada 31 Oktober 2003)
  4. YB Tan Sri Muhyiddin Yassin MP MLA (16 Ogos 2021)
11
Bekas Timbalan Perdana Menteri Mengikut tarikh meninggalkan jawatan:
  1. YABhg. Tun Musa Hitam (10 Mei 1986)
  2. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim (2 September 1998)
  3. YB Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi (10 Mei 2018)
  4. YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (24 February 2020) (muncul di atas sebagai isteri kepada Dato' Seri Anwar)
12
YABhg. Ahli Darjah, Seri Setia Mahkota Malaysia (SSM)[N 2] Rujuk di sini
12A
YTM Undang yang Empat, Negeri Sembilan Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan:
  1. Dato' Klana Petra, Dato' Hj. Mubarak Dohak, Undang Luak Sungai Ujong
  2. Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman, Dato' Hj. Maarof Mohd. Rashad, Undang Luak Jelebu
  3. Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan, Dato' Hj. Muhammed Abdullah, Undang Luak Johol
  4. Dato' Lela Maharaja, Dato' Hj. Muhamad Sharip Othman, Undang Luak Rembau
  5. Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus al-Qadri, Tunku Besar Tampin
13
YAA Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat
14
YB Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Tan Sri Dr. Rais Yatim
15
YB Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun
16
YB Menteri[N 3] Rujuk di sini
17
YBhg. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Zuki Ali
17A
YAB Menteri Besar dan Ketua Menteri[N 4] Rujuk di sini
18
YAA Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusof
19
YAA Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed
20
YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak Dato' Abang Iskandar Abang Hashim
21
YBhg. Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun
22
YBhg. Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM
23
YDh. Ketua Polis Negara IG Dato' Sri Acryl Sani Abdullah Sani
24
YBhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abdul Rahman
25
YBhg. Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid
26
YAA Ketua Hakim Syarie[N 5] Dato' Dr. Mohd. Na'im Mokhtar
27
YB Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad
28
YB Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Dato' Mohd. Rashid Hasnon
29
YB Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim (muncul di atas sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri)
30
YB Timbalan Menteri[N 3] Rujuk di sini
31
TYT Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi[N 6] Rujuk dengan Kementerian Luar Negeri
32
YA Hakim Mahkamah Persekutuan[N 7] Rujuk dengan Suruhanjaya Pelantikan Hakim
33
YA Hakim Mahkamah Rayuan[N 7] Rujuk dengan Suruhanjaya Pelantikan Hakim
34
YB Setiausaha Parlimen[N 3] Tiada
35
YBhg. Ahli Darjah, Panglima Mangku Negara (PMN)[N 2] Rujuk di sini
36
Pegawai Gred Turus 1 dan 2[N 8] Rujuk di sini
37
YBhg. Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan[N 9] Dato' Jamil Rakon
38
YBhg. Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi yang setaraf[N 10][2] Rujuk di sini
39
Pegawai Gred Turus 3[N 8] Rujuk di sini
40
Pengerusi Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan
  1. YBhg. Dato' Abdul Ghani Salleh, Pengerusi, Suruhanjaya Pilihan Raya
  2. YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman, Pengerusi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan[N 11]
  3. YB Dato' Sri Hishammuddin Hussein, Pengerusi, Majlis Angkatan Tentera[N 12][N 13] (berada di atas sebagai Menteri Kanan, Kementerian Pertahanan)
  4. YB Dato' Seri Hamzah Zainudin, Pengerusi, Suruhanjaya Pasukan Polis[N 14] (berada di atas sebagai Menteri Dalam Negeri)
  5. YBhg. Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof, Pengerusi, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
41
YA Hakim Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman[N 15] Rujuk dengan Suruhanjaya Pelantikan Hakim
42
YBhg. Ahli Darjah, Panglima Setia Mahkota (PSM)[N 2] Rujuk di sini
43
Gabenor Bank Negara YBhg. Dato' Nor Shamsiah Mohd. Yunus
44
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja YBhg. Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad
45
Datuk Paduka Maharaja Lela YBhg. Datuk Azuan Effendy Zarakithnaini
46
Profesor Diraja Tiada
46A
YB Timbalan Menteri Besar dan Timbalan Ketua Menteri Rujuk dengan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri yang berkenaan
46B
YB Speaker, Dewan Undangan Negeri Rujuk dengan Dewan Undangan Negeri yang berkenaan
47
YB Ahli Dewan Negara[N 16] Rujuk dengan Parlimen
48
YB Ahli Dewan Rakyat[N 16] Rujuk dengan Parlimen
49
YA Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Rujuk dengan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (bagi Persekutuan) atau Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (bagi negeri yang berkenaan)
50
YBhg. Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain
51
YBhg. Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd. Reza Mohd. Sany
52
YBhg. Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad TUDM
53
YDh. Timbalan Ketua Polis Negara DIG Datuk Seri Mazlan Lazim
54
YBhg. Ahli Darjah, Panglima Jasa Negara (PJN)[N 2] Rujuk di sini
55
YBhg. Ahli Darjah, Panglima Setia Diraja (PSD)[N 2] Rujuk di sini
56
Pegawai Gred JUSA A[N 8] Rujuk di sini
57
YBhg. Naib Canselor Universiti Awam Rujuk di sini
57A
YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Semenanjung Malaysia) dan Menteri Negeri (Sabah dan Sarawak) Rujuk dengan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri yang berkenaan
58
Pegawai Gred JUSA B[N 8][N 17] Rujuk di sini
58A
Penerima Anugerah Felo Negara Tiada
59
Wakil Tempatan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu PYT Karima El Korri
60
Pegawai Gred JUSA C[N 8][N 18] Rujuk di sini
60A
Ahli Dewan Undangan Negeri[N 19] Rujuk dengan Dewan Undangan Negeri yang berkenaan
61
Ahli Darjah, Johan Mangku Negara (JMN)[N 2] Rujuk di sini
62
Ahli Darjah, Johan Setia Mahkota (JSM)[N 2] Rujuk di sini
63
Ahli Darjah, Johan Setia Diraja (JSD)[N 2] Rujuk di sini
64
Pegawai Gred 54[N 8][N 20] Rujuk dengan kementerian, jabatan atau agensi yang berkaitan
65
Setiausaha Politik[N 21] Tiada
66
Pegawai Gred 52[N 8][N 22] Rujuk dengan kementerian, jabatan atau agensi yang berkaitan
67
YBhg. Konsul Jeneral negara yang tidak mempunyai perwakilan diplomatik di Malaysia Rujuk dengan Kementerian Luar Negeri

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hanya bekas Raja Permaisuri Agong yang suaminya mangkat semasa memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong layak mendapat kedudukan ini dan menerima Saraan Diraja dari Kerajaan Persekutuan. Mereka yang suaminya meninggal dunia selepas menjadi Yang di-Pertuan Agong tidak layak mendapat kedudukan ini dan oleh itu akan mendapat Saraan Diraja dari Kerajaan Negeri masing-masing.
  2. ^ a b c d e f g h i j Keutamaan ditentukan oleh tarikh pengurniaan. Anggota penuh diutamakan daripada anggota kehormat.
  3. ^ a b c Keutamaan ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri.
  4. ^ Apabila Ketua Negeri berangkat hadir, keutamaan ditentukan mengikut kekananan Ketua Negeri. Jika tidak, keutamaan ditentukan oleh tarikh pelantikan.
  5. ^ Ketua Hakim Syarie Malaysia mengambil keutamaan mengatasi Ketua-ketua Hakim Syarie Negeri. Kedudukan Ketua Hakim Syarie Negeri ditentukan mengikut susunan keutamaan negeri yang berkenaan.
  6. ^ Keutamaan ditentukan dengan kedudukan diplomatik dan tarikh memasuki jawatan. Ketua perwakilan sebenar mengambil keutamaan mengatasi ketua perwakilan sementara.
  7. ^ a b Keutamaan ditentukan menerusi tarikh pelantikan.
  8. ^ a b c d e f g Mereka ini termasuklah pegawai tentera dan polis yang setaraf, serta pengerusi, ketua eksekutif dan pengurus besar Badan Berkanun Persekutuan. Penyandang sebenar mengambil ketetapan mendahului penyandang yang memangku. Pegawai tetap mengambil kedudukan mendahului pegawai kontrak dan sementara.
  9. ^ Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri dengan sendirinya menjadi Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan.
  10. ^ Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi Persekutuan yang setaraf yang dimaksudkan ialah: (1) Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi; (2) Ketua Pengarah, Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia; dan (3) Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan. Kesemua mereka bernaung di bawah Jabatan Perdana Menteri.
  11. ^ Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam turut mempengerusikan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.
  12. ^ Majlis Angkatan Tentera dikira sebagai suruhanjaya perkhidmatan bagi Angkatan Tentera di bawah Perlembagaan Persekutuan.
  13. ^ Menteri Pertahanan dengan sendirinya mempengerusikan Majlis Angkatan Tentera.
  14. ^ Menteri Dalam Negeri dengan sendirinya mempengerusikan Suruhanjaya Pasukan Polis.
  15. ^ Hakim Mahkamah Tinggi mengambil keutamaan mengatasi Pesuruhjaya Kehakiman. Kedudukan masing-masing setelah itu ditentukan menerusi tarikh pelantikan.
  16. ^ a b Keutamaan ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.
  17. ^ Pegawai awam gred JUSA B setaraf dengan pegawai tentera berpangkat Leftenan Jeneral (TDM dan TUDM) atau Laksamana Madya (TLDM) dan pegawai polis berpangkat CP.
  18. ^ Pegawai awam gred JUSA C setaraf dengan pegawai tentera berpangkat Mejar Jeneral (TDM dan TUDM) atau Laksamana Muda (TLDM) dan pegawai polis berpangkat DCP.
  19. ^ Timbalan Speaker DUN, Pembantu Menteri (di Sabah) dan Menteri Muda (di Sarawak) mengambil kedudukan mengatasi semua ADUN di negeri yang berkenaan. Keutamaan ADUN, sesama mereka, selanjutnya ditentukan oleh Raja Pemerintah atau Yang di-Pertua Negeri yang berkenaan.
  20. ^ Pegawai awam gred 54 setaraf dengan pegawai tentera berpangkat Brigedier Jeneral (TDM dan TUDM) atau Laksamana Pertama (TLDM) dan pegawai polis berpangkat SAC.
  21. ^ Keutamaan ditentukan mengikut kekananan Menteri.
  22. ^ Pegawai awam gred 52 setaraf dengan pegawai tentera berpangkat Kolonel (TDM dan TUDM) atau Kepten (TLDM) dan pegawai polis berpangkat ACP.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Susunan Keutamaan Persekutuan" (PDF). Jabatan Peguam Negara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-02-14. Dicapai pada 31 Mei 2016.
  2. ^ "Susunan Keutamaan Persekutuan" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri. 16 Mac 2017. Dicapai pada 5 September 2018.